Hannah melangkah keluar dari lift. Hari ini dia ingin mengajak Mikael lunch bersama sama di luar. Dah lama rasanya mereka tak lunch dekat luar.
Sepanjang dia berjalan, pekerja pekerja suaminya akan tersenyum memandangnya. Dia turut membalas senyuman itu. Kalau tak balas, nanti dicop sombong pula. Nanti bila dicop sombong, nama suami dia pula yang terjejas.
Di pertengahan jalan, dia terserempak dengan Lia. Lia tersenyum ke arahnya. Bukan tersenyum sinis macam hari itu. Tapi kali ini senyum yang manis. Dan ikhlas. Dan sungguh. Kalau dia jadi lelaki, pasti dia akan cair dengan senyuman itu.
Terkebil kebil dia memandang Lia. Tak betul ke?
"Hannah." Lia memanggil penuh lembut. Hannah meneguk liur. Dia rasa seram dengan perangai Lia yang tiba tiba baik dengannya. Mikael ada cakap apa apa ke dekat Lia?
"You're straight right?" Itu juga yang Hannah tanya. Jatuh rahang Lia mendengar soalan itu. Dia tiba tiba ketawa kecil.
"Janganlah fikir macam itu. Seram pula saya." Hannah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tersenyum. Tidak berapa ikhlas sebenarnya.
"Saya ada benda nak cakap sikit dengan Hannah." Hannah mengerutkan dahi. Lia dipandang pelik.
"Err, cakaplah." Lia mengambil nafas. Hannah hanya diam menunggu Lia mengutarakan kata katanya.
"Lia... Lia nak minta maaf." Dahi Hannah yang berkerut, semakin berkerut.
"Why?" Hannah rasa dia tahu apa sebabnya, tapi dia tetap nak tanya. Hanya inginkan kepastian.
"Sebab sebelum ini. Sebab Lia, hubungan bos dengan Hannah jadi porak peranda. Maafkan Lia." Lia meraih tangan Hannah. Lambat lambat Hannah mengangguk.
"It's okay. Tak apa. Benda dah lepas kan, tak payahlah ingat semula. Apa yang dah berlalu tu, biarkanlah berlalu. Tak perlu kita kenang pun." Lia mengangguk. Dia tersenyum manis.
"Terima kasih, Hannah. Hannah memang baik. Patut lah bos sayang sangat dengan Hannah." Tersenyum Hannah mendengarnya.
"Ini, Hannah nak jumpa bos ke?" Hannah mengangguk.
"Bos ada meeting. Tak lama pun, sekejap je. Nanti dia keluarlah itu. Hannah tunggulah dulu dekat dalam bilik dia. Nanti Lia bagitahu bos yang Hannah ada dekat dalam bilik." Hannah mengangguk lagi. Dia meninggalkan Lia dan masuk ke dalam bilik Mikael. Menunggu suaminya disitu.
Lia memandang belakang badan Hannah yang semakin hilang di balik pintu pejabat Mikael. Dia tak sanggup. Hannah terlalu baik. Selepas apa yang jadi, Hannah tetap memaafkan dia.
Hannah memandang sekeliling bilik itu. Dekorasinya yang simple menarik perhatian Hannah. Entahlah. Selama ini, dia datang pejabat Mikael, tidak pula dia perasan. Frame di atas meja Mikael di ambil. Gambar mereka berdua. Hannah tersenyum sendiri.
"Sweet juga dia ni." Hannah tersengih. Pintu yang dibuka dari luar menarik perhatian Hannah. Hannah memandang. Tersenyum dia melihat suaminya. Dengan rambutnya yang agak serabai, menambahkan lagi kehenseman pada wajah Mikael.
Mikael rambut serabai pun hensem. Apatah lagi kalau lepas mandi. Rambutnya yang basah terjuntai ke hadapan. Dengan badan seksinya. Hannah menggelengkan kepala. Sampai situ pula dia berfikir.
"Dah lama ke sayang dekat sini?" Mikael bertanya. Hannah menggelengkan kepala.
"Tak ada lah lama mana. Sekejap je pun." Mikael mengangguk. Dia duduk di kerusinya berhadapan dengan Hannah.
"Kenapa datang ke pejabat abang?" Mikael tanya lagi.
"Nak ajak abang lunch." Mikael memandang ke arah jam.
"Belum masuk waktu lunch lagi sayang." Hannah tersengih.
"Alah, tak apa lah. Keluar awal sikit pun tak apa. Abang kan bos. Ke... abang tak nak keluar dengan saya?" Hannah menyepetkan matanya. Hidung Hannah dicuit lembut.
