Imbas kembali
Dari jauh Hanisah sudah ternampak satu kotak kecil yang berwarna merah yang terletak di atas almari di ruang tamu rumahnya. Saat ini tiada orang di rumahnya. Hanisah tetap mahu bangun dan mencapai cincin itu yang berada di dalam almari. Tangannya sudah berpaut pada almari untuk untuk menyokong dirinya bangun. Dia terus membuka pintu almari itu dan mencapai cincin itu dan terus dibuka.
Dia masih tidak tahu cincin itu milik siapa. Tak mungkinlah cincin itu buat ibunya sebab Puan Nafisah memang sudah menutup rapat pintu hatinya untuk menerima lelaki lain selepas pemergian arwah ayahnya. Nak kata cincin ibunya tidak juga kerana corak cincin itu kelihatan sangat moden dan bukan seperti cincin orang dulu-dulu. Lagipun ibunya mana ada duit nak beli cincin baru.
Tak lama kemudian, Puan Nafisah sudah pulang ke rumah selepas menghantar kuih di gerai Mak Jenab. Dia terus mendapatkan ibunya untuk bertanyakan perihal cincin itu.
"Ibu, ni cincin siapa? " Tanya Hanisah. Ibunya sudah menunjuk wajah yang amat mencurigakan.
"Setahu Nisah, ibu tak pernah ada cincin bentuk moden macam ni." Jawab Hanisah lagi.
Puan Hanisah sudah menarik kerusi roda Hanisah menghampirinya.
"Kalau ibu cakap, Nisah jangan marah ya." Hanisah perasan perubahan wajah ibunya.
"Ye bu. Cakap je lah. Siapa punya cincin ni?" Hanisah sudah memandang ibunya.
"Sebenarnya cincin ni milik Hanisah.." Puan Nafisah sudah menghela nafas.
"Mahal ni bu. Mana ibu beli? Ibu ada ke duit nak beli cincin emas ni?" Tanya Hanisah lagi.
"Ibu dah lama simpan rahsia ni. Dah tiga ke empat bulan jugalah. Sebenarnya, cincin ni, cincin tunang Hanisah. Ibu terima dia sebab ibu rasa dia yang terbaik buat Nisah." Tergagap-gagap Puan Nafisah menjawab.
"Ha?! Seriuslah bu? Maknanya daripada Hanisah sekolah lagi, Hanisah dah tunang?" Tajam Hanisah memandang Puan Nafisah.
"Siapa orang tu?" Hanisah sudah memandang ibunya mengharapkan jawapan.
"Busyairi...." Akhirnya Hanisah sudah tahu tentang perkara ini yang telah disimpan rapi oleh Puan Nafisah dan Busyairi.
"Ibu, seriuslah! Kenapa tak beritahu benda ni awal-awal? Hanisah tak suka dia bu. Gilalah kalau anak murid kahwin dengan cikgu sendiri. Nonsense bu! Serius Hanisah tak boleh terima dia dan takkan terima dia langsung!" Jawab Hanisah bengang.
"Benda ni pun ibu dah bagitahu dia. Kalau Hanisah tak setuju, ibu akan pulangkan balik cincin ni. Takpalah nanti dia datang ibu pulangkan balik." Balas Puan Nafisah.
"Biar Nisah bagi sendiri dekat dia. Nisah ada perhitungan nak buat dengan dia bila dia datang sini!" Tegas suaranya.
************************
"Ibu, Nisah nak pinjam telefon sekejap. Dalam dua puluh minit. Boleh?" Tanya Hanisah."Untuk apa?" Jawab Puan Nafisah.
"Nak mesej someone." Jawab Hanisah ringkas.
"Kejap ibu pergi ambil." Puan Nafisah terus masuk ke dalam biliknya.
Puan Nafisah terus beri telefonnya kepada Hanisah. Seperti ada perkara mustahak saja.
Assalamualaikum, Hanisah ni. Saya just nak tanya betul ke awak nak kahwin dengan saya?- Hanisah
Berapa minit Busyairi membalas.
Kenapa awak tanya macam tu? Awak dah setuju nak kahwin dengan saya?- Busyairi
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN
RomansaBusyairi 34 tahun yang berkali-kali gagal dalam percintaannya. Beliau juga seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah. Dia mempunyai rupa yang kacak dan sering menjadi tumpuan seluruh pelajar perempuan di sekolah tersebut. Namun bila bermulany...