"Hah!"
Aurelia tidak mampu percaya dengan apa yang terbentang dihadapan matanya kini. Terdapat dua pokok yang hanya tinggal kayunya sahaja berada diperkarangan rumah ini namun bukan itu yang mengejutkan dirinya sekarang kerana dihadapannya kini terdapat bermacam-macam jenis ikan sedang berenang-renang. Dia tidak dapat memastikan sama ada pemandangan berwarna biru itu adalah air atau tidak, tapi bukankah ikan hidup didalam air, jadi...
"...huh?" Tangannya perlahan-lahan dibawa ke dahi sambil sebelah lagi tangannya berpegang pada tombol pintu dan dinding. Dia cuba untuk memproses apa yang baru sahaja dilihatnya ini.
Diwaktu itu juga seseorang melangkah menghampiri Aurelia.
"Kamu sudah sedar nampaknya."
Belum cukup dia melihat ikan-ikan berenang dihadapannya, kini dia mendengar pula suara seorang lelaki. Aurelia pun berdiri semula dan berpaling. Untuk seketika, dia terkesima.
Ianya seorang lelaki dewasa yang berambut biru. Dia mempunyai kulit yang cerah seperti porselin dan bersih tanpa sebarang bintik-bintik pada wajah. Jika dilihat sekali imbas mungkin lelaki itu boleh disalah erti sebagai patung. Tubuh badannya juga tidak kelihatan terlalu kurus serta tidak juga terlalu berotot. Ianya sederhana dengan bahu yang lebar.
'Whoa, dia nampak handso-'
"Apa yang kamu pandang dengan wajah dungu kamu itu?"
Soalan itu segera menyedarkan diri Aurelia. Hampir sahaja dia tersedak angin disini. Disebabkan lelaki dihadapannya ini kelihatan seperti seseorang yang berwibawa, dia memilih untuk mengukir senyuman manis palsu yang sentiasa dia pamerkan kepada para bangsawan. "Maafkan saya, boleh saya bertanya?"
"Hmph, sekurang-kurangnya kamu berbudi bahasa."
"Haha, nak tanya, tempat apa ini?"
"Hmm." Eliam merenung sejenak Aurelia sebelum membalas, "Kita berada didasar laut Lactis."
Aurelia terdiam. Sekali lagi dia terkejut. Dia tinggal di empayar Teskia, dan laut Lactis berada berdekatan dengan Negara Adoria. Secara logiknya, jarak diantara dua tempat ini sangatlah jauh lagi-lagi didasar laut pula dan bagaimana dia ingin pulang? Dia tidak tahu magik.
"Jadi, kamu yang membawa saya ke sini?" Teka Aurelia.
Eliam menghela nafas seolah-olah berasa jengkel dan penat dengan pertanyaan tersebut. "Ya."
"Ap-apa? Kenapa? Dan macam mana rumah ini ada dibawah laut?"
"Ah, ya." Ucap Eliam seolah-olah baru teringatkan sesuatu. "Aku buat penghalang untuk buatkan air tidak memasuki rumah ini."
Sedikit sebanyak minda Aurelia sudah boleh memproses maklumat ini. Lelaki itu mesti menggunakan magik untuk melakukan semua ini. "Haha." Dia tertawa janggal. Semua persoalan yang berada dimindanya serta keadaan ini boleh membuatkan dia menjadi gila. Ditambah lagi dengan rasa sakit dibadannya. "Jadi, siapa kamu?"
"Ah, akhirnya kamu bertanya juga. Bukan ke lebih logik untuk tanya identiti seseorang yang kamu tak kenali sebelum bertanya perkara lain?" Soal Eliam. "Apapun, aku adalah Raja Spirit. Secara tepatnya, Raja Elemental Air."
Aurelia fikir dia tidak akan berasa terkejut lagi selepas ini tetapi dia salah sama sekali. Namun begitu, ianya jarang sekali untuk melihat warna rambut biru seperti lelaki itu. Jadi, dia tidak fikir yang lelaki ini sedang menipu. Tinggal didalam air, rambut berwarna biru dan walaupun tempat ini tidak sesuai dengan gelarannya sebagai 'raja', lelaki ini sememangnya ada ciri-ciri seseorang yang berkait dengan air.
"Aku pasti yang kamu sedang berasa terkejut sekarang. Aku yakin yang kamu tidak pernah membayangkan akan dapat bertemu dengan raja spirit yang agung seperti ini." Ujar Eliam dengan rasa bangga.
YOU ARE READING
Aurelia: Daughter Of The Elemental King
ФэнтезиPada waktu umurnya menginjak 18 tahun, segalanya berubah. Aurelia tidak menyangka bahawa dia adalah anak gadis Raja Elemental Air! Namun persoalannya, bukankah Raja-raja Elemental tidak mampu mempunyai anak? Dan, disaat Aurelia melihat ayahnya datan...