"Apa cakap macam itu. Iya lah. Kita pergi lunch. Tapi, bagi abang siapkan kerja ni. Sekejap saja. Tak lama pun." Hannah mengangguk. Hanya membenarkan.
"Agak agak sekejap abang tu berapa lama?" Mikael meletakkan jarinya di dagu. Gaya berfikir.
"Mungkin dalam 15 minit." Dia membuat anggaran. Memuncung mulut Hannah. Perutnya digosok. Dia lapar. Mikael yang melihat, menggosok lembut kepala Hannah.
"Sekejap je, okay? Abang janji, abang akan buat cepat cepat." Hannah mengangguk. Mikael membuat kerjanya. Hannah yang mulai bosan, menyandarkan badannya. Boleh tertidur dia kalau macam ini.
Dia terpandang salah satu sampul surat di atas meja Mikael. Sampul itu nampak lain daripada yang lain. Dia mengambil sampul surat itu. Dibelek sampul itu depan belakang.
"Ini apa, abang?" Hannah bertanya. Mikael mengangkat wajah. Membulat matanya melihat sampul surat yang ada pada tangan Hannah. Lantas dia mengambil sampul surat itu. Terkejut Hannah dibuatnya.
"Kenapa abang?" Mikael tersenyum kecil supaya Hannah tidak mencurigai apa apa. Sampul surat itu diletakkan di dalam laci. Bahaya jika orang lain nampak isi dalam surat itu. Itu sampul surat yang Lia berikan padanya semalam. Surat tentang kehamilan Lia.
"Tak ada apa apa. Itu surat dengan... client abang." Hannah mengangguk.
"Kenapa letak dalam laci?" Hannah bertanya lagi. Siap dikunci pula itu.
"Takut hilang. Surat itu penting." Hannah mengangguk lagi.
"Abang dah siap? Jom kita pergi makan. Saya dah lapar. Dari tadi dia berbunyi tau." Mikael tersenyum.
"Okay, jom. Kita pergi makan. Kesian perut sayang itu." Hannah tersengih. Mikael mengemas mejanya terlebih dahulu.
"Tadi Lia jumpa saya." Terhenti pergerakan Mikael. Dia memandang ke arah Hannah.
"Dia kata apa?" Agak dingin nada suara Mikael. Hannah pula yang takut nak buka mulut.
"Sayang, dia kata apa?" Kali ini lebih lembut. Mungkin sedar akan perubahan muka Hannah.
"Dia minta maaf dekat saya. Pasal hari itu." Terang Hannah. Dalam diam Mikael menghembus nafas lega. Dia takut kalau Lia cakap pasal perkahwinan itu. Lebih baik kalau dia yang bagitahu Hannah. Bukan Lia yang bagitahu.
Dan dia belum bersedia untuk bagitahu pasal benda itu pada Hannah. Dia perlukan masa. Tak mudah untuk bagitahu Hannah. Lagi lagi dia tahu, yang Hannah pasti akan kecewa dengannya. Dia takut untuk itu. Dia takut akan kehilangan Hannah. Dia sayangkan Hannah.
"Jadi, sayang maafkan ke?" Hannah mengangguk.
"Maafkan je lah. Dia pun nampak macam dah jadi baik." Hannah tersenyum. Mikael menggigit bibir bawahnya.
Bagaimana dia perlu bagitahu Hannah pasal benda itu? Dia tak sanggup.
"Sayang." Hannah mengangkat sebelah kening.
"Apa?"
"Abang nak cakap something ini." Hannah mengangguk. Dia memandang tepat pada Mikael.
"Cakaplah." Mikael diam. Cakap sekarang atau nanti?
Sekarang atau nanti?
Sekarang atau nanti?
Dia mengangguk. Dia dah buat keputusan.
"Something." Dia pilih untuk bagitahu nanti. Bukan sekarang masa yang sesuai.
"Huh?" Hannah mengerutkan dahi. Tak faham.
"Something. Abang kan nak cakap 'something'. Jadi 'something' lah." Hannah tersedar sesuatu. Mikael mempermainkannya. Lengan Mikael dipukul kuat. Geram pula dia dengan suaminya itu. Mikael ketawa kecil sambil menggosok lengannya yang baru dipukul Hannah. Sakit!
Terima kasih sudi baca •}•
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL [C]
Romance[C O M P L E T E] Perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta. Mereka berkahwin atas dasar keterpaksaan. Mereka harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Janji dibuat di antara mereka berdua di awal perkahwinan. "Kalau antara kita dah ada orang...