| Keesokan harinya 6:40 pagi... |
Daniel menuruni anak tangga satu per satu. Setelah dia selesai mendirikan solat subuh, kini dia harus membasahi tekaknya yang perit kerana kering. Sepertinya dilihat dari atas pertengahan tangga, ruang tamu dalam keadaan sedikit sunyi. Kalau waktu sebeginilah sudah ada puan Rose menyiapkan sarapan manakala encik Safwan menolong isterinya di dapur. Mereka berdua memang saling melengkapi antara satu sama lain. Buatkan Daniel berasa hidup dalam perkahwinan seronok dimana perbuatan ibu bapanya yang saling memahami antara satu sama lain.
Satu kaki langkah anak tangga yang terakhir. Dia berhenti seketika melihat ruang tamu. Sunyi...
"BOO!" encik Safwan dari belakang Daniel, menyergah lelaki itu sehingga kedua bahu Daniel terangkat serentak dek kerana terkejut dengan sergahan ayahnya.
Daniel berpaling ke belakang melihat encik Safwan yang seperti dari dapur dan mendekat ke arah anak lelakinya.
Ketawa encik Safwan dihamburkan. Senang benar encik Safwan ini ketawa. Perkara kecil sahaja boleh buat lelaki tua ini gelak terbahak-bahak.
Daniel mengerutkan keningnya.
"Tak takut-lah" Daniel menjeling. Jelingannya tidak membuatkan encik Safwan sakit hati, dia tahu jelingan Daniel itu hanya sekadar bersahaja.
"Iya-lah itu..."
"Apa ketawa pagi-pagi ni? Dari dapur dengar. Baru aja subuh berlalu dah ketawa macam orang tak ingat dunia" sapa puan Rose yang baru sahaja keluar dari dapur. Matanya tertumpu ke arah suami dan anak kedua lelakinya sambil itu kaki jalan mendekat.
"Ayah-lah. Pagi-pagi dah terkejut-kan Daniel. Lepas itu gelak, semalam pun gelakkan saya" adu Daniel kepada ibunya. Bukan mengada-ngada tapi apa yang dia katakan itu adalah benarlah. Encik Safwan sehari tidak ketawakan Daniel tidak sah. Ada sahaja otak lelaki tua itu berfikir apa perlu dia lakukan untuk menganggu Daniel.
Pantas tangan puan Rose menepuk bahu suaminya. Iya, dia jadi orang tengah. Encik Safwan pula hanya diam yang tadi sibuk menghamburkan tawanya. Mata bertentang mata sebelum mata mereka berdua memandang ke arah Daniel.
Mereka masih berada di posisi yang sama.
"Dah solat subuh?" soal puan Rose kepada Daniel.
Daniel mengangguk.
"Solat tahajud?"
"Dah" balasnya sepatah. Bukan marah, bukan juga sombong tetapi dia memang begitu.
"Bagus anak, ayah" tangan encik Safwan dinaikkan lalu mengusap rambut anaknya. Daniel tidak sama sekali membantah.
"Today, maghrib siap-siap. Nanti kita solat maghrib dengan isyak dekat masjid"
"Kenapa?" soal Daniel kepada encik Safwan pula.
"Ada ceramah malam ini. Nanti Danny datang sini dulu lepas itu kita bertiga aja pergi. Ibu dengan wife Danny tak pergi sebab diaorang cuti"
"Cuti?" Daniel mengerutkan keningnya. Tidak faham. Cuti apa, ini?
Encik Safwan angguk, dia mengambil tangan isterinya dan berjalan menaiki anak tangga untuk menuju ke bilik. Dibiarkan anaknya yang masih tertanya-tanya. Itulah dah tua pun tidak tahu, siapa suruh tidak bersosial dan bertanya. Daniel, Daniel...
Daniel menolehkan kepalanya dan mendongak melihat encik Safwan dan puan Rose meninggalkan dirinya. Sempat lagi puan Rose melambaikan tangan ke arah Daniel. Lambaian disambut dengan lambaian dari Daniel. Kepala kini berpaling ke hadapan seperti biasa.
7:16 pagi...
Daniel menarik kerusi meja makan sedikit kebelakang memberi ruang dirinya mengambil duduk berhadapan puan Rose yang sedang meletakkan cawan di sisi pinggan Daniel. Kini dia duduk dan mencari keselesaan kedudukan. Kepala berpaling ke arah encik Safwan yang berada di sisinya iaitu di hujung meja makan di mana pertengahan kedudukan Daniel dan puan Rose.
YOU ARE READING
Make Her My Naseeb
RomanceMengisahkan tentang Bunga Iris Nasha seorang gadis yang kuat agama dan hanya fokus pada kehidupannya dan keluarga kecil Bunga Iris Nasha yang selalu hancur dan menimbul masalah yang besar sehingga buatkan dirinya rasa takut untuk meneruskan hidup. W...