"Assalamualaikum mama , Naura dah balik." Naura berasa hairan rumah itu seakan sunyi sedangkan kereta aunty Rafidah berada di garaj rumahnya
"Pelik, selalu kalau jumpa geng mesti riuh sampai ke luar?"ujar Naura
"Mama?"
"Mama"
"Mam- " langkahnya terhenti ketika melihat mamanya yang sedang ketawa bersama aunty Rafidah di gazebo sambil mendukung kanak-kanak perempuan .
"Aik anak siapa pula tu? Takkanlah anak aunty pula? Dah tua boleh beranak lagi ke? Tapi takkanlah ...... tak pernah nampak pula perut aunty memboyot?" Gumam Naura
"Cik Naura? Buat apa tercegat disini?" soal mak Kiah . Mak Kiah merupakan pembantu rumah itu dari Naura kecil lagi. Naura agak manja dengan mak Kiah kerana mak Kiah sering menjaga ketika kecil.
"Ehhh mak Kiah , Naura cari mama tadi tapi tak mengapalah . Naura naik atas dulu nak solat zohor ni. Kejap lagi Naura turun iya" Mak kiah hanya memandang susuk tubuh Naura sehingga menghilang di sebalik dinding.
Setelah selesai menunaikan solat fardhu , Naura lekas turun mencari mamanya. Ketika melangkah menuruni tangga , Naura disapa oleh aunty Rafidah yang sedang berbual mesra dengan mamanya diruang tamu.
"Hai Naura, long time no see. How are you? Aunty dengar Naura makin sibuk dengan assignment ?"
"I'm good. Biasalah final year ,kan? Sebab tulah banyak assignment sikit . Aunty apa khabar? Aunty nampak makin awet muda " puji Naura.
"Oooo...kamu jumpa aunty kamu , mama disebelah dah tak nampak ,iya? Aunty je awet muda? Apa pemilik Spa ni tak awet muda ke?"ujar mamanya seolah-olah berjauh hati.
Naura lekas memeluk mamanya yang kelihatan seolah sedang merajuk. "Alaaaa~ mama . Mama pun awet muda juga sebabtulah Naura ni cantik ."
"Oh ya ,tadi masa Naura balik . Naura ada nampak mama tengah dukung budak perempuan . Anak siapa tu?" soal Naura
"Oh tu , Kalisha cucu aunty . "ujar aunty Rafidah
"Oh mana dia? Boleh Naura main dengan dia." Naura mula mencari-cari kelibat budak kecil yang dilihatnya sebentar tadi itu.
"alaaa dia tengah tidur dekat bilik tetamu. Nanti jela kamu main dengan dia. Jangan kamu pula bosan nanti. "ujar mama Naura
"Ehhh kenapa pula nak bosan ? Naura kan suka main dengan budak budak ."nafi Naura .Naura seorang yang penyayang dan gemar bermain dengan budak kecil.
"Sebab aunty minta tolong mama kamu jagakan dia kejap. Aunty dengan uncle nak pergi umrah tak boleh bawa dia." Naura mula menayangkan wajah kehairanan.
'aik mana makbapa budak tu ?Takkan sibuk sangat ?' desis hati Naura.
Aunty Rafidah seakan memahami apa yang sedang bermain difikiran Naura mula menerangkan . "Ibu Kalisha meninggal waktu melahirkan dia. Daddy dia pula ada hal di New York . Lagi dua bulan daddy balik . Cawangan pejabat Uncle ada masalah dekat sana. Jadi itulah sebabnya Kalisha tiada siapa jaga"terang aunty Rafidah.
"Oooo.... "Naura hanya mengangguk tanda faham.
"takpalah Naura minta diri dulu. Naura nak siapkan assignment" ujar Naura sambil tersenyum
"Engkau tengok tu kan aku dah cakap , idah . Dia sibuk memanjang sekurang adanya Kalisha aku ada teman " ujar Puan Maryam sambil menggelengkan kepalanya.
Naura membuka pintu bilik tetamu dan melihat wajah yang sangat comel di matanya. 'Kesiannya awak kecik-kecik dah hilang ibu. Awak kena kuat tahu tak boleh sedih, awak ada saya as your kakak '
"Goodnight baby"ujar Naura lalu menutup kembali pintu bilik itu
YOU ARE READING
Takdir Yang Terungkap
RomanceKesukaran memilih antara perasaan cinta yang mulai mekar atau menepati janji lama ? Menjaga cucu sahabat ibunya membuatkan Naura menjadi rapat dengan Mikael. Tengku Mikael menjadi duda pada usia yang muda. Tengku mikael merupakan seorang 'workaholic...