Bab 7

450 46 1
                                    

Puan Rose, encik Safwan yang sedang duduk di atas sofa hanya merenung Iris dengan mendalam di hadapan mereka berdua yang turut duduk di atas sofa. Danny pula hanya buat halnya iaitu duduk tersandar di atas sofa bersebelahan puan Rose. Dia sudah terlalu penat.

Iris janggal sekarang ini. Dia di tegur oleh seorang lelaki tua dan seorang lelaki sedikit muda sekitar 27 tahun. Mereka tidak memarahi Iris tetapi hanya menyoal gadis itu siapa dirinya. Pelik sahaja mengapa ada seorang wanita duduk di luar rumah. Setelah puan Rose menyoal gadis itu dengan lembut dia hanya diam menunggu Daniel turun.

Iris menjawab "seorang lelaki muda membawa dia ke sini tanpa pengetahuan di mana dia sekarang ini" itu jawapan Iris apabila di soal puan Rose.

"Ini, minum dulu ya?" pelawa Yana dengan lembut sambil membawa jug besar dan beberapa cawan dan di letakkan di atas meja kaca berhadapan sofa.

"Uh....te...terima kasih" balas Iris dengan perasaan sebesalah. Sudahlah dia tidak kenal malah tidak tahu mengapa dia di bawa ke sini malah di jemput pula oleh tuan rumah untuk minum. Serius dia rasa dirinya menyusahkan.

Daniel berjalan menuju pintu utama rumah akan tetapi dia terhenti apabila dia melihat Iris, ibunya, ayah, Danny dan Yana sudah berada di ruang tamu. Masing-masing melihat jejaka tersebut yang beriak biasa.

"Kenapa dia dalam rumah?" soal Daniel tenang kepada orang di ruang tamu. Perkataan Dia di tujukan kepada Iris. Iris hanya membisu.

"Did you know her?" soal encik Safwan juga tenang. Dia pasti tidak apa-apa perbuatan Daniel yang meragukan, cuma pasti ada sesuatu kenapa Daniel bawa gadis ini ke sini. Daniel tidak akan meluah kepada sesiapa, semua dia akan lakukan dengan sendiri tanpa pengetahuan sesiapa pun.

"No"

"Then? Why did you bring her here?"

Mata Daniel yang tadi bertentangan mata dengan encik Safwan, kini melihat Iris yang menundukkan kepalanya. Mata Daniel tumpu pada wajah encik Safwan sekali lagi. Semua orang di ruang tamu melihatnya seakan dia buat salah tetapi kecuali Iris yang masih menunduk.

"Daniel tahu tak bawa anak dara orang keluar lewat malam adalah salah and dosa?" soal encik Safwan sedikit tegas.

"I know, yah"

"Then? Kenapa dia ke sini tanpa pengetahuan diri dia juga?"

"Sebab Daniel nak tolong" kedengaran nada yang biasa tidak bersalah atas apa yang dia lakukan. Seolah anak kecil yang melakukan kesalahan tanpa sengaja. Telefon miliknya yang tidak lagi dia pakai, ke depan memberi orang-orang di ruang tamu melihat apa yang dia pegangkan tanpa memberi penjelasan yang panjang.

"Untuk apa pula tu?" soal Danny pula.

"Saya langgar dia, jadi saya nak ganti telefon ni. Kalau belikan, kedai dah tutup" jujur Daniel. Iris yang menunduk itu pantas kepalanya laju mendongak ke tepi seperti biasa. Salah itu! Sepatutnya salah dia yang melanggar Daniel! Kenapa jejaka ini buat pengakuan seperti itu?

Masing-masing mula mengangguk sebelum itu kepala puan Rose berpaling ke arah Iris yang sedang merenung wajah Daniel.

"Kalau tak ada apa yang pelik, tak apa lah. Iris, minumlah" sapa puan Rose sambil melutut menuangkan air, tetapi di halang Iris sedikit kerana dia berasa sebesalah.

"Maaflah ya, Daniel ni anak kedua. Jadi pelik sedikit. Dia memang jenis buat apa-apa kebaikan tanpa meluahkan apa-apa" terang puan Rose kepada Iris. Malah Iris hanya angguk sambil tersenyum pahit.

Cawan yang sudah berisi air bertukar tangan.

"Dah jom" ajak Daniel.

"Daniel, duduk dulu" arah encik Safwan namun jejaka itu akur.

Make Her My Naseeb Where stories live. Discover now