35/sambi-o/sanjyugo

184 18 0
                                    

Hubungan aku dengan Fina masih lagi tak baik. Haih... Aku tak tahu nak buat apa. Sekarang ni aku cuma nak jauhkan diri daripada Hali sebab aku tak nak dia terluka bila aku dengan Hali. Aku buat keputusan untuk... MENCARI BOYFRIEND BARU!!! Semangat!! Kita kena semangat!! Dua hari lepas aku dah keluar dengan dengan Gempa. And it's so fun. I can see Gempa is the type of loyal person. Tipu la aku tak cair bila guna jaket dia untuk tutup kaki aku yang pakai skirt. Aku sengaja pakai skirt rupanya dia seorang yang cemburu juga bila pakai seksi depan orang lain selain daripada dia.

Dengan ini!! Aku akan jadi perempuan paling ayu, paling cute miut, paling lemah lembut dalam sejuta perempuan dan aku akan jadi perempuan melayu terakhir bila dengan Gempa. Maybe this way I can win Gempa's heart! Eh— kejap kenapa bunyi dia macam aku nak couple dengan Gempa? Tapi mungkin aku boleh elak daripada Hali?! HA!! THAT'S IT! Gempa la orangnya! Yang buat Fina fikir aku dengan Hali tak ada apa-apa! Eh tapi... Kenapa aku rasa bersalah pula kalau couple dengan Gempa? Maybe bukan masanya lagi kot? Okay tak apa! Masih banyak lagi lelaki yang attractive dalam sekolah ni aku boleh try. Kalau semua aku kena try, SEMUA LA! Aku kena buat. Ini semuanya semata-mata untuk Fina, kalau dia tak sayang aku lagi tak tahu la.

"Y/n!!"

Bahu aku di tepuk dan aku memusingkan kepala ke belakang. Thorn, tegur aku dengan senyuman yang lebar. Aku perasan ada something yang dia sembunyikan kat belakang dia. Hmm I wonder what is it.

"Oh Thorn. Kenapa?"

"Cuba teka kat belakang aku ada apa?" Soalnya gembira.

"Hmm... Anak gajah?"

"Bukan."

"Kalau macam tu... Anak setan?!"

"Hish! Bukan la."

"Oh bukan? Habis apa?"

"Surrender?"

"Surrender."

Thorn keluarkan tangannya dan tunjukkan pada aku satu pasu kecil dengan bunga Lily. Aku gasp.

"Weh Thorn?! Mana kau dapat ni?!" Dia beri aku bunga itu dan aku pegang loceng kecilnya.

"Aku tanam la. Bunga senang nak jaga tau. Memang aku tanam ni aku nak bagi kat kau." Kata Thorn tersenyum.

"Aww... Thorn... You make my heart bam bam bakudan!"

"Hahaha...! Tak payah la sampai macam tu sekali. Tapi kau... Suka kan?" Soal Thorn malu-malu.

"Of course! Why not?! Thanks Thorn, you made my day." Aku senyum lebar dan tiba-tiba hati ni rasa terdetik nak bagi hadiah juga.

Aku ke depan dan menjengketkan kaki lalu mencium pipi kanan Thorn. Matanya terbeliak dan badannya mengeras.

"Aku masuk kelas dulu, bye." Aku lambai tangan padanya dan berlalu pergi.

****

Makmal Biologi

Aku lepak dalam makmal dan habiskan masa dengan melukis sebab masuk tak nak kelas matematik yang tak ada cikgu tapi diganti dengan cikgu Charlotte. Cikgu yang paling kerek dalam sekolah ni, dia ajar geografi. Tahu kenapa aku tak suka dia? Ha! Ni aku nak citer. Okay, masa tu aku dengan Fina otw balik kelas dan terserempak dengan dia, dia minta aku dengan Fina ambil buku latihan geografi atas meja dia dan hantar ke kelas 3 Delima iaitu kelas keempat.

Kami pun mengikut arahannya. Dia atas meja ada laptop, buku-buku, beg tangan dan lain-lain lagi yang selalu meja cikgu ada. Aku pun ambil buku latihan geografi tu dan Fina ambil separuh supaya aku tak terasa beban. Memang atas meja dia kitaorang tak nampak pun telefon dia. Kami pun bawa masuk kelas 3 Delima tu. Tak lama lepas tu cikgu Charlotte cari aku. Cari aku ye! Bukan Fina.

Private School [SU]Where stories live. Discover now