Jika hari ini si pungguk mengesah pada bulan
Kerana terlalu rindukan sang puspitanya
Maka bulan akan pantas beredar daripada terus menerangi pelusuk buminya
Namun jjka hari ini rasa hiba yang bertandang pada sekalung jiwanya
Maka mengapa hibanya kian membabarkan lukanya?Segerombolan awan putih yang bertandu perlahan di dada langit yang cerah membiru menerbitkan rasa bahagia, menebarkan rasa sakinat buat penduduk bumi yang sibuk dengan urusan masing-masing. Sang rawi masih setia memancarkan sinaran cahayanya supaya pokok-pokok dapat tumbuh hasil daripada suatu proses biokimia anabolisme yang terdiri daripada pembentukan tenaga daripada tumbuhan dengan menggunakan klorofil,karbon dioksida dan sang matahari yang diberi nama fotosintesis.
Kepada makhluk yang bernama manusia, mereka juga sibuk bekerja, belajar, dan ada yang masih berlayar ke pulau kapuk dek kantuk yang meruyup di peluput mata. Masing-masing dengan rutin sendiri dan tanggungjawab yang perlu digalas. Kicauan burung-burung yang bebas berterbangan di cakarawala bumi, kokokan ayam di pagi dinihari sungguh nyaman mencengkam hingga ke tulang sulbi.
Selesai memunggah bagasi, kakinya dibawa menghala ke ruangan menunggu. Punggung dilabuhkan perlahan. Rasa penat terus menjalar ke seluruh tubuh. Kepalanya agak pening melihat ramai orang mula memenuhi lapangan terbang tersebut, ditambah lagi dengan suara-suara manusia yang membingitkan koklea telinga, tangannya terus naik memicit tepi kepala untuk menghilangkan rasa pening tersebut. Kerutan di dahi kelihatan jelas. Keningnya yang cantik melebat hampir bercantum. Perutnya mula rasa lain macam. Entah pesta apa yang diraikan oleh organ-organ dalamannya sekarang ini sehingga dia mula rasa mual.
Setelah berjam-jam duduk di dalam kapal terbang, akhirnya sampai juga dia di bumi Malaysia. Oh! Dia masih belum makan apa-apa sedari tadi. Hmm,no wonder. Sementelahan itu, perutnya dicengkam,agak kuat. Menahan sebarang benda terkeluar daripada mulut. Otot-ototnya hampir mengejang. Bahagian bawah perut mula mengecut manakala bahagian atas mengendur hingga memaksa kandungan naik ke esofagus sebelum ia memampat keluar.
Beberapa minit berlalu, badannya sudah kembali normal. Huh,nasib baik! Sementara menunggu, tangannya diseluk ke dalam poket seluar jeans biru cerahnya. Telefon pintarnya digenggam dan dibawa keluar. 'Macam lama lagi je,aku push rank dulu la'.
*wink*"Luth Reissman!" Mendengarkan namanya yang diseru-seru, kepalanya terus diangkat melurus ke depan. Matanya melilau-lilau mencari gerangan yang menyebut namanya.
Satu saat, dua saat, tiga saat,empat saat,lim....
Bibirnya terus mengoyak senyum melebar,ternaik sedikit tulang pipinya. Badannya terus diangkat dan kakinya dihayun mendekati si pemanggil. Baru berjalan beberapa langkah. Kakinya terhenti tiba-tiba. 'Macam ada terlupa sesuatu'. Badannya berpusing sedikit ke belakang . Anak matanya mengamati 'sesuatu' tadi di tempat duduknya tadi.
" Ya Allah! Luggage aku." Jarinya terus mendapatkan bagasinya lantas ditarik perlahan kembali mendekati wanita itu yang setia menunggu. Terpancar riak senang di wajah wanita tersebut.
"Assalamualaikum ya ummi." Tangannya dibawa naik menyentuh roman kulit ibunya lantas badannya dibongkokkan sedikit sebelum bibirnya dirapatkan mengena permukaan kulit yang halus tersebut. Senyumannya yang melebar sejak tadi belum ada tanda-tanda mahu surut. "Waalaikummussalam, anak ibu. Alhamdulillah, selamat sampai jugak Luth. Luth sihat ke?" Tangan kirinya secara tidak langsung membelai lembut ubun-ubun anak terunanya. Digosok perlahan sambil dibetulkan sedikit rambut anaknya yang sudah mula kelihatan tidak kemas.
"Alhamdulillah, sihat je ha. Kan nampak Luth makin sado ni" Luth terus memimpin tangan ibunya,mereka menghala keluar untuk ke tempat parkir kereta.
Sejurus memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta, Luth mengambil alih bergerak ke bahagian tempat pemandu. Tidak menunggu lama, badannya terus dibolos masuk ke dalam perut kereta sebelum pintu kereta ditutup lantas dikunci.
