| 12:35 tengahari... |
Kedua kening Niana berkerut seribu melihat pemakaian Bunga Iris Nasha yang seumur dengannya iaitu 20 tahun. Sungguh lain dari yang lain. Tidak sama seperti dahulu yang pemakaiannya seperti di atur oleh dunia, sekarang lebih kepada di atur oleh akhirat. Abaya elegen berwarna putih tersarung pada tubuh, tudung shawl yang elok dipakaikan. Lain sungguh!
Dalam matanya memerhati gadis itu, dia menyuap sudu ke dalam mulut untuk menyambung selera makanan yang di masak di restoran mereka berdua berada sekarang ini.
Suasana membisu seketika. Hanya dengar bunyi suara manusia sekeliling.
"Okay Bunga Iris Nasha. Now tell me" Niana menepuk tangannya pada meja dengan perlahan mampu membuatkan Iris terangkat kedua bahunya dek kerana terkejut.
Kini kening Iris berkerut dan mengangkat wajahnya untuk melihat wajah Niana yang kelihatan tertanya-tanya.
"This is not you, girl" ujar gadis itu, dia melihat Iris dari bawah hingga atas. Tidak terlalu tertutup tetapi seperti sedang di usahakannya.
"Apa kau merepek ni?" balas Iris pula, tanpa dia membuang masa dia terus menjamu seleranya. Malas mahu layan perangai Niana ini.
"Girl hear me"
"Dah dekat seminggu kau berpakaian macam ni" sambung Niana, kedua tangannya dinaikkan paras wajahnya dari atas sehingga bawah menunjukkan isyarat tersebut kepada Iris.
Iris langsung tidak mengendahkan Niana malah dia hanya diam dan meneruskan makan.
"Iris, kau berubah ni. Aku tengok kau sekarang muka kau pun aku tak jumpa kat sosial media, pakaian kau pun sedikit bertutup. Girl, tell me mesti ada sesuatu ni" kata Niana lagi tidak henti, dia ingin mengambil perhatian Iris apabila wanita itu seakan beriak biasa. Seperti tiada apa.
"Tak ada-lah, Niana" balasnya tenang.
Berbola mata Niana melirik Iris dari atas hingga bawah dengan tajam. Geram dengan jawapan itu! Kerana jawapan yang diberikan oleh Iris bukanlah jawapan yang tepat.
"Whatever. Ni Iris nak tahu tak pasal boyfrie-"
"No. I don't need to know about other men. Including your boyfriend" pantas Iris berkata sebelum Niana meneruskan ayatnya untuk menceritakan tentang teman lelaki gadis itu. Iris tidak mahu dengar sama sekali, bukan baru harini tetapi sejak seminggu ini apabila nampak perubahan Iris.
Niana mengerutkan kedua keningnya.
"Kau dah kenapa ni?"
Iris menaikkan berbola matanya memandang ke arah Niana yang duduk berhadapan. Apabila disoal bergitu dia menjawab dengan gelengan kepala.
"Girl, stop pretending to be pious in front of people. I know how bad you used to be before you changed" geram Niana dibuatnya apabila dia ingin meluah malah di tolak oleh Iris begitu sahaja. Bukan baru harini Iris menolak luahannya, kelmarin pun begini. Niana menelefon Iris lebih dari sepuluh kali tetapi masih tidak di jawab. Sekiranya Niana mahu meluah tentang kekasih hatinya pasti akan mencari Iris.
Kedua kening Iris berkerut pula.
"Why you talk like that?"
"Iris. Dulu perangai kau buruk dari aku. Bila kau punya perangai tu lebih buruk dari berzina walaupun perbuatan itu dalam perkataan zina, Iris. Kau tak payah berpura-pura alim. Kau kena ingat siapa kau dulu" jelas Niana dengan tegas.
"Kalau kau buat perkara yang melebihi batas kau ingat Allah maafkan kau ke?"
"Kau tahu tak yang diri kau tu dah kotor?" sambung Niana kalini dia menyoal pula. Jari telunjuk menekan-nekan permukaan meja makan sambil bercakap dek kerana hatinya mula panas.
YOU ARE READING
Make Her My Naseeb
RomanceMengisahkan tentang Bunga Iris Nasha seorang gadis yang kuat agama dan hanya fokus pada kehidupannya dan keluarga kecil Bunga Iris Nasha yang selalu hancur dan menimbul masalah yang besar sehingga buatkan dirinya rasa takut untuk meneruskan hidup. W...