Tok, tok, tok!
Tumpuan Huzaimi yang sedang menaip email terganggu. Rasanya dia tahu siapa di luar bilik pejabat. Dua puluh minit yang lalu, Sharina ada menghantar SMS mengatakan dia harus segera berjumpa dengannya.
"Yes, come in!" Ujar Huzaimi dan serentak itu juga, tombol pintu dipulas.
"Hai yang!" Sharina muncul daripada balik pintu menyembunyikan riak wajah gembira. Dalam hati, dia sudah tidak sabar lagi untuk berkongsi berita bersama suaminya.
Muka dimonyokkan dan langkah diatur perlahan untuk membangkitkan 'mood' orang yang sedang bersedih. Wah, handal sungguh dirinya berlakon, fikir Sharina.
"Hai! Cepat you sampai? Tak jammed ke?" Huzaimi bertanya sambil menaip. Sedikit pun dia tidak perasan keletah isterinya pada pagi itu.
"Abang ni... Mana ada traffic jam waktu-waktu macam ni." Sharina buat-buat sedih lalu melabuhkan punggung di atas kerusi.
"Eh? Kenapa you monyok je ni?"
Apabila melihat raut wajah si isteri, barulah Huzaimi berhenti melakukan kerja lalu menumpukan sepenuh perhatian kepada Sharina. Hati dapat mengagak, pasti ada sesuatu yang tidak kena.
"Hmm..." Sharina gigit bibir. "Ayang tak tahulah macam mana nak cakap pada abang." Mukanya berkerut.
"Cakap je lah."
Mata mereka bertembung.
Tali beg tangan Chanel yang panjang itu dipintal-pintal Sharina.
"Tadi lepas habis meeting, ayang terdengar budak-budak engineer tu bersembang. Ada sorang engineer Petronas yang selalu datang meeting dekat office tu... Rupa-rupanya nak bertunang tau bang." Sekali lagi Sharina pura-pura sedih.
"Hah, habis tu? Kalau budak tu nak bertunang, yang you sedih sangat ni kenapa pulak? You minat dekat budak engineer tu ke?"
"Hei, abang ni! Ke situ pulak!"
Huzaimi terus ketawa berdekah.
"Abang tahu tak engineer tu siapa? Dia nak bertunang dengan Lara Rizman!" Getus Sharina dan serentak itu juga, Huzaimi terhenti ketawa dan wajahnya berubah.
"Betul ke ni?"
"Eh, betullah. Tak kan saya nak tipu pulak." Jawab Sharina. Dia lihat Huzaimi tersandar di kerusi pejabat sambil meraup muka.
Agak lama juga mereka menyepi.
"Macam ni lah bang. Kalau abang setuju, saya dengan mak boleh pergi ke rumah keluarga Lara. Kita cuba 'counter offer'."
"Hah? Counter offer? You ingat perkara ni macam mintak kerja ke?" Ujar Huzaimi dengan wajah yang berkerut. Kadang-kadang dia rasa pelik pula terhadap isterinya ini.
"Memanglah bukan macam mintak kerja tapi kita boleh tackle situasi ni kan? Berapa sahaja wang hantaran yang budak engineer tu nak bagi pada Lara, kita offer-lah double."
Pandangan Huzaimi bagaikan tidak percaya.
"Kenapa you beriya sangat nak I kahwin ni?"
"Eh! Abang ni! Janganlah suspect yang bukan-bukan pulak!"
"I tak suspect apa-apa pun, I cuma hairan je."
Sharina menjeling Huzaimi sambil mengeluh.
"Bang... Sebagai isteri, saya cuma nak jadi isteri yang terbaik je buat abang. Saya nak buktikan yang kebahagiaan abanglah yang paling penting buat saya. Itu je..."
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...