Jam menunjuk pukul 9 malam. Mikael masuk ke dalam rumah. Dia baru sahaja pulang. Hari ini dia pulang agak lewat. Fikirannya agak serabut. Dia takut jika dia pulang terlalu awal, dia akan menyakitkan hati Hannah.
Dia menutup pintu rumah. Sekeliling rumah di pandang. Sunyi saja rumahnya ketika itu. Mana Hannah?
"Assalamualaikum. Sayang?" Dia memberi salam agak kuat. Mana tahu Hannah tidak mendengar suaranya tadi.
"Sayang." Mikael memanggil lagi sekali. Lebih kuat dari sebelum ini. Tiada sahutan. Dia mengerutkan dahi. Kaki laju melangkah ke arah dapur. Kosong. Dapur juga seperti tidak berusik. Sinki juga tidak basah seperti selalu. Seperti tidak digunakan. Kering sahaja tempat itu.
Dia melangkah kaki menaiki tangga. Tujuannya kini bilik tidur mereka. Pintu dibuka. Mikael masuk ke dalam bilik. Kosong. Tiada orang. Bilik mandi menjadi tujuan seterusnya. Tiada air kedengaran dari dalam bilik mandi. Pintu bilik air dikuak besar. Tiada orang juga. Mikael semakin risau.
Dia pergi pula ke arah walk in closet. Di setiap celahan baju, Mikael mencari. Mana tahu Hannah main sembunyi sembunyi dengan dia.
"Hannah." Mikael memanggil dengan kuat. Risau. Rambut diraup kebelakang.
Dia keluar dari bilik. Dia mencari Hannah di setiap bilik yang ada dalam rumah itu. Tetap tidak jumpa.
"Hannah." Mikael menjerit kuat. Biar satu rumah dengar. Mana tahu Hannah tiba tiba membalas.
"Hannah Issabell." Lagi sekali dia menjerit. Lebih kuat dari tadi. Dia mengeluarkan telefon pintarnya. Nombor Hannah di dail.
"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila--" Dia terus matikan telefonnya. Tiada masa nak dengar suara perempuan lain. Dia nak dengar suara isteri dia.
Dia duduk di atas sofa. Cuba menenangkan diri.
"Okay, Mikael. Fikir. Mana dia pergi?" Dia memejam mata. Cuba untuk berfikir.
"Tak kan lari rumah?" Dia menggelengkan kepala. Tak mungkin. Mereka sudah berbaik, jadi tak mungkin Hannah lari rumah. Mata kembali terbuka. Dia tersedar sesuatu.
"Jangan jangan." Nombor setiausahanya di dail.
"Angkatlahhh." Panggilannya di angkat.
"Yes, bos."
"Apa kau buat hah?" Belum apa apa lagi, Mikael sudah menuduh. Lia di hujung talian mengerutkan dahi. Apa dia buat? Buat apa?
"Huh? Maksud bos?" Lia menyoal. Tidak faham dengan Mikael.
"Kau buat apa dekat Hannah. Asal dia tak ada dekat rumah." Lia menjarakkan telefon dari telinganya. Dia memandang telefonnya.
"Apa hal mamat ni? Gila ke?" Dia berkata sendiri. Cukup untuk dia seorang mendengar.
"Lia!" Dia kembali meletakkan telefon di telinga.
"Apa?" Tanya Lia malas.
"Aku tanya ni." Mikael sudah mula geram. Dia takut jika Lia hantar apa apa kepada Hannah sehingga Hannah pergi membawa diri.
"Apa?"
"Kau ada hantar apa apa ke dekat Hannah? Kenapa dia tak ada dekat rumah?" Mikael mula menuduh. Lia menggulingkan mata ke atas.
"Aku tak ada buat apa apa tau. Hantar apa apa? Maksud kau hantar gambar? Macam itu?" Lia tersenyum sinis. Tak terfikir pula dia nak buat macam itu. Tapi, rasanya Mikael dah bagi idea baru untuknya.
"Kau jangan macam macam Lia." Mikael menggenggam tangannya. Lia ketawa kecil.
"Senang cerita macam ini lah Mikael. Aku tak ada bagi atau hantar apa apa pun dekat isteri kesayangan kau tu. Lagipun aku tak terfikir pula nak buat macam itu. Tapi rasanya, kau dah bagi aku satu idea baru." Kata Lia sambil tersenyum senget. Mikael mengepal penumbuk. Jika Lia berada di hadapannya sekarang, pasti penumbuknya sudah sampai pada muka dia.
Kesah apa dia Lia tu perempuan atau lelaki. Yang penting jangan kacau hubungan dia dengan Hannah.
Mikael terus memutuskan talian. Tiada apa yang dia nak dengari lagi daripada Lia. Nombor Hannah di dail lagi sekali. Harap harap dijawab lah.
