Cp.6: Tale of Time

270 35 7
                                    

Aurelia pulang selepas memanggil haiwan spirit bertahap tinggi, iaitu Zale, seekor kuda air. Dan apabila dia tiba, dia berhati-hati memasuki rumah tanpa cuba untuk membuat sebarang bunyi mahupun suara. Ia terasa begitu lama namun dia berjaya juga memasuki biliknya tanpa pengetahuan ayahnya.

Selepas itu, dia pun melelapkan mata.

-----------------------

"Kamu nampak seronok semalam."

Itu apa yang didengari oleh Aurelia sejurus selepas dia bangun dari tidur untuk bersarapan.

Eliam menyilangkan kedua lengannya. "Kalau pun aku tak lihat apa yang kamu lakukan semalam, aku masih lagi dapat merasakan aura spirit-spirit itu semua."

Aurelia cuma tertawa janggal sahaja sambil cuba mengelak dari bertentang mata dengan ayahnya.

"Sekarang, apa alasan kamu?" Soal Eliam sambil tersenyum sinis.

"Uh...um...begini..." Aurelia cuba mencari alasan untuk dikatakan. "Sebenarnya... saya ada baca buku...um...buku itu ada sebut tentang cara-cara menyeru spirit... ha, begitulah." Sekali lagi dia tertawa dalam kejanggalan.

"Well..." Eliam mengeluh. "Bukannya aku akan menghalang kamu pun kalau itu yang kamu mahukan, tapi sekurang-kurangnya kamu patut berbincang dengan ayah kamu dulu, iaitu aku." Dia tidak tahu mengapa tapi dia mula merasakan bahawa anak gadisnya ini banyak mengikuti sifat Aria. Dan ini merisaukan dirinya. Dia bimbang jika anaknya memilih melakukan sesuatu yang boleh mengambil nyawanya sendiri tanpa memberitahu kepada dia. Sekali lagi Eliam mengeluh. "Kamu sama sahaja macam ibu kamu." Gumamnya.

"Huh?" Disebabkan Aurelia tidak seberapa dengar kata-kata ayahnya, dia terasa tertanya-tanya.

Eliam mengerling sejenak anaknya. "Makan saja yang diatas meja sana itu." Katanya dan duduk diatas sofa.

"Oh, kamu sudah masak rupanya..." nada suara Aurelia mula kedengaran ceria lalu dia pun menjenguk makanan jenis apa yang dimasak oleh ayahnya itu. Ah, ianya makanan yang berasaskan kerang. Meskipun dia mahu merasainya sekarang namun pada kebiasaannya diwaktu pagi, dia sentiasa menghirup air teh walaupun sedikit. Oleh itu, dia pun mula mengambil barang dan bahan untuk membuat air teh yang disukainya.

"Apa yang kamu termenung kan dari tadi itu? Tengok air kamu itu." Tegur Eliam secara tiba-tiba dan ia membuatkan Aurelia tersentak lalu air tehnya tertumpah sedikit dan terkena tangannya.

"Ouch..." Aurelia segera meletakkan kembali cerek air dan memegang tangannya yang sudah kemerahan itu.

"Kamu dungu."

"Eh, siapa yang tegur orang secara tiba-tiba tadi?" Soal Aurelia sambil tangannya ditarik lembut oleh ayahnya.

"Memang benar kamu dungu pun. Kalau aku tak tegur kamu tadi, air itu tetap terkena tangan kamu."

Serentak itu, air yang muncul dari tangan Eliam bagaikan membaluti tangan Aurelia ketika ini dan ianya bersinar. Kemudian, apabila air itu hilang, tiada lagi kesan melecur air panas diatas tangan Aurelia.

Eliam terus melepaskan tangan anaknya dengan sedikit kasar sambil menghela nafas. "Kamu sememangnya tidak dapat bakat memasak dari ibu kamu." Katanya pula.

"Hei, saya cuma buat air saja dan tadi saya sedang memikirkan sesuatu." Balas Aurelia dengan rasa tidak puas hati.

Eliam kemudian memandang Aurelia seolah-olah sedang bertanya apa yang dia fikirkan itu.

"Saya terfikir yang saya sekarang sudah membuat kontrak bersama dengan semua spirit-spirit bertaraf tinggi... kecuali air."

"Kenapa kamu perlukannya, bilamana aku disini?" Eliam menyoal seakan-akan apa yang anak gadisnya itu katakan ialah perkara yang tidak masuk akal.

Aurelia: Daughter Of The Elemental KingWhere stories live. Discover now