Kereta Velfire putih di pandu dengan laju oleh Daniel mengejar gadis itu yang masih berlari darinya.
"Iya-iya baiklah. Nanti kalau free jemputlah datang rumah aku, ya?" ujar encik Safwan kepada rakannya itu sebelum tubuh menghadap ke arah kereta Velfire yang terparkir di luar masjid miliknya.
"In Shaa Allah, Safwan. Aku gerak dulu ya?"
"Iya-iya" encik Safwan jalan menuju ke arah Danny yang sudah jauh darinya tetapi entah mengapa jejaka itu berdiri tegak tidak langsung bergerak dan kepala memandang ke arah parkir kereta.
Encik Safwan mendekat dengan tenang. Bahu Danny di tepuk dengan perlahan, lalu dia menyoal Danny.
"Danny, dah kenapa ni?"
"A...ayah I don't think kita balik naik kereta"
Apabila Danny berkata bergitu, laju kepala encik Safwan menoleh ke arah kereta Velfire yang di parkirnya sewaktu dia sampai ke surau, tetapi tiada! Memang benar kata Danny, sepertinya mereka berdua balik bukan dengan cari menaiki kereta tetapi jalan kaki!
"No way Daniel did this to us"
"Cepat, cepat!!" kaki Iris laju melangkah untuk menghilangkan dirinya dari di kejar oleh jejaka itu. Mengapa lelaki itu mengekorinya! Menakutkan sungguh! Lebih menakutkan dari makhluk ghaib yang menakutkan iaitu hantu.
Dalam dia berlari kepalanya secara tiba menoleh ke arah satu pokok besar berdekatan dan berlari ke arah pokok tersebut dan menyorok di belakang pohon itu. Nafas di hembus dan di tarik dengan laju dek kerana jantungnya berdegup kencang, penat. Saluran pernafasan seakan tidak cukup dia bernafas mengambil semua udara di dunia ini. Iris mengambil duduk di atas rumput yang di belakang pohon besar. Tubuh di sandarkan pada batang pokok tersebut.
"Allahuakbar..."
Suasana mula sunyi, sudahlah dia berada di pohon yang besar. Entah-entah ada makhluk hantu. Sekeliling yang gelap di lihat dengan perasaan yang penuh ketakutan. Sudahlah dia takut pada lelaki yang kejar dirinya, ini pula hantu! Nak tak nak dia harus menyorok di tempat yanh sedikit gelap. Dia pasti, jejaka itu tak akan menemuinya.
Kedua tangan di naikkan parat dada untuk berdoa. Walaupun dia keadaan begini, Allah tidak akan dia lupakan. Dia akan menetapkan Allah di dalam hati agar selalu mengingati dan merinduinya.
"Ya Allah, jauhilah aku dari lelaki gila dan pelik tadi dari ak-"
"Gila?"
"Arghh!!!" terkejut Iris di buatnya, kepala pantas menoleh dan mendongak ke arah Daniel yang sudah berada di sisi pohon dan turut melihat ke arah Iris.
Mata bertentang mata. Pantas Iris bangun dari duduknya dan sedikit mendekat ke arah Daniel. Dia sudah hilang sabar, matanya yang tadi di jaga kini bertentangan dengan Daniel.
"Awak nak apa, huh!? Kenapa nak kena ikut saya kejar saya sampai sini!? Kalau saya report polis nanti polis tangkap awak!"
"Awak kata saya gila?" Daniel masih tersekat dalam panggilan tersebut dari Iris. Dasar perempuan pendek, niat mahu menolong malah di beri nama Gila
"Haah iya!" terangkat-angkat tubuh Iris memarahi jejaka itu namun Daniel hanya beriak tenang.
"Saya tak gila lah"
"Habis itu kenapa kejar saya?"
"Sebab saya nak tengok telefon awak pecah teruk ataupun tidak" jujur Daniel.
"Tak boleh privasi saya! Awak nak buat apa?"
"Kalau pecah teruk saya nak tolong awak. Ucapan Allahuakbar awak tadi macam sesuatu yang menyedihkan"
YOU ARE READING
Make Her My Naseeb
RomanceMengisahkan tentang Bunga Iris Nasha seorang gadis yang kuat agama dan hanya fokus pada kehidupannya dan keluarga kecil Bunga Iris Nasha yang selalu hancur dan menimbul masalah yang besar sehingga buatkan dirinya rasa takut untuk meneruskan hidup. W...