BAB 3

253 18 0
                                    

SAMPAI sahaja di rumah, aku terus melabuhkan punggung di atas sofa empuk yang berada di ruang tamu. Bunyi telefon yang berdering minta diangkat aku cari. Tangan menggagau di dalam beg tanganku, mencari telefonku. Ikon hijau ditekan tanpa melihat nama si pemanggil.

"Hello adik, balik kampung tak hujung minggu ni?" soalnya tanpa sempat bermukaddimah. Tanya khabar aku pun tak.

"Waalaikumussalam angahku sayang," perliku. Sengaja nak cari pasal.

"Assalamualaikum adikku, jadi tak nak balik? Mama dah bising tanya aku, bila nak balik dengan kau," soalnya sekali lagi. Aku menjawab salamnya di dalam hati.

"Kali ni jadi, kenapa?"

"Okey, aku ambil kau Jumaat ni lepas Isyak. Packing baju siap-siap tau."

"Kau nak balik tengah malam ke? Gila ke apa? Kalau kita accident macam mana? Kau tak takut ke?" soalku bertalu-talu. Idea paling gila pernah aku dengar dari mulut abang aku. Balik kampung tengah malam, dari KL ke Terengganu.

"Kakak pun dah balik, kita aje yang belum balik. Kita sepatutnya ada dekat kampung hari Khamis tapi disebabkan aku dengan kau kerja, kita terpaksa balik hari Jumaat," terangnya panjang lebar.

Kakak aku pun satu, balik senyap-senyap aje. Tak ada nak hantar mesej yang dia dah balik. Tahulah dah kahwin, tapi janganlah abaikan aku dan angah.

"Kakak balik naik flight dengan Arvin je, suami dia tak dapat balik. Okeylah lawyer Lana Arilyn, aku ada patient ni."

"Goodbye, Dr. Aysel Dayren." Serentak itu, panggilan dimatikan olehku.

Pelipis dipicit sekejap. Rasa nak gila aje, kerja bertimbun dekat pejabat tapi terpaksa balik kampung. Nasib baik cuti raya cina, bolehlah aku rehat sekejap.

Mama, papa, kakak dan angah semuanya doktor. Aku sahaja yang terpesong jauh, tiba-tiba jadi lawyer. Entahlah, aku tak berminat nak jadi seorang doktor. Janganlah suami aku nanti doktor juga, kalau inspektor aku boleh terima lagi...

Sekali lagi telefonku berbunyi, cepat-cepat aku mengangkat panggilan itu. Kali ini mama yang menelefonku. Telefon aku lekapkan di cuping telinga.

"Assalamualaikum mama," ucapku sopan.

"Waalaikumussalam. Dah bincang dengan angah?"

"Dah, tapi tak boleh ke adik balik dengan kereta sendiri. Angah nak balik tengah malam ma," aduku bersama suara yang tertahan.

"Tak boleh, papa tak bagi. Dia cakap bahaya. Kalau apa-apa jadi nanti susah, adik tu dahla perempuan."

"Okeylah kalau macam tu." Pasrah.

Aku tak faham kenapa keluarga dan kawan-kawanku sangat menjagaku. Ada apa-apa yang aku tak tahu ke? Umurku sudah mencapai tahap untuk berkahwin tapi aku tak mahu kahwin lagi. Takut. Masih terngiang-ngiang peristiwa itu di dalam kepalaku.

"Kerja okey?" Soalan mama menyentakkan aku dari lamunanku.

"Macam biasalah, boleh dikatakan setiap hari turun naik mahkamah."

"Jaga makan, jaga solat. Mama sayang adik."

"Adik pun sayang mama, goodnight."

Selesai berbual dengan mama di telefon, aku mencapai tuala dan terus memboloskan diri ke dalam bilik mandi. Mahu membersihkan badan yang melekit akibat seharian di pejabat.

Mata yang terasa mengantuk aku gagahkan jua untuk celikkan. MacBook Pro diambil sebelum aku membuat kajian tentang kes yang aku dapat hari ini. Rumit betul hidup seorang peguam, balik rumah pun tetap kena buat kerja.

The ProdigyWhere stories live. Discover now