Kaki Iris melangkah laju keluar ke masjid. Dia sudah lewat sekarang ini. Di waktu jam 11:00 dia sudah terlalu lewat berada di luar dan Iris sangat tidak biasa keseorangan diri hari lewat begini. Jadi dia harus berjalan kaki untuk balik ke rumah Eliy dan merehatkan badannya. Sepatutnya Iris mahu memesan Grab tetapi rumah Iris dekat sahaja jadi dia tidak perlulah menunggu Grab sampai pada hari lewat begini.
Nafas dihembuskan dengan panjang. Kaki mula berjalan seperti biasa apabila dia sudah berada di parkir lot kereta hadapan masjid yang ingin menuju ke arah pintu pagar.
Daniel dan Danny yang berada di sisi encik Safwan hanya melihat jejaka itu berbual dengan seorang rakannya. Daniel dari tadi hanya mendengar perbualan mereka dan langsung tidak masuk campur sama sekali. Setelah dia mendengar ceramah dari seorang ustaz kepada pendatang masjid dia terasa dirinya harus berdoa tentang jodohnya. Dia harus meminta kepada Allah sesuatu hal jodoh.
Betul kata ustaz itu. Perbanyakkan baca doa meminta agar jodoh kita di jaga dari pandangan kotor seseorang. Selama ini dia tidak pernah fikir begitu. Tidak juga pernah mendoakan hal jodoh. Jadi selepas ini dia harus mengamalkan dan yakin Allah akan menjaga jodohnya seperti mana dia menjaga dirinya sendiri.
"Danny" panggil Daniel dengan perlahan. Tidak mahu mengganggu ayahnya yang sibuk berbual.
Danny menoleh dan naikkan kedua keningnya seketika.
"Aku nak start enjin kereta dulu. Kau tunggu dengan ayah" pintanya malah Danny hanya akur dan mengangguk.
Daniel melangkah pergi dari situ dan bergerak ke arah kereta Velfire berwarna putih yang berada di luar masjid. Ini kerana dia tidak dapat parkir kereta di dalam kerana salah Danny yang lambat bersiap. Itu pun mereka bertiga datang sedikit lewat sewaktu hampir sahaja solat maghrib di dirikan. Tapi bernasib baik mereka sempat jemaah bersama Imam.
Kedua tangan menyeluk poket kurta berwarna merah di pakainya. Kaki perlahan melangkah sambil itu mata merenung ke arah langit yang hitam.
"Ya Allah cepatlah, kalau lambat nanti bahaya jalan sesorang" kedengaran suara wanita mengomel dari jauh yang menghampiri Daniel.
Daniel menghentikan langkah tanpa menoleh. Dia ingin dengar lebih jelas.
"Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah permudahkanlah jalan aku ingin balik ke rumah. Sesungguhnya aku yakin bahawa Engkau menjaga aku, Ya Allah" doa Iris sambil menundukkan kepalanya memandang jalan tar. Sedikit takut hari yang lewat begini macam-macam fikirannya fikir tentang makhluk ghaib. Ini semua andaian syaitan yang ingin menakut-nakutkan dirinya.
"Tak apa!" Iris mengeluarkan telefon di dalam tote beg putihnya dan membaca sesuatu pada telefon tersebut.
"Sesungguhnya mereka itu, tidak lain hanya menakut-nakutkan (kamu) dengan pengikut-pengikutnya (yang terdiri daripada kaum Quraisy) kerana itu janganlah kamu takut mereka, tetapi takutlah kepadaKu jika benar kamu orang-orang yang beriman" ucap Iris sendiri sambil membacakan ayat Al-quran yang pernah di bacakan sebelum ini. Apabila dia berasa takut ayat itu akan keluar dari mulut dan fikirannya selain membaca surah ayat Kursi.
Kedua ayat tersebut buatkan dia kurang sedikit rasa takut di dalam hati dan hilangkan fikirannya yang berfikiran negatif.
"Surah Ali-Imran ayat..."
"Satu tujuh lima" sambung Daniel di dalam hatinya sebelum dia menoleh dan...
BUK!
Tubuhnya seakan terlanggar oleh seseorang dari belakang sebelum sempat dia menoleh ke arah itu tubuhnya sudah di langgar dengan kuat tetapi tidak sama sekali membuatkan tubuh Daniel kebelakang malah dia hanya menoleh ke arah seseorang yang menyentuhnya tanpa sengaja.
YOU ARE READING
Make Her My Naseeb
Roman d'amourMengisahkan tentang Bunga Iris Nasha seorang gadis yang kuat agama dan hanya fokus pada kehidupannya dan keluarga kecil Bunga Iris Nasha yang selalu hancur dan menimbul masalah yang besar sehingga buatkan dirinya rasa takut untuk meneruskan hidup. W...