BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3
KELIHATAN seseorang sedang melepaskan amarahnya dengan membaling dart disekeping gambar. Diwajahnya jelas kelihatan sangat berang dan penuh dendam.
"Kenapa kau mesti nak rampas hak aku?"
Dart itu ditukar kepada pisau kecil yang tajam. Dia membaling pisau itu tepat dikepala manusia yang ada di dalam gambar itu.
"Aku takkan bagi kau berpeluang untuk dapatkan dia. Kalau aku tak dapat, kau pun takkan dapat."
"Boss.." tegur seseorang.
Orang itu menoleh kearah anak buahnya.
"Dia ada dekat mansion." ujar lelaki bernama Maxi itu. Orang itu menyunggingkan senyuman sinis.
"Kau boleh pergi." arah orang itu. Maxi mengangguk dan meninggalkan bossnya.
SEMENTARA itu, Rayden sedang bermain dengan pennya. Renungan tajamnya bak helang menikam bingkai gambar yang terletak elok diatas meja pejabatnya. Dia tersenyum.
"Sayang... Kenapa kau cantik sangat? Kau masih cantik. Sama macam dulu dan akan selamanya cantik untuk aku. Kau buat aku gila, Laura."
Rayden menyelak helaian rambutnya kebelakang. Bingkai itu diambil lalu diletakkan didadanya. Dia memejamkan matanya sebelum matanya terbuka apabila tersentak pintunya dibuka kasar.
"Maaf, King. I dah halang dia, dia degil. Tengoklah, dia siap tampar I lagi. Sakit tau." kata Syasya lalu merangkul lengan Rayden. Rayden menepis kasar.
"Kau dah sihat ke? Kau naik apa pergi sini?" tanya Rayden.
"Dah. Naik driver you, Rayyan kot nama dia. By the way, cakap dengan pekerja you.. hormat tetamu. Jangan sesuka hati nak maki orang. Gaji kau pun tak mampu beli baju akulah." Laura menundingkan jarinya kepada Syasya.
"You tengoklah. Dia hina I. Berlagaknya dia."
"Diam, kau berambus! Aku tak nak kau datang kerja dekat sini lagi! You're fired!" ucap Rayden. Syasya menghentakkan kakinya beberapa kali dan keluar dari bilik Rayden.
"Kenapa kau datang sini?" tanya Rayden.
"Nak bincang pasal ganti rugi baju you." ujar Laura.
"Aku belum settlekan kerja aku lagi ni, princess. Takkan nak bincang sini?" tanya Rayden.
"Kalau macam tu, you siapkanlah dulu. I tunggu. Nanti sekali I nak lunch, kita boleh bincang pasal tu. Atau nak dekat sini je?" tanya Laura.
"Anywhere you want, I don't mind princess." balas Rayden. Laura tersenyum dan duduk disofa yang tidak jauh dari situ.
Dia mengambil majalah yang ada diatas meja lalu dibelek-belek. Tipulah kalau dia tidak cemburu dengan wanita-wanita yang sentiasa menghiasi halaman depan majalah itu sangat terkenal dan cantik. Dan itu ialah Raysha.
Baginya Raysha sangat sempurna. Mempunyai keluarga yang mewah dan bahagia. Tidak seperti dirinya. Entah kenapa dia masih bodoh, untuk menerima keluarga baru mamanya kembali ke rumah. Atas dasar tidak mahu jadi anak yang derhaka.
Dia menoleh menatap Rayden yang lagi sibuk menyiapkan tugas yang tergendala. Tangannya menongkat dagu.
Sempurna! Rayden sangat sempurna dimatanya. Bagaikan malaikat. Yang sentiasa ada untuk menyelamatkannya daripada pelbagai situasi cemas. Dan tanpa sedar, Rayden dari awal sudah merenungnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
GADIS IGAUAN KING [C]
Romance𝐃𝐄 𝐂𝐋𝐄𝐑𝐐 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 𝐕𝐎𝐋 1 Tidak semua orang mempunyai keluarga yang sempurna. Ada yang penuh keharmonian dan ada juga yang penuh kedukaan dan penderitaan. Terlahir di keluarga yang mewah, tidak menjanjikan kita untuk selamanya bahagia da...