"Hello, sayang. Awak dekat mana?" Sebaik sahaja panggilan bersambung, dia terus bertanya. Kedengaran esak tangis di hujung talian.
"Hannah. Sayang. Kenapa ni? Ada apa apa jadi ke? Awak dekat mana?" Tanya Mikael bertalu talu. Risau benar dia terhadap Hannah. Hannah masih menangis.
"Okay, sayang. Relaks okay. Bagitahu abang, sayang dekat mana?"
"Err, awak janganlah nangis." Lelaki yang merupakan anak mak cik Rubiah cuba menenangkan Hannah. Dari tadi Hannah menangis. Padahal yang berada dalam bilik pembedahan sekarang adalah mak dia.
"Awak rasa mak cik Rubiah akan selamat?" Terdiam lelaki itu mendengarnya.
"In syaa allah, mak akan selamat." Dia cuba berfikiran positif.
"Sayang." Mereka berdua serentak memandang Mikael. Hannah terus bangun lantas memeluk suaminya. Mikael membalas pelukan.
"Ehem." Anak mak cik Rubiah berdehem kecil. Dia tu dah lah single. Tengok orang yang dah berkahwin berpelukan, rasa macam dia ni sendu sangat.
Mikael dan Hannah meleraikan pelukan. Mikael memandang anak mak cik Rubiah atas bawah. Seperti tidak puas hati. Lelaki itu telan air liur. Seram dengan pandangan Mikael terhadapnya.
"Hai, aku Jauhar. Anak mak cik Rubiah." Dia menghulurkan tangannya. Tanda salam perkenalan. Mikael mengangguk. Dia menyambut huluran tangan Jauhar.
"Mikael. Suami Hannah." Mikael menekankan perkataan 'suami'. Jauhar mengangguk. Itu dia tahu. Tengok sahaja pun dia dah tahu.
"Sayang, jom balik." Mikael mengajak. Hannah menggelengkan kepalanya. Dia tak nak. Dia nak tunggu sampai doktor keluar dari bilik pembedahan. Dia nak tahu apa yang jadi pada mak cik Rubiah. Dia takut jika mak cik Rubiah pergi meninggalkannya sama seperti ibu bapanya. Itu yang paling dia takut.
"Err, awak baliklah dulu. Ikut suami awak. Nanti apa apa yang jadi saya bagitahu awak." Jauhar mula memujuk. Mikael memandangnya atas bawah. Seperti tidak berpuas hati. Mikael kembali memandang Hannah. Hannah mengangguk sebagai jawapan.
Mikael memandang tidak percaya. Dia ajak tak nak, bila lelaki itu ajak, nak pulak. Dia mendengus kasar. Panas rasa hati.
"Jom." Nada suara Mikael menjadi dingin. Hannah mengangguk. Dia pergi ke arah Jauhar. Dia menadah tangan. Jauhar pelik melihatnya.
"Err, n-nak apa?" Jauhar bertanya dengan gagap. Bukan apa. Suami Hannah tu dah pandang dia lain macam. Itu yang dia gagap tu.
"Telefon." Hannah meminta.
"Nak buat apa?" Dia menyoal lagi.
"Nanti apa apa awak chat saya. Awak belum ada nombor saya lagi kan?" Jauhar menggeleng. Dia menyeluk poket seluarnya. Telefonnya dikeluarkan dan diberikan kepada Hannah. Hannah mengambilnya.
Nombor telefonnya di masukkan ke dalam telefon Jauhar. Dia memberi semula telefon kepada Jauhar. Jauhar memandang Mikael. Dia telan air liur. Mikael memandangnya tajam. Cepat cepat dia mengalihkan pandangan. Seram.
"Nanti awak jangan lupa chat saya tau." Pesan Hannah. Dia takut kalau sebaik sahaja dia pulang ke rumah, sudah tiada khabar lagi tentang mak cik Rubiah. Teragak agak Jauhar mengangguk.
"Baik." Hannah berpusing. Sebaik sahaja Hannah berpusing, Mikael terus melemparkan senyuman manis. Tiada lagi pandangan menyeramkan.
"Jom." Ajak Hannah. Mikael mengangguk. Sempat dia menjeling ke arah Jauhar. Jauhar terkebil kebil memandang mereka.
"Apa salah aku?"
Terima kasih sudi baca •}•
Sepatutnya hari ini saya tak update, tapi sebab ada orang mintak, saya sebagai author yang baik, buatlah chapter ni untuk korang. Okay byeeee.
Selamat bercuti 😆😆
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL [C]
Romance[C O M P L E T E] Perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta. Mereka berkahwin atas dasar keterpaksaan. Mereka harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Janji dibuat di antara mereka berdua di awal perkahwinan. "Kalau antara kita dah ada orang...