special chapter 2🖤

123 10 2
                                    

seminggu sudah berlalu, kini hana dan yunho dalam perjalanan pulang. namun dahi hana berkerut hairan apabila jalan yang mereka lalui sekarang ini bukan jalan pulang ke rumah mereka.

" yun, kita nak pergi mana ni ? " soal hana hairan.

" amek anak " balas yunho selamba.

bertambah berkerut lah hana. merapu apa suami dia ni. padahal anak dekat rumah. ni anak mana satu ni ? takkanlah-

" OH KAU ADA ANAK LAIN YE ?! NI BINI NOMBOR BERAPA PULAK NI? KETIGA KE KEEMPAT ?! " begang hana. tajam mata mencerlung memandang yunho yang fokus memandu.

yunho ketawa besar.

" KAU PIKIR KELAKAR ? " makin berang hana.

" calm down, sayang. nanti dah sampai tempat tu you will know " tenang yunho membalas. bini kat sebelah tu tengah sabar je tunggu nak cakar muka dia.

sepanjang perjalanan dalam kereta, masing-masing senyap. yang sorang masih dengan bengang tentang overthinking dia tu yang seorang pulak malas nak kacau orang sebelah risau kena hambur jadi dia biar je bini dia layan perasaan. nanti jap lagi mesti dia serba salah lah tu.

setelah setengah jam berada di atas jalan raya kini mereka sampai di destinasi.

" pet's shop ? " 

" yup, anak kita nombor 3 ni special sebab dia berbulus " gurau yunho. mata melirik memandang hana yang sudah bertukar riak. muka serba salah tu dah datang dahhh.

" sorry " ucap hana sepatah sambil bermain hujung baju. malu nak bertatapan dengan si suami lepas dah menderhaka tadi.

" tu je ? "

CUP !

hana mencium sekilas bibir yunho sebelum kakinya laju melangkah masuk ke dalam pet's shop tersebut dengan langkah riang sebijik macam budak-budak dapat mainan. yunho pula tersipu malu.

seronok hana masuk dalam pets shop tu sebab design dalaman pets shop ni menarik. dah macam rumah haiwan. haiwan-haiwan tidak dibiar dalam sangkar malah bebas berlari sana sini dengan haiwan-haiwan lain. mungkin kerana terlalu jinak.

" hey sayang, tunggu lah. "

" lambat ! terkedek-kedek jalan macam kura-kura " omel hana setelah yunho berada disebelahnya. mata ralit memerhati haiwan-haiwan comel untuk dibuat haiwan peliharaan atau dalam bahasa yunho dia panggil addopt yuna and hansung's new brother. hehehe

" YUN ! muka dia sebijik macam awak " hana berkata sambil memandang anjing spesis golden retriever.

" baguslah kalau muka sebijik dengan bakal bapak dia ni. apa tunggu lagi jomlah addopt dia " balas yunho.

" tapi sayang nak kitten ni " hana tunjuk kearah seekor kucing yang muka macam dah fedup nak hidup.

" taknak lah muka dia macam wooyoung. "

" celah mana ?  "

" ada lah macam muka dia " tegas yunho tidak mahu kalah.

" kalau awak tak nak bela dia bagitau je lah tak payah lah kasi alasan tak masuk akal macam tu " jeling hana meninggalkan yunho yang sudah terkebil-kebil.

aik, marah ?

hana mengambil tempat di sofa yang tersedia disitu. wajah masam dengan cebikan di bibir. mata tak lari memandang haiwan-haiwan yang bermain disitu. yunho yang baru melabuhkan diri disebelahnya tidak dipandang.

" merajuk ke tu " yunho menongkat dagu sambil memandang kesisi melihat wajah masam hana. gurau sikit pun tak boleh lah bila mood tengan swing ni.

" tak " balas hana sepatah. hana membongkok cuba untuk mengusap bulu seekor anak anjing berbulu tebal yang sedang bergesel di kaki hana. kecik besar dia pandang anak anjing itu bermanja dengan hana.

[√] married student || yunhoWhere stories live. Discover now