bab 4

675 62 14
                                    

      "Wohoooo!" teriak Danny apabila kelajuan motor yang di tunggangnya hampir mencapai kelajuan maksimum di atas jalan raya. Motornya di layangkan ke kiri dan ke kanan dengan lembut seperti angin yang meniup.

"Bisinglah!" balas Daniel. Mana tidaknya helmet mereka mempunyai mikrofon kecil yang terletak di dalam helmet. Daniel juga menunggang motor dengan laju tetapi lebih tenang berbanding Danny kerana pinggang dan pergelangan tangan mula terasa sakit dan lenguh.

"Cepatlah sikit, Daniel! Lambatlah"

Dengar sahaja Danny berkata begitu, terus sahaja motor Daniel berada di sisi motor Danny. Kepala mereka memandang sesama sendiri. Danny tersengih sebelum throttle motor dipulas lebih kuat seraya Daniel mengejar kelajuan jejaka itu.

"Mana Danny dengan Daniel ni. Tak balik lagi. Dah pukul lima setengah. Solat asar belum lagi diaorang ini. Pukul enam nak gerak masjid" keluh encik Safwan sambil menggelengkan kepala beberapa kali. Kalau lambat begini bukan kerana Daniel tetapi Danny. Perangai jejaka itu mengalahkan seorang adik yang sepatutnya berperangai tidak matang padahal abang dan anak pertama yang harus matang. Tetapi mereka berdua terbalik.

Vrom!! Vroom!!

Voormm!!

Kedengaran bunyi enjin motor dengan kuat dari luar. Yana, puan Rose dan encik Safwan menggelengkan kepalanya serentak.

"Hah seru lagi. Dah sampai dah budak dua ekor itu" ujar puan Rose sebelum dia mengambil duduk di sebelah suaminya iaitu di atas sofa yang tadi berdiri dek kerana baru sahaja dia keluar dari dapur.

Pintu diketuk dari luar dan kedengaran salam di beri oleh Danny. Pintu di buka dengan sedikit kasar sebelum kedua jejaka puan Rose dan encik Safwan itu masuk ke dalam rumah. Seperti biasa wajah Danny seperti tiada salah apa-apa yang dibuatnya. Padahal dia sudah tahu yang dia sudah terlambat dan dia yakin encik Safwan sedang memarahinya sekarang ini.

"Tadaaa! Danny dah b-" belum sempat dia menyergah orang di dalam ruang tamu tiba sahaja telinga sakit di tarik oleh seseorang.

"Ayah suruh balik awal, ni dia balik lambat!" tangan encik Safwan menarik telinga Danny sehingga kepala jejaka itu tertunduk dan mengekori encik Safwan yang berjalan naik ke atas untuk menghantar Danny ke dalam bilik untuk bersiap. Yana dan puan Rose hanya ketawa manakala Daniel hanya memerhati sambil menyangkut kedua kunci motor pada penyangkut kunci yang tertampal pada dinding.

Mahu sahaja Daniel melangkah, kakinya terhenti apabila di tegur puan Rose. Kepala menoleh ke arah wanita tua itu yang sedang duduk bersama Yana.

"Lambatnya Daniel balik"

"Danny ajak saya jalan-jalan"

"Daniel tak ingatkan dia ke kena balik awal?" soal puan Rose.

"Daniel dah cakap"

Puan Rose menggeleng kemudian dia mengarahkan jejaka itu untuk naik ke atas dan membersihkan diri dan bersiap segera untuk pergi ke masjid.





Iris mengambil duduknya di baris kedua hadapan di dalam masjid tempat wanita. Matanya melihat sekeliling yang sudah ramai mengambil tempat duduk masing-masing sebelum ceramah di mulakan oleh ustaz yang menghadiri di dalam masjid ini. Hatinya sedikit berdebar dek kerana sekeliling tidak seorang pun dia kenal tetapi dia harus bawa dirinya untuk berdikari seorang diri menghadiri majlis ilmu agama.

"Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh" kedengaran suara lelaki tua mengucap salam daripada mikrofon yang di dengari jelas dari speaker.

Kepala Iris yang tadi menoleh ke belakang, kiri dan kanan kini dia berpaling ke hadapan dan melihat ustaz itu yang akan menyampaikan ceramah.

Make Her My Naseeb Where stories live. Discover now