Bab 7 : A'ma, At-Trush, dan Aintiqam

328 45 3
                                    

Ustaz Kamarul menelefon Cikgu Megat untuk bertanyakan sesuatu. Ustaz Kamarul meminta Cikgu Megat untuk bertemu denganya di gerai makan berdekatan dengan Al-Mukmim. Cikgu Megat bersetuju kerana dia tidak ada kelas untuk mengajar pada hari ini. Panggilan telefon pun berakhir.

Ustaz Kamarul pun bersiap-siap untuk pergi bertemu dengan Cikgu Megat. Ustaz Kamarul mencapai diari merah milik arwah Ustaz Asrol dan menyimpannya di dalam beg. Ustaz Kamarul mencapai kunci keretanya dan terus menghidupkan enjin keretanya. Ustaz Kamarul tidak menemui Cikgu Megat di sekolah kerana Ustaz Yazin telah melarang Ustaz Kamarul untuk menjejaki langkahnya di Al-Mukmim.

Setelah beberapa minit memandu, akhirnya Ustaz Kamarul tiba ke lokasinya. Semasa dia sedang keluar daripada kereta, dia ternampak Cikgu Megat telah sampai dan ada secawan kopi di atas meja Cikgu Megat. Itu menandakan Cikgu Megat telah tiba agak lama.

" Maafkan saya cikgu. Mesti cikgu tunggu saya lama." - kata Ustaz Kamarul sambil menarik kerusi keluar daripada meja.

" Tak apa. Lagipun, hari ni saya tak sibuk." - jawab Cikgu Megat.

Ustaz Kamarul pun duduk. Kemudian, datang seorang pelayan bertanya tentang makanan yang ingin dipesan oleh Ustaz Kamarul. Ustaz Kamarul hanya memesan air teh o panas sahaja. Pelayan itu pun pergi meninggalkan mereka berdua dan menghantar pesana Ustaz Kamarul itu.

" Ada apa ustaz nak jumpa dengan saya? Ada hal penting ke?" - tanya Cikgu Megat yang kehairanan.

Setelah Cikgu Megat bertanya seperti itu, Ustaz Kamarul pun mengeluarkan sekeping gambar daripada begnya. Gambar itu merupakan gambar Cikgu Megat, Ustaz Yazin, Ustaz Zafari dan Ustaz Asrol berdiri di depan papan tanda Gunung Merbok Tiga. Ustaz Kamarul memberikan gambar tersebut kepada Cikgu Megat.

" Mana ustaz dapat gambar ni?" - tanya Cikgu Megat yang kehairanan dengan tindakan mengejut Ustaz Kamarul.

" Saya jumpa dalam diari merah arwah Ustaz Asrol." - jawab Ustaz Kamarul.

" Ada apa dengan gambar ni?" - tanya Cikgu Megat lagi yang masih tertanya-tanya penemuan mereka berdua.

" Cikgu pernah pergi sini? Gunung Merbok Tiga?" - tanya Ustaz Kamarul.

" Pernah. Dulu kami memang rajin pergi mendaki gunung atau bukit kalau ada masa lapang. Dah lama kami tak pergi bila masing-masing dah semakin tua." - jawab Cikgu Megat.

" Cikgu ada kenal mana-mana nenek nama Nek Biyah?" - tanya Ustaz Kamarul lagi.

" Tak pernah pula saya dengar nama tu sebelum ni." - jawab Cikgu Megat dengan yakin.

" Tak apa lah kalau begitu." - kata Ustaz Kamarul dalam keadaan kecewa kerana tidak dapat jawapan yang dimahukannya.

Selepas berbual dengan Cikgu Megat, Ustaz Kamarul termenung seketika. Ustaz Kamarul hairan kenapa Ustaz Zafari berpura-pura seakan-akan dia tidak pernah pergi ke Gunung Merbok Tiga sebelum ini. Setelah secawan teh O habis, Ustaz Kamarul pun meminta diri. Ustaz Kamarul pun menghidupkan enjin keretanya dan memulakan perjalanannya. Ustaz Kamarul tidak berniat untuk pulang ke rumah tetapi Ustaz Kamarul meneruskan perjalanannya ke Gunung Merbok Tiga. Ada sesuatu yang perlu Ustaz Kamarul rungkaikan untuk menyelesaikan teka-teki berkaitan dengan A'ma.

*******************************

Ustaz Zafari telah tiba ke hospital untuk melawat Arif. Ustaz Zafari sangat risau akan keadaan Arif kerana dia telah dirasuk berkali-kali dan ditambah lagi, Arif merupakan anak murid Al-Mukmim. Hal ini sudah menjadi salah satu tanggungjawabnya.

Ustaz Zafari pun membuka pintu wad Arif. Kelihatan ibu Arif sedang menyuap nasi pada Arif. Ustaz Zafari terkejut melihat keadaan Arif yang semakin baik. Melihat Arif sudah boleh bercakap dan bertindak normal. Ustaz Zafari bertanya kepada ibu bapa Arif tentang keadaan Arif. Salahuddin menerangkan bahawa keadaan Arif semakin baik. Arif kini lebih bertenaga berbanding sebelum ini. Doktor juga mengesahkan bahawa Arif boleh keluar dari wad tidak lama lagi nanti. Ustaz Zafari sangat lega setelah mendengar perkembangan Arif. Ustaz Zafari mula tertanya sama ada semua ini mempunyai kaitan dengan ketiadaan Ustaz Kamarul.

A'ma 2 (Buta)Where stories live. Discover now