Beginning

1 0 0
                                    

'Hari ini, masih sama. Balik sekolah terus buat kerja di rumah. Mak masih marahkan aku. Tak apalah. Nanti kalau rumah dah bersih mesti mak dah tak marah. Hari ini pun mak lupa nak berikan duit belanja ke sekolah. Aku malu nak minta-minta sebab nanti mak akan pukul. Aku tak nak kawan ejek aku sebab mata lebam lagi. Mak dari dulu asyik marahkan aku. Mak tak suka tengok muka aku. Tak apalah mungkin mak penat. Itu saja lah hari ini. Aku nak sambung buat kerja sekolah. Esok aku tulis lagi. '

         Khadeeja menutup buku diarinya yang berwarna hitam itu. Baginya hitam itu tenang. Kalau dirinya terluka pun, tiada siapa yang akan nampak atau perasan kerana warna hitam itu. Dia bangun dari meja belajarnya lalu kearah cermin. Dia melihat pantulan figura dia di cermin tersebut. Lama dia melihatnya sambil menyentuh-nyentuh bahagian mukanya yang hampir kebiruan akibat lebam dipukul itu. Dia tersenyum sinis sebelum duduk di birai katil mengeluh.

       Wajahnya yang putih kemerah-merahan itu penuh dengan bekas luka, calar balar dan juga lebam. Tak lepas juga bahagian badannya yang lain turut terkena tempiasnya. Khadeeja yang baru pulang dari sekolah itu melepas tudungnya di birai katil. Penutup mulut yang digunakan untuk menutup cacat cela diwajahnya itu dicampak ke lantai. Khadeeja ingin mandi dahulu sebelum melanjutkan kerjanya seperti selalu.

         Kerana dirumah itu, hanya ada Khadeeja, ibunya dan juga adik lelakinya yang merupakan orang kurang upaya. Disebabkan dia anak sulung keluarga itu, dia lah yang harus membereskan semua kerja di rumah sebelum ulangkaji pelajaran di dalam bilik. Belum sempat Khadeeja ingin mencapai tuala dan berlalu ke kamar mandi, pintunya ditendang kuat dari luar yang membuatkan pintu itu hanya tergantung longlai menunggu masa untuk rebah ke bumi. Khadeeja terkejut seraya terus menoleh ke arah pintu.

      Kelihatan seorang wanita pertengahan umur sedang mendengus kasar kearahnya sambil merenung Khadeeja sinis. "Mak.." ucap Khadeeja sedikit ketakutan. "Deeja.. Baru.. Balik.. Ingat.. Nak.. Mandi.. Sebelum...." belum sempat Khadeeja menghabiskan ayatnya, rambutnya direntap kasar oleh ibunya hingga kulit kepalanya terasa sangat perit. Kalau Khadeeja diseret keluar dengan paksa sudah pasti tertanggal rambutnya seperti rambut palsu. Dia hanya mengetap giginya menahan sakit sebelum badannya ditolak kasar oleh ibunya ke arah dapur.

        "Kau bodoh ke bebal? Kau tau tak dah pukul berapa ni?? Aku lapar! Aku nak makan! Bodoh punya anak! Lembab tak sudah-sudah! Asyik menyusahkan aku je!" ujar ibunya kasar sambil menunjal-nunjal kepala Khadeeja dengan jari telunjuknya. Dia hanya mendengus kasar sebelum berlalu ke biliknya sendiri lalu menutup pintu kamar dengan sekuat hati. 'Pasti selepas itu sudah tidak boleh dibuka' seloroh Khadeeja dalam hati. Dia hanya tersenyum pahit. Walaupun ibunya selalu melayannya seperti itu, baginya ibu selalu sayangkan Khadeeja. Itu hanyalah cara ibu melafazkan sayangnya terhadap Khadeeja. Itu lah yang sering dipikirkan Khadeeja.

        "Akak atit? (Kakak sakit?)" soal seorang budak lelaki sambil berjalan menyeret kaki kanannya yang tempang. "Eh Aqif..  Aqif adik akak, sayang akak. Akak okay je, tak ada apalah." ucap Khadeeja sambil memeluk adiknya. Dia mengucup lembut kepalanya berulang kali. Ini lah satu-satunya adiknya. Adik syurga Khadeeja. Adiknya memang dari lahir disahkan menghidap penyakit syndrom down dan kegagalan buah pinggang. Doktor memberi tempoh jangka hayat adik Khadeeja hanya tidak melebihi 2 tahun.

        Namun Allah Maha Mendengar, doa Khadeeja dijawab apabila adiknya mampu lepasi tempoh itu dan membesar dengan sihat disisi Khadeeja.Kini adiknya sudahpun berusia 4 tahun, walaupun ingin berjalan sedikit sulit, tetapi itu tidak menghalang Khadeeja untuk terus berharap kepada Allah untuk kesihatan adiknya itu. Khadeeja meletakkan adiknya dihadapan televisyen sebelum dia kembali ke ruang dapur untuk memulakan kerjanya. Khadeeja membasuh pinggan lalu memasak makanan kegemarannya iaitu, asam pedas ikan kembung dengan sup sayur untuk adiknya. Khadeeja mematikan api dapur lalu ke hadapan semula untuk mengambil adiknya dan memanggil ibunya untuk makan sekali.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 30, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Angel Where stories live. Discover now