"Kau kat mana?
Matanya sepet sambil mendengar suara di balik telefon
"Kat rumah lah..."
Mengetap gigi menahan marah lalu menyambung ayat, "kau tengok jam pukul berapa?! Kau nyanyuk ke hah? Bos dah bising tau"
Mata dibuka luar selepas sahaja nada suara dibalik panggilan mula menaik. Menyarung baju tanpa mandi cepat mencapai barang kerja lalu keluar dari rumah.
Seperti biasa, jalan yang dilalui waktu pulang sama dengan waktu pergi, jadi rumah 'saka' yang dipikirnya, tetap akan dia terserempak sebelum mencapai tempat menunggu bas
Kerana sudah lewat, pikirannya kosong dan hanya memikirkan omelan bos sesampai saja nanti dia di tempat kerja
Mia~
Tak disangka aku terlelap, sehingga solat maghrib dan Isyak aku lewatkan. Aku menghembus nafas sebelum duduk kan badan, memandang ke arah jam yang sekarang menunjukkan jam 8.30 pagi
Serta merta wajah seseorang bermain di fikiran ku. Ya, mestilah dia Khaizo, bos yang bekerja di Fraein Holding. Sebelum bangun, aku menggosok mata yang sepet kerana silau matahari
Lalu aku bangun mencapai tombol pintu tandas untuk mengambil wuduk mengerjakan solat yang ditinggalkan. Kini, aku sudah bersiap sedia mengangkat diri untuk pergi bekerja
Sayang mahu meninggalkan rumah yang penuh dengan memori, bibirku terukir senyuman kecil memandang ke arah rumah. Sempat tergelak kecil kerana teringat memori gelak tawa kami sekeluarga, terselit sedikit perasaan sebak kerana dua orang yang tersayang sudah pergi meninggalkan ku dan seorang peneman yang selalu disisi, Khalifah
Aku mengusap dada dengan lembut memikir tentang keberlangsungan hidup ku untuk diteruskan. Selepas mengunci pintu dan memastikan keadaan rumah, kaki ku mula melangkah memasuk kereta lalu membuka enjin.
"Hahh..." kaki Afiq tetap mengisi langkah walaupun mengeluh. Memikirkan alangkah baiknya kalau dia mempunyai duit yang cukup untuk membeli kereta tanpa masalah pembiayaan.
Kereta yang laju keluar, tidak memberi rangsangan pada Afiq yang sedang memikirkan benda lain. Hampir Afiq dilanggar oleh kereta, nasib pemilik kereta itu sempat mebunyikan hon lebih daripada sekali. Afiq terkejut lantas mundur beberapa langkah. Kepalanya menoleh ke arah rumah yang dikatakan ber 'saka' dibalik kereta
"Oh, ada orang rupanya". Katanya dalam hati sambil menghembus nafas lega
Tingkap kereta diturunkan, serta-merta perkataan keluar dari mulut Mia
"Kau dah kenapa?! Gila ke? Inikan laluan jalan, pergilah jalan tepi sikit. Tak takut mati ke?"
Tidak hanya Afiq yang terkejut dengan amarah yang dikeluarkan Mia, juga Mia turut sama terkejut akan bahasa kasar nya pada lelaki itu. Cepat-cepat dia meminta maaf,
"Ah, sorry sorry, saya minta maaf sangat-sangat. Saya dah lambat ni"
"Eh, takpe. Hahha..." jawab Afiq sambil tersengih
"Ah," Mia melihat sekeliling "Kalau encik tak kisah, encik boleh tumpang kereta saya sebagai permintaan maaf dari saya?"
Mula-mula Afiq menggeleng tetapi bila difikirkan, dia juga sudah lewat, lantas kepalanya diangguk tanda setuju
Kerana batas antara perempuan dan lelaki tersimpan dalam ingatan, Afiq memilih seat belakang. Canggung. Langsung tiada satu pun kata-kata dan masing-masing tidak berniat membuka mulut. Melihat keadaan yang canggung itu, Mia membuka radio untuk mencairkan suasana
"Awak tak kerja ke? Pakai baju kerja..." tanya Afiq ragu-ragu
"Ada... Tulah lambat juga, tapi encik sama juga kan. Tolong sikit takde masalah." Tenang Mia menjawab
YOU ARE READING
Pakcik Mafia & Si Otak Ikan Emas
Подростковая литература✨[[ONGOING]]✨ "Dalam dunia ni, saya tak pernah jumpa pakcik yang otak ikan emas macam pakcik ni" - Mia Deloirse Seorang gadis bertudung yang bekerja sebagai seorang polis diberi tugas untuk menyamar dan mencungkil info tentang keluarga mafia yang...