"Ibu macam mana? Sihat ke? Tapi rasanya Luth macam tahu ibu mesti sihat kan? Badan macam dah berisi sikit ni" Tangan kirinya menarik perlahan tali pinggang sebelum enjin kereta dihidupkan. Anak matanya sempat memandang ibunya sekilas. "Amboi, dah kemain jauh berjalan baru nak bertanya ke anak muda?" Jelingan tajam diberikan. Beg tangan jenama Christian Dior dibetulkan sedikit sebelum dipangku di riba. Luth hanya menyengih dari tepi. kaca mata hitam yang sudah tersedia di dalam laci dashboard ditarik keluar sebelum ia terletak elok di antara celahan batang hidungnya.
"Ibu, Luth lapar ni sebenarnya. Saja taknak makan lagi sebab nak singgah makan dekat restoran favourite Luth. Boleh kan ibu?" Jarinya menekan-nekan punat radio bagi menghalau atmosfera sunyi daripada terus menghimpit mereka berdua. "Oh, nak makan kat situ ke? Boleh,ibu pun dah lama tak singgah ke sana" Matanya setia memandang ke depan. Jalan raya hari ini agak sesak dengan pelbagai jenis kenderaan. Mungkin sebab hujung minggu.
"Tapi kalau macam tu ibu bagitahu makcik dulu lah tak payah masak untuk kita. Sebab ibu ingat nak merayap pergi mana-mana dulu. Hehe, Luth boleh kan?" Pandangannya jatuh pada anaknya. Risau Luth masih penat setelah seharian di kapal terbang. Dia nampak bergaya memandu dengan sebelah tangan begitu.
Matanya turut memandang jemari anaknya yang mengikut rentak lagu entah siapa-siapa.
'Bapa borek, anak rintik, ye dak?'
"Kita ada six sense ke ibu, apesal yang boleh tersama pulak dengan apa yang Luth fikir tadi?" Tawanya pecah. Menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. Luth kembali fokus pada pemanduannya apabila ibu di sebelah hanya tersenyum kecil. Meskipun sudah lama tidak memegang stereng keretanya ini, tetapi Luth masih boleh memandunya dengan baik.
Tiada lagi perbualan terucap di antara mereka. yang ada hanyalah bait-bait lirik yang mula bersenandung mengikut ritma lagu di corong radio kereta Audi R7 tersebut. Sambil fokus dengan pemanduannya, kepala Luth bergerak-gerak perlahan mengikut rentak lagu 'The Lakes' nyanyian Taylor Swift.
"Take me to the lakes where all the poets went to die,
I don't belong,and my beloved neither do you,
Those Windermere look like a perfect place to cry,
I'm setting off,but not without my muse"
"What should be over burrowed under my skin,
in heart stopping waves of hurt,
I've come too far to watch some manedropping sleeze,
Tell me what are my words worth"
"Ya,baiklah Puan. Hati-hati ya". Pesan makcik Saadah sebelum telefon di tangan dijauhkan daripada cuping telinga. Ketahuilah bahawa Dianne di sebelah dah serupa nampak jembalang tanah menunggu kata-kata terkeluar daripada bibir merah pucat makcik Saadah. Kakinya cuba dijengket- jengket untuk mendengar perbualan makcik Saadah dan majikan mereka.
'Haish,payah lah makcik ni. Apesal yang macam tak bagi aku dengar pulak ni. Aku dah la baru je tempah tiket ke gaung neraka tadi. Mati lah nak!'
"Siapa tadi tu makcik? Ibu kan? Ibu pesan apa makcik? Diorang dah nak sampai sini ke? Mampus Dian,makcik" bahu orang tua itu habis digoncangnya. Hatinya dari tadi berkelusuh sendiri. Jiwanya jadi kacau.
Tulah Dian,lain kali jangan main ngap je.
Makcik Saadah yang mula naik rimas menolak perlahan tangan Dian yang daripada tadi menyentuh dia. Jemari gadis muda itu digenggam perlahan."Taklah,diorang pergi makan sekejap lepastu nak ke mana entah. Kalau Dian rasa serba salah, Dian pergi beli yang baru. Beli yang sejibik sama. Makcik tahu kat mana kek itu ibu beli. Nanti makcik cakap dengan ibu. Asalkan anak dia tak perasan." Tiba-tiba makcik Saadah mengutarakan cadangan. Keningnya diangkat sedikit sambil kelopak matanya jatuh pada wajah Dian yang sudah berura-ura mahu bersetuju.
Dah memang itu je pun jalannya.
Satu saat,dua saat,ti....
"Dian setuju." Tangan yang berada di dalam genggaman makcik Saadah ditarik keluar sebelum tangannya pula yang menggenggam tangan orang tua itu. Helaan nafas diluah kasar. Malas dah nak fikir cara lain.
Lantakla apa nak jadi lepastu!
YOU ARE READING
Berwari Asmaraloka
RomansaApakala dua jiwa saling bermadu kasih, Alam asmaralokanya pasti dipenuhi kilauan sahmura cinta Namun apabila dua jiwa saling bertingkah jerih, Dapatkah berwari mereka bertemu lembayung renjana? Selamat membaca!