Bunga Iris Nasya terduduk di atas lantai kemudian kedua tangannya menutup mulut yang sedang menangis teresak-esak apabila dapat massage dari seorang lelaki yang amat dia cintakan dan mengagumi jejaka itu kepada kawan serta keluarga besarnya, akhirnya ingin meninggalkan Iris untuk kali kedua!
Hael Haikal. Dia sudah bercinta dengan jejaka ini sejak umur enam belas tahun sehingga umurnya tujuh belas tahun. Kira-kira hampir setahun mereka bercinta. Dan Haikal berjaya menjadi cinta pertama yang tidak dibuat main oleh Iris.
-Saya nak putus dengan awak-
-Saya dah tak ada hati dengan awak-
-Iya saya sia-siakan awak, kenapa?-
Tangannya bergetar membaca massage yang di hantar jejaka itu. Sakit, pedih hatinya yang dia rasakan. Walaupun sesetengah manusia berkata cinta di zaman sekolah adalah sekadar cinta monyet tetapi tidak bagi Iris yang memahami dalam percintaan. Iya dia fokus pada pelajarannya tetapi apabila timbulnya Hael Haikal dia terus fokus kepada cinta seratus peratus.
"Ya Allah aku rindu dia, Ya Allah! Jangan hilangkan dia dari hidup aku! Aku sayang dia, Ya Allah" kuat hatinya menjerit tetapi mulut hanya membisu. Dia tidak boleh menangis dan teriak dengan kuat.
Dia nangis begini bukan hanya ditinggalkan tetapi ada perkara lebih besar buatkan dia takut untuk hadapinya suatu hari nanti.
"Bangun" arah seorang lelaki yang bersuara garau dan tegas menegur Iris.
Iris tersentak, setahunya di dalam bilik tidak ada lelaki mahupun keluarga kecilnya semuanya, perempuan. Dia membeku seketika.
Matanya yang tadi dipejam dek kerana tahan air mata kini terbuka dan berbola matanya membulat tatkala tangisannya terhenti. Dia terkejut dan takut sekarang ini. Siapa yang menegurnya?
"Bangun!"
Perlahan-lahan Iris menegakkan tubuh malah dia tidak sama sekali bangun dari duduknya dari lantai. Tangan semakin bergetar dan sejuk seakan membeku. Dia tidak boleh mengangkat wajahnya sekarang ini seakan seseorang memaksa untuk Iris menunduk pada lantai. Sekiranya kepala tidak dipaksa untuk tunduk dia tidak akan sesekali menoleh kepada seseorang menegurnya. Suara itu kedengaran garau dan tegas.
"Apa kau buat?" soal lelaki itu yang kedengaran di belakang Iris.
"Ak...aku..."
"Apa kau buat!" hentak lelaki itu dengan penuh kemarahannya. Manakala Iris yang mendengar terkejut dengan suara yang penuh dengan amarah itu.
"Kau menangis untuk lelaki?"
Iris perlahan-lahan mengangguk.
"Apa Allah membenarkan dirimu menangis untuk lelaki?" soalnya lagi tetapi dengan nada biasa.
Perlahan-lahan Iris menggeleng.
"Benarkah Allah membenarkan dirimu menangis kerana lelaki!?"
"T...t..tak..."
"Jadi apa yang kau lakukan?"
Iris terdiam tidak terkata.
"Disaat Allah menghalang engkau melakukan penzinaan apa kau ingat dengan segala itu wahai manusia yang lemah? Adakah engkau berfikir diri engkau itu lebih kuat dari Allah sehingga engkau berpaling dari perintah Allah!? Sekarang kau menangis kepada Allah? Menangis kerana pemergian lelaki yang membawa kau ke jalan yang salah. Sedang kau tidak sedar kau sudah jauh dariNya wahai manusia yang lemah!" tegas lelaki itu berkata tanpa henti. Seakan ayatnya menampar wajah Iris berkali-kali untuk menyedarkan diri.
"Apa kau menarik diri kau ke neraka?"
"Tak...nak..." balas Iris.
"Wahai manusia yang berpaling diri dari Allah sesungguhnya engkau manusia yang ru-"
"Iris..." Iris menegakkan tubuhnya dari tidur dengan pantas. Nafasnya dihembuskan dan ditarik dengan laju manakala degupan jantung laju menghentak dada.
"Allahuakbar..." Iris meraup wajahnya apabila teringat semula apa yang dia mimpikan sebentar tadi.
Iris memusingkan tubuhnya mencari telefon untuk melihat jam sekarang menunjukkan pukul berapa. Sesudah dia jumpa telefon yang berada di bawah bantal, telefon di capai lalu didekatkan pada wajahnya. Kedua mata dikecilkan untuk hilang kekelabuan pada berbola mata untuk melihat lebih jelas.
3:00 a.m
"Allahuakbar nasib baik tak terlepas tahajud" Iris menyelak selimut dari tubuhnya kemudian kaki menjejak pada lantai sesudah dia turun dari katil dan mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya sebelum mendirikan solat tahajud.
Kaki kiri menjejak lantai bilik air terlebih dahulu barulah kaki kanan.
Dalam dia menyangkut tuala pada penyangkut yang tertampal pada dinding dia tersedar sewaktu dia hampir tersedar seakan-akan seseorang menyeru namanya dan membuatkan dia tersedar dari tidur oleh juga kerana mimpi yang dia mimpikan.
"Ya Allah kenapa aku mimpi macam itu..." ujar Iris di dalam hati sebelum pintu bilik air di tutup dan menyambung untuk membersihkan dirinya.
YOU ARE READING
Make Her My Naseeb
RomansaMengisahkan tentang Bunga Iris Nasha seorang gadis yang kuat agama dan hanya fokus pada kehidupannya dan keluarga kecil Bunga Iris Nasha yang selalu hancur dan menimbul masalah yang besar sehingga buatkan dirinya rasa takut untuk meneruskan hidup. W...