"Bro, nah!"
Danny menghulurkan sekeping kertas berwarna merah jambu yang telah dilipat menjadi bentuk hati.
"Aduhai... Apa pulak lagi ni bro?" Ashraf menggaru kepala saat kertas bertukar tangan.
"Peminat lu lah bro...!" Jawab Danny. Semenjak Necromancers memenangi pertandingan Battle of The Bands, Ashraf dan rakan-rakan yang lain sudah mula ada peminat!
"Peminat mana pulak yang main 'pass-pass' barang dekat kau ni?"
"Anak jiran depan rumah aku."
"Hah?! Anak jiran kau minah metal ke?" Ashraf tercengang menyebabkan Danny ketawa.
"Entah, abang dia baca ROTTW kot. Gambar lu kan terpampang dekat dalam tu, mestilah ada peminat sekarang... Haha!"
Ashraf mengherotkan mulut.
ROTTW adalah majalah muzik 'indie' dan 'underground' Malaysia yang telah membuat liputan sewaktu pertandingan Battle of The Band. Malah, hujung bulan ini juga Necromancers bersama dua band pemenang yang lain bakal ditemuramah oleh ROTTW.
"Habis tu, aku kena bukak kertas ni ke atau macam mana?" Kertas berbentuk hati itu Ashraf unjuk ke arah Danny tetapi rakannya itu hanya angkat bahu.
"Entah... Dah kertas macam tu, suratlah kot?"
Mereka berpandangan sesama sendiri, lantas Ashraf membuka lipatan kertas.
Haih! Keluh Ashraf perlahan. Memanglah seronok bila jadi pemenang tetapi ternyata Ashraf tidak menyukai populariti yang dikecapinya sekarang berbanding dengan rakan-rakan Necromancers yang lain.
"Eh, kosonglah... Mana ada surat! Dia bagi 'hati' je dekat aku." Ashraf membelek kertas tersebut manakala Danny pula ketawa!
"Alamak Dan... Macam mana aku nak lipat jadi hati balik? Dah terkoyak pulak ni ha..."
"Haha! Sampai hati lu koyakkan 'hati' dia bro!"
Ashraf tertawa kecil. "Takpelah, bro... Hati aku lagi rabak daripada ni, cari Lara tak jumpa-jumpa-"
"Haa...! Sebab itulah aku datang jumpa kau ni!" Potong Danny lalu membuatkan wajah Ashraf berkerut.
"Sebab apa?"
"Bagi aku laptop kau."
"Hah??"
"Bagi je lah cepat!" Gesa si Danny.
Dengan wajah yang penasaran Ashraf masuk ke dalam bilik untuk mengambil komputer ribanya...
* * * * *
Keadaan di restoran The Apartment KLCC agak tenang pada waktu makan tengahari itu. Fahd menghabiskan suapan yang terakhir dan mengelap mulut dengan napkin meja.
"You nak order dessert kegemaran you tak?" Tanya Fahd apabila dia lihat Lara hampir selesai makan. Lara hanya menggeleng.
"Aik? Selalunya you suka dessert tu."
Lara tersenyum dan mengatakan yang dia sudah kenyang. Sebenarnya Lara kena jaga badan. Memandangkan dia akan kembali naik ke pentas peragaan, dia harus turunkan sedikit berat badan sebanyak dua atau tiga kilogram lagi.
"Lara... I nak tanya you sikit."
Ayat dan nada suara Fahd itu kedengaran agak saspen bagi Lara, dia merenung lelaki itu dengan penuh tanda tanya membuatkan Fahd tertawa.
"You nak tanya apa? Kenapa you ketawa?"
Kelihatan Fahd tersengih. "Erm... You sayangkan I tak?"
Lara terus tertawa, menyembunyikan riak gugup! "Err... Hehehe! Kenapa you tanya?" Mata bertatapan seketika dan Lara meneliti wajah Fahd.
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...