Bab 1

54 6 1
                                    

Lola dah garu kepala tak ingat dunia. Tambah serabut bila tengokkan gelagat Rianna yang mundar-mandir sejak balik dari meeting tergempar tadi. Riak mukanya pula memang tak tumpah macam orang setengah tiang. Kejap senyum sampai ke twlinga. Kejap lagi geleng kepala, masam muka. Risau. Kusut betul lah minah seorang ni.

" Kau boleh duduk tak?"

" Dak ."

Lola buang keluhan buat sekian kalinya. Hari tu dia juga yang beria nak cuba. Bila dah shortlisted, kiranya last step nak capai impian sekali seumur hidup macam ni lain pula jadinya.

"Rianna!"

" Pa diaaa?".

" Hang dok hentap sat boleh ?".

Automatik punggung dilabuh atas sofa. Lola juih bibir. Macam tu lah pulak kaedahnya. Cakap bahasa melayu biasa dia buat tak reti. Bila cakap bahasa ibunda dia laju je ikut. Ini apa cerita? Macam mana nak ke Los Angelas sana kalau bahasa melayu standard pun tak boleh nak terima?

" Aku lemaih perut la Lola..." luah Rianna sambil gigit kuku. Tak cukup tangan kiri, jari tangan kanan jadi mangsa.

" Relaks. Sebelah kaki kau dah dekat KLIA. Last step baby...last step. Aku yakin kau boleh buat," pujuk Lola bersungguh.

" Tu ka?" soal Rianna. Gigitan kuku terhenti seketika.

" Hello..ini Rianna okey. One of the best host in Malaysia.."

" Malaysia ja la. Ni nak pi sana belum tentu. Hang pun tau kan Lola, aku mana pernah handle program dalam bahasa inggeris. Setakat yes, I am fine. How do you do. Boleh la."

Lola gelak mengekek. Bila teringatkan perjalanan hos belaan dia dalam masa empat tahun ni, memang tak dinafikan yang Rianna bukan calon yang paling layak untuk ke Red Carpet Grammy Award tu. Lagi pula bila saingan dia yang lagi tiga orang tu pun bukan calang-calang orangnya. Masing-masing speaking berhabuk teruk. Kelebihan Rianna hanya pada penampilan diri yang dikatakan ada persona ala-ala Lindsay Lohan zaman dulu. Masih muda, ada rupa. Yang lagi tiga orang tu ada yang dah baya J.Lo kaedahnya.

" Hoi! Helok sangat lah tu gelakkan aku naa. Tu la member..."

" Aku bukan gelakkan kau la makcik. AKu teringatkan si Dee tadi tu. Fish..fush...fishh fushhh cakap Inggeris tapi dressing macam nak pergi bersukan. Apa citer."

" Kan? Hisyhh dia tu kan ala-ala tomboy. Nama elok-elok Idayu panggil Dee. Lepas tu kan...Ehhh jap. Hang ni ajak aku potong bawang pulak. Sebagai manager merangkap PA aku, apa plan hang sekarang ni? Cuba hang pikiaq bagi. Lagu mana aku nak pandai skipping secara asap?" soal Rianna. Riak muka dah balik asal. Kening berkerut, bibir muncung.

" Bukan asap. A.S.A.P. Speaking. Bukan skipping. Nak pandai kena belajar," balas Lola bersahaja.

" Jawapan hang memang minta makan kasut tumit tinggi saiz empat puloh kan? Tu aku pun tau! Mana ada yang keluaq perut ibu terus baca A sampai Z".

" Dah tau, apa lagi? Google la. Berlambak kot Pusat Belajar Bahasa sekarang ni, yang online ada. Nak pergi kelas pun ada" balas Lola bersahaja sambil keluarkan telefon bimbitnya. Laju saja jarinya menaip sebelum tertera nama-nama pusat bahasa yang ada di kawasan berhampiran.

" Eeeii tak mau la! Drop la my water face. Kalau wartawan, blogger ke dapat tau. Lagu mana? Rianna yang gojes ini pergi belajar bahasa? Bahasa inggeris pula tu. Kalau bahasa korea ke, Turki kea da juga cerita. Bahasa Inggeris? Oh my. Kalau masuk U ambik ijazah ke...master ke, tak apa. Hang ni pun haih. Gaya macam baru sehari dua jadi PA aku."

Bibir Lola dah menjongket senget. Lagu mana dia kata? Lagu jampi! Kot boleh lah pakai jampi je minah ni tiba-tiba lembut tulang lidah dia laju je cakap inggeris. Hisyhh... Berbulu je tengok gelagat minah ni. Mujurlah BFF dari tadika merangkap PA dia yang utama. Kalau tak pikirkan BFF memang lama dia chow. SPM pun cukup makan ada hati nak masuk Universiti pula minah ni kan? Nak nampak hebat saje!

" Dah tu, hang nak suruh aku carikan personal tutor?"

" Personal tutur? Pa dia tu? Ala-ala personal trainer gym aku tu ka?"

" Bukan tutur. Tui tar bunyinya. Cikgu bahasa kata mudahnya tapi ajaq hang sorang. Haa ya lah. Tak lebih tak kurang macam tu."

" Boleh! Hang pi cari yang muda, yang sedap mata memandang. Yang tua aku tak mau. Nanti mood nak belajar merundum. Harga aku tak kisah asalkan dalam masa tiga bulan ni aku boleh skipping dengan jayanya. Gitu. Oh my red carpet...you wait. I come to you..."

"Speaking."

" Apa-apa jelah! Aku nak mandi. Hangat!" balas Rianna sambil berlalu. Untuk kesekian kalinya, Lola mengeluh lagi . Dia punya hangat je dia kira. Kita punya hangat hati nak mikir permintaan dia, ada dia kisah?

Malu apa, 'Sir' ku?Where stories live. Discover now