Aurelia tersedar apabila dia mendengar suara seperti beberapa orang sedang berbual berdekatannya.
"...betullah cakap ayah, rambut dia berwarna biru."
"Mesti dia warnakan."
"Dia nampak makin cantik begini."
"Dia nampak macam lelaki."
"Diamlah...eh, tengok. Lia 'dah sedar."
Kelopak mata Aurelia perlahan-lahan dibuka dan cahaya pun mula memasuki matanya. Membuatkan dirinya silau untuk seketika sebelum dia terlihat dua orang yang dia kenali sedang merenungnya.
"Ugh..." Aurelia mengerang perlahan lalu beberapa saat kemudian, dia bangkit dari pembaringan dan duduk sambil dibantu oleh seorang gadis.
"Lia, kau tak apa-apa?" Soal gadis itu dengan bimbang. "Aiden, pergi panggil Sarah. Cakap yang Lia telah pun sedar." Arahnya.
Aiden pula hanya membuat muka menyampah sebelum pergi melakukan apa yang diarahkan.
Aurelia hanya berdiam diri sahaja. Sejujurnya dia masih lagi tidak percaya dengan perkara yang berlaku semalam. Adakah itu semua benar-benar berlaku? Mungkinkah itu semua mimpi? Semasa dia terjatuh ke dalam tasik pun terasa bagaikan tidak nyata inikan lagi berjumpa dengan Raja Elemental Air malah lelaki itu adalah ayahnya. Bukankah ia mengarut? Dan ianya berlaku dalam masa satu hari sahaja.
"Lia, aku dengar kau terjatuh dalam tasik semalam?" Soal gadis yang duduk di sebelahnya.
"Ah, ya.."
Gadis itu atau namanya adalah Alice Clarence ialah gadis yang agak jelita. Warna rambutnya berwarna perang kecoklatan dan matanya berwarna hitam sama seperti Aiden. Tahun ini juga dia berumur 19 tahun dan tidak lama lagi majlis debut untuk remaja-remaja yang berumur 19 tahun itu akan tiba. Waktu dimana mereka akan melangkah ke dunia dewasa, waktu mereka dibenarkan minum alkohol dan lain-lain. Dia juga akan menggantikan ayahnya sebagai seorang Countess Clarence suatu hari nanti.
Bam!
Bunyi pintu dihempas itu memeranjatkan mereka berdua.
"Aurelia!" Panggil Sarah. Melihatkan wajahnya, dia sememangnya sedang berasa risau. "Kamu tak apa-apa? Ada cedera dimana-mana?" Soalnya sambil memeluk diri Aurelia.
"Saya tak apa-apalah, Sarah..." Balas Aurelia dengan sopan sambil membalas kembali pelukan wanita itu.
Setelah meleraikan pelukan mereka, Sarah pun berkata, "Syukurlah kalau macam itu. Kamu tahu tak betapa risaunya saya dan Elena apabila kami dapat tahu yang kamu terjatuh dalam air dan tidak timbul-timbul selepas itu."
"Ya, kami cuba cari kamu didalam tasik itu tapi tiada sesiapa yang menjumpai kamu." Sambung Alice. "Kalau bukan sebab budak itu, semua ini tak akan berlaku." Sempat lagi dia memberikan jelingan tajam kepada sepupunya itu.
Aiden hanya memutarkan matanya sahaja.
"Berada di padang latihan dan memburu seorang diri pun tidak cukup untuk dipanggil sebagai hukuman sekarang ini." Ujar seorang lelaki yang berumur sambil menggelengkan kepalanya.
"Count Stefan..."
"Oh, Aurelia. Kamu sihat? Nampaknya rambut kamu sudah bertukar warna. Jadi kamu sememangnya anak dia." Stefan berkata-kata dengan sopan namun ia kedengaran seolah-olah terdapat sesuatu yang tersembunyi disebalik kata-katanya itu.
YOU ARE READING
Aurelia: Daughter Of The Elemental King
FantasyPada waktu umurnya menginjak 18 tahun, segalanya berubah. Aurelia tidak menyangka bahawa dia adalah anak gadis Raja Elemental Air! Namun persoalannya, bukankah Raja-raja Elemental tidak mampu mempunyai anak? Dan, disaat Aurelia melihat ayahnya datan...