bab 19'

1.5K 157 2
                                    

Selamanya Milik Hayden Dennis

"CIK Orkid Nadirah ? Ini ada hantaran bunga untuk cik."

"Cik Orkid Nadirah , bunga untuk cik."

"Cik Orkid Nadirah , jambangan bunga rose untuk cik."

"Cik Orkid Nadirah , bunga rose."

"Cik Orkid Nadirah , bu..."

"Bunga lagi untuk saya ?" Pintas Orkid dengan nada yang lemah . Penghantar bunga itu hanya menganggukkan kepalanya saja . Tanpa kata , Orkid hanya sign kertas yang diberi dan mengambil jambangan bunga itu lalu masuk ke daa kedai miliknya .

Beberapa hari ni , dia selalu saja dapat bunga dari seseorang . Terselit juga kad yang tertulis kata - kata manis . Pelik dia dibuatnya . Bila ditanya siapa yang bagi , penghantar itu hanya berkata ,

"Pengirim suruh saya rahsiakan identiti dia . Katanya suatu hari nanti cik akan tahu sendiri."

Haih , penat otak dia memikirkan siapa yang bagi bunga ini . Nak kata Hayden macam mustahil je . Takkan dia nak bagi setiap hari ? Dia tak ada kerja ke ? Tak busy ?

Bunga itu diletakkan di atas meja kerjanya . Kerusi kerjanya diduduk dan dia menyandarkan badannya ke belakang . Haih penat . Pelipis di urut nya lembut . Mata yang terpejam tadi dibuka sedikit . Dia melihat bunga rose yang berada dalam jambangan itu .

"Tak penat ke selalu hantar bunga ? Dah lah bunga rose je setiap hari." Kata Orkid sendiri . Dia hanya tunak memandang bunga itu . Entah lah , bukan dia taknak tanya Hayden cuma hati dia mengatakan yang bukan Hayden menghantar bunga ini . Dia mula tegakkan badan kembali . Bunga rose itu dicapai dan diambil . Bunga rose itu dicium sejenak . Wangi , sama macam bunga rose yang lain .

Orkid mula membelek bunga itu mencari kad . Setelah jumpa kad itu diambil dan jambangan bunga itu diletakkan kembali dia atas meja . Nafas diambil sebelum kad itu dibuka . Terpampar tulisan ayat romantis . Orkid mula membaca nya .

"Sayang , i hope you are fine right now . I miss you so much . One day , you will be mine , just mine . I cintakan you sampai mati."

Orkid mengeliat ngeri setelah membaca itu . Tengok ! Cara romantis diaorang pun lain . Pemberi ini memanggilnya sayang manakala Hayden lebih gemar memanggilnya babygirl . Pemberi ini menggelar I you dengannya manakala Hayden hanya aku kau sahaja .

Kad itu dicampak nya ke atas meja . Telefon bimbitnya diambil dan log telefon miliknya dibuka . Nama yang tertera paling atas dan banyak itu ditekan .

"Abang , adik takut." Adu Orkid . Matanya merah menahan tangis . Owen yang berada di dalam talian sudah gelisah .

"Adik ? Adik kenapa ? Adik luka ke ? Siapa kacau adik ?"

"Hiks abang..."

"Ke...kejap abang on the way sekarang . Adik tunggu kat situ."

Talian diputuskan , Orkid sudah mengemam bibirnya . Takut ! Macam mana kalau pemberi ini seorang pembunuh bersiri ? Lebih baik dia beritahu abangnya awal - awal daripada abangnya tahu sendiri . Nanti dia yang kena denda !



















Cik Bunga Untuk Tuan Mafia Where stories live. Discover now