GIK 5

5.4K 380 27
                                        

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

TANPA Laura sedar, dirinya diperhatikan oleh seseorang yang tidak jauh darinya. Lelaki berpakaian serba hitam dan berkaca hitam itu mendail nombor seseorang dan meletakkan telefon ditelinganya.

"Aku dah jumpa dia." Ucap lelaki itu.

"Bagus, Rayyan. Aku nak kau perhatikan dia. Update apa-apa pasal dia. Thanks bro, love you." ujar Rayden dihujung talian.

"Sejak bila kau jadi gay? Bodoh!" Rayyan terus menutup panggilannya.

"Kau tutup macam tu je? Nasib kau adik aku. Kalau tak, aku dah daftarkan nama kau dekat pusat jagaan warga emas." bebel Rayden.

Dia mula tersenyum sinis. Gadis igauan dia. Yang berjaya memikat hatinya dengan pesona gadis itu. Gadis yang pertama dan terakhir bertakhta dihati King. Itulah Laura Vialuna Belle.

Sejauh mana gadisnya melarikan diri. Dia akan biarkan dia pergi tetapi jika sekali tertangkap, dia tidak akan membiarkan gadis igauannya itu terlepas dari tawanan cintanya. Kerana dia, gadis igauan King.


LAURA membersihkan dirinya untuk bersiap ke college. Dia memakai gaun berwarna peach paras lutut dan mengambil begnya. Dia menuruni tangga dan memakai kasut tumit tinggi berwarna putih lalu mengunci pintu rumahnya.

Keretanya diparkir kemas dan berjalan masuk ke makmal. Dia mencapai kot putih makmalnya yang tergantung lalu dipakai.

"Haii.." sapa Laura ramah.

"Lama tak nampak kau." sapa Raysha. Laura menjeling. Baru dua hari lepas mereka berjumpa. Raysha tertawa kecil kerana menyakat Laura.

"Sir Alex asyik cari kau." kata Raysha.

"Kenapa? Ini lah sebab-sebab kenapa aku yang cantik jelita ni tak nak masuk college. Sebab aku penat asyik kena kacau dengan dia." ujar Laura.

"Aku pun taktahu. Dia angaukan kau sangat tu. Duda. Aku takut je, dia tinggal kau." ujar Raysha.

"Ish. Sebelum dia tinggal aku, aku dari awal tak nak dengan dia." Mereka tertawa gembira bergossip tentang Sir Alex itu.

"Ehem! Seronok ketawa?" sapa satu suara yang garau. Laura mengangkat wajahnya memandang lelaki itu. Dia terpaku.

Lelaki yang berdiri dihadapannya bersilang tangan di dada dan tersenyum senget. Mempunyai rupa paras yang sempurna. Perfect! Sempat lagi kau rating muka orang eh, Laura. Laura menggelengkan kepalanya.

"Kau dah kenapa, Laura?" tanya Raysha.

"Arr aku pening sikit." bohong Laura sambil meneguk air botol mineral kerana malu.

"Ni aku nak kenalkan. Rayden Lorenzo De Clerq. Abang aku. Abang, ni Laura. Kawan Raysha dengan Rosie dari kitaorang tadika lagi. Dah lama dah kitaorang kenal." ujar Raysha.

UHUK !!

"Eh kau okay tak?" tanya Raysha sambil menepuk belakang badan Laura. Laura mengangkat tangan tanda okay.

"Aku okay.. Jangan risau. Aku cuma terkejut. Sejak bila kau ada abang? Bukan kau dengan Rosie je ke?" tanya Laura. Rayden hanya diam memerhati Laura.

"Memanglah. Dia abang susuan aku je. Bukan adik beradik. Tapi tak boleh kahwin. Hah macam tu lah." ujar Raysha. Laura sekadar mengangguk.

"How about your full name, miss?" tanya Rayden. Laura tersentak. Suara ini macam familiar tetapi dia tidak tahu dimana. Terasa dejavu baginya. Laura menoleh kearah Rayden dan tersenyum manis.

"Laura Vialuna Belle. Just call me, Laura." ujar Laura. Rayden membalas senyuman Laura.

"Abang buat apa dekat sini?" tanya Raysha.

"Ada perjumpaan untuk discuss Festival nanti kan? Abang nak cadangkan beberapa aktiviti menarik untuk menarik orang ramai datang festival tu." ujar Rayden.

"owhh, yelah. Festival tu tak lama lagi. Kau pergi ke, Laura?" tanya Raysha.

"Aku tak sure lagi lah. Aku kena pergi appointment doktor. Kalau aku sempat, aku pergi." ujar Laura.

"Kau sakit ke?" tanya Raysha.

"Takdelah, aku just datang sebab nak buat check up mental health je." bohong Laura. Tetapi melalui reaksi muka Laura, sudah dapat diteka oleh Rayden yang Laura sedang berbohong.

"Owhh, faham-faham. Takpelah kalau macam tu." ujar Raysha.

"Kalau macam tu abang pergi dululah. Bye Raysha and Laura." ujar Rayden sebelum berlalu pergi. Laura dan Raysha hanya melambaikan tangan.

"Hensemnya abang kau." ujar Laura.

"Mestilah tapi kalau aku bukan adik susuan dia pun, aku takkan suka dia. Sebab dia jenis dingin sikit. Dia baik dengan aku sebab aku keluarga susuan dia je. Kalau tak, sampai ke mampos lah dia nak dingin je." ujar Raysha.

"Ish kau ni. Mengumpat dia pulak." ujar Laura.

"Tapi kenapa dia tak dingin dengan kau eh?" tanya Raysha.

"Mungkin sebab aku kawan kau kot. Tu yang dia okay je. Takkan dia nak jahat dengan kawan kau pulak kan?" ujar Laura. Raysha hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu kerana Rayden sukar dibaca.

"Kenapa dia tak kenal aku? Dia pura-pura tak kenal atau dia memang tak ingat? Tak mungkinlah." Rayden terus mendail nombor Rayyan.

"Kau ada termiss info pasal Laura yang kau tak bagitahu aku lagi ke?" tanya Rayden.

"Termiss? Aku tak rasa. Tapi kejap." ujar Rayyan. Rayden hanya menunggu.

"Eh, semua maklumat pasal dia aku dah bagitahu kau. Cuma ada beberapa maklumat dia, jadi susah nak akses. Aku minta tol—"

Kata-kata Rayyan terputus. Ricky sudah memberikan fail tentang Laura. Rayyan mengucapkan terima kasih.

"Kau kenapa diam?" tanya Rayden.

"Ricky buat aku terkejut. Dia hack data Laura dekat Malaysia. And Laura.." Rayyan menceritakan maklumat yang tertinggal kepada Rayden. Rayden hanya mengangguk dan menutup panggilannya.

"Patut kau tak ingat aku. Kau kemalangan ya, dua tahun lepas? Lepastu tak ingat aku? Nampak sangat aku penting bagi kau, sayang." bisik hati Rayden.


⊰━━━━━༺۵༻━━━━━⊱⋅

How this part? Okay tak? Please vote and comment atas support, thankyou <3 Kalau ada kesilapan author minta maaf awal-awal. Don't need to kecam okay, watch your attitude first before want to acknowledge author. Respect me as author. Walaupun dah 5 years experience dalam wattpad, dah macam ii reader saya jumpa sebelum ni. So please jaga attitude okayy muahh <3

GADIS IGAUAN KING [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang