IDOL

3 2 0
                                    

January 2021.

Di dalam sebuah bilik yang berbekalkan cahaya lampu berwarna suram. Noona sedang khusyuk mengerat-ngerat pergelangan tangannya. Darah merah yang mengalir segera ditadah kedalam satu mangkuk kecil. Misinya hari itu adalah untuk menulis 'surat cinta' pada kekasih hatinya Yoo Jin. Sudah lama dia memendam rasa rindu yang sudah membengkak di dalam lubuk hatinya.

Yoo Jin merupakan seorang anggota idol yang bernama THE STRAIGHT. Noona yang mulanya seorang pemurung dan anti sosial seperti dilahirkan semula apabila mengenali salah satu daripada anggota idol yang sedang menempah nama di dalam dunia entertainment.

Ayah dan ibunya bercerai disebabkan orang ketiga mengubah perilaku gadis lugu seperti Noona menjadi orang lain. Ditambah lagi setelah ibunya berkahwin untuk kali yang kedua. Ayah tirinya sering memperlecehkan Noona. Sejak berada di bangku sekolah rendah, Noona sudah memilih untuk mengasingkan diri dari dunia luar.

Saat umurnya menginjak dewasa, Noona terjebak di dalam *Hikikomori Syndrome. Kebiasaannya itu terpaksa ditinggalkan saat mengenali Yoo Jin.

Pertemuan pertama mereka ketika Noona yang sedang melarikan diri daripada menjadi mangsa buas ayah tirinya.

Saat Noona berlari menuruni anak-anak tangga, entah mengapa langkahnya tersasar lalu tergelincir dan jatuh bergolek ke bawah tangga.

Lantaran dari situasi itu, dahinya terkoyak lalu mengeluarkan darah.

Saat mengadu kesakitan, Yoo Jin yang Kebetulan menggunakan laluan tangga kecemasan untuk mengelak dari diburu oleh pihak media melihat kejadian tersebut. Dia tampil menghulurkan bantuan pada Noona. 

Pandangan mata mereka berpaut, maka muncullah benih-benih cinta.

- - - - -
Selesai menulis luahan hatinya pada sekeping kertas, Noona menyandarkan badan di kerusi meja belajarnya. Hatinya berasa senang sekali. Kerusi diputar-putar sambil matanya melihat koleksi gambar dan poster Yoo Jin yang hampir memenuhi Keseluruhan dinding bilik tidur yang luas dan mewah. Sungguhpun Noona dilahirkan di dalam keluarga yang kaya raya dan mewah, dia tidak pernah memahami atau merasa apa itu bahagia dan kasih sayang. Hanya Yoo Jin lah kebahagiaannya. Hanya secebis senyuman manis lelaki itu, Noona merasa seperti berada di awang-awangan. Dia akan melakukan apa sahaja sekiranya ada pihak yang cuba menganggu dan memisahkan mereka berdua.

Koleksi gambar buah hatinya itu belum cukup. Kalau dia berkesempatan, Noona ingin yoo Jin yang alami berada di sisinya saat dia tidur, bangun tidur mahupun saat bersenang-senang di waktu terluang. Biasanya koleksi gambar Yoo Jin diambilnya secara peribadi.   Ada juga gambar dan poster yang di dapati dari majalah hiburan mahupun belian terus menerusi online. Noona tiada masalah jika berkait dengan wang. Keluarganya amat bercukupan.

Namun, semua itu belum cukup baginya.

Noona faham, Yoo Jin memiliki fans yang cukup banyak tetapi dia yakin dan pasti, hanya dia yang bertaktha di hati lelaki itu.

- - - - -
February 2021.

Yoo Jin kelihatan resah di dalam bilik latihan tarian. Makanan tengah hari yang disponsor manager mereka langsung tidak dijamah. Beberapa ahli kumpulan  perasaan dengan kelakuan Vokalis mereka itu. Seorang ahli yang duduk disebelah menyiku tangan Yoo Jin.

"Kau ada masalah?"

Semua anggota kumpulan yang duduk berdekatan  segera memberikan perhatian.

Yoo Jin tersenyum tawar.

"Tak ada apa-apa. Saya ok."

Ketua kumpulan idol itu mengambil tempat duduk yang berhadapan dengan Yoo Jin.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 07, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

IDOL.Where stories live. Discover now