"Huh? Apa ini?"
Ianya dua seminggu selepas itu, Eliam menyerahkan sepucuk surat dan sebentuk cincin kepada Aurelia.
"Bacalah, dan cincin itu ibu kamu yang bagi. Jadi pakai." Balas Eliam.
"Eh?" Aurelia merenung cincin tersebut. "Tapi saiz cincin ini lagi besar dari jari saya."
"Pakai sajalah." Eliam mula berasa jengkel. "Cincin itu boleh mengikut kesesuaian jari kamu dan selain dari ibu kamu, hanya kamu sahaja yang boleh pakai."
Aurelia hanya menganggukkan kepalanya. Lalu dia menyarungkan cincin tersebut ke dalam jari telunjuknya. "Wah..." Dia berasa kagum sedikit apabila melihat cincin itu mengecil dan batu Sapphire yang berada di cincin itu bersinar untuk seketika.
"Oh, ya. Cincin itu tidak akan boleh dibuka lagi selepas ini dan ia menyimpan tenaga magik." Jelas Eliam. "Baiklah, aku pergi dulu. Ambillah masa kamu."
"Ouh...okay." Aurelia menjawab sambil mengambil kertas dari dalam surat tersebut. "Tunggu! Cincin ini tak boleh dibuka?!" Namun sayang sekali yang ayahnya sudah pun berlalu pergi daripada rumah ini. Oleh itu, dia cuma mengeluh sahaja. "Apa-apalah."
Selepas beberapa ketika kemudian, Aurelia meletakkan helaian kertas itu diatas meja. Dia tidak menangis maupun marah namun ia terasa sedih apabila mengetahui ibunya sanggup berkorban demi untuk mewujudkan dia ke dalam dunia ini.
"Hah..." Keluhnya sendiri.
Berdasarkan apa yang Sarah dan Eliam pernah beritahunya tentang arwah ibunya, Aurelia dapat tahu bahawa ibunya adalah seorang pakar magik kelas ketujuh, ahli sihir elemental, seorang penyeru yang handal buktinya, dia dapat menyeru Raja Elemental Air dan seorang pengembara. Selain itu, seperti yang telah diketahui ibunya juga adalah seorang Countess dan berjaya memperoleh kepercayaan Yang Mulia Ratu Teskia pada waktu itu. Kesannya, kerabat diraja Teskia dan keluarga Clarence mempunyai hubungan yang erat bersama sehingga kini.
Aurelia tersenyum akan tetapi ia kelihatan pahit. Dia sedar bahawa kedua ibu dan ayahnya itu adalah seorang yang hebat-hebat belaka. Ia tidak dapat dinafikan lagi. Oleh sebab itulah, dia memilih untuk tidak terlalu banyak memikirkan tentang hal itu. Jika tidak, mungkin dia akan mula berasa kerdil akan dirinya serta merasakan dirinya tidak cukup dan perlu melakukan lebih lagi.
Kemudian, Aurelia mengambil sebuah buku iaitu Menguasai Seni Menyeru Spirit. Ia meliputi semua elemen termasuk yang asas dan bagaimana untuk membuat perjanjian kontrak dengan spirit. Dia sudah habis membaca buku ini dan secara teorinya, dia sudah mahir dengan elemen. Terdapat juga beberapa buku yang melibatkan magik telah habis dibacanya.
Aurelia boleh katakan yang dia sudah memahiri beberapa jampi magik. Malah dia sudah boleh menyimpan pedangnya ke dalam poket dimensinya sendiri. Oleh itu, dia tidak lagi perlu membawa pedangnya di pinggang kerana dia boleh mengakses pedangnya ke mana-mana sahaja.
Ini semua disebabkan dia mempunyai aura raja elemental air yang membuatkan dia menguasainya dengan secepat ini, itu apa yang dikatakan oleh ayahnya.
Berbalik kepada buku mengenai spirit itu, dalam buku tersebut, Aurelia mendapat tahu bahawa ada beberapa orang yang mati semasa mencuba menyeru spirit. Namun tiada apa-apa yang akan berlaku padanya. Dia pasti tentang perkara tersebut.
Lalu Aurelia tersenyum. "Well, then. Siapa yang patut aku seru dahulu?" Soalnya.
*
*
*
*
YOU ARE READING
Aurelia: Daughter Of The Elemental King
FantasiaPada waktu umurnya menginjak 18 tahun, segalanya berubah. Aurelia tidak menyangka bahawa dia adalah anak gadis Raja Elemental Air! Namun persoalannya, bukankah Raja-raja Elemental tidak mampu mempunyai anak? Dan, disaat Aurelia melihat ayahnya datan...