Iris melihat mainan yang terletak di dalam kedai berjenama mahal Toys Rus yang berada di dalam mall ini. Dia masih lagi tidak beredar dari pusat beli belah kerana terlalu banyak kedai yang dia boleh mencuci matanya lebih lagi.
Patung Baby Yoda dilihat dengan dalam. Dia suka akan permainan ini juga cerita yang dimainkan oleh karakter ini, dari pada Yoda dengan Baby Yoda dia lebih sukakan Baby Yoda kerana mempunyai wajah yang comel walaupun pelik. Sudah berapa lama dia ingin membeli Plush Doll Baby Yoda. Tetapi harga sangatlah mahal, langsung tidak beli oleh kerana duit yang Iris ada sekarang ini tidak akan mampu membayar patung ini.
"Comelnya awak. Nanti saya ada duit... saya beli awak, okay?" ujar Iris perlahan. Hanya dirinya sahaja yang dengar. Dia melihat patung Baby Yoda yang tersusun banyak pada rak. Mungkin hari ini adalah hari colabrasi Star Wars dengan Toys Rush jadi terdapat banyak koleksi Star Wars terjual di dalam kedai ini dan di letak di bahagian hadapan.
Iris meneruskan langkahnya dengan perlahan melihat apa lagi yang dijual dalam kedai ini. Dia minat melihat mainan kanak-kanak juga yang boleh di main oleh keluarga juga orang dewasa. Seronok dilihatnya, rasa ingin membeli tetapi ditahan.
Dalam Iris membelek mainan-mainan, dia merasakan seseorang sedang memerhatinya dari jauh. Dia dapat rasakan yang memerhatikan dirinya itu penjual mainan-mainan di sini dan menunggu Iris sekiranya gadis itu mahu meminta tolong atau menanyakan soalan. Perlahan-lahan Iris beredar dari situ dan keluar dari perut kedai tersebut.
"Ish, jangan tenung. Orang nak tengok aja" Iris mula mengomel sambil berjalan menuju ke tempat lain. Kepala masih menoleh kiri dan kanan, berbola mata tidak duduk diam memandang sana dan sini.
"Hahaha!" kedengaran suara lelaki yang ramai sedang ketawa dari hadapannya yang berlawan arah. Iris yang mendengar terus menundukkan pandangannya. Dia mula terasa tidak selesa sekarang ini walaupun hanya lalu bersebelahan. Keempat-empat jejaka itu menghampiri berselisih dengan Iris.
"Jangan pandang, jangan pandang. Allah tak suka" ucap Iris di dalam hati. Walaupun hati tidak memaksa untuk melihat tetapi dia tetap teguh imannya. Dia tidak tahu mengapa sekarang ini perasaan untuk melihat lelaki semakin lama semakin hilang. Seakan tiada nafsu untuk melihat kekacakan seseorang.
"Hi, sorang aja ke?" soal salah seorang dari empat lelaki itu.
Iris tetap menunduk dan meneruskan jalannya. Dia memerasani ketiga-tiga lelaki kawan itu pergi tetapi tidak seorang jejaka yang mengekorinya secara tiba-tiba dari belakang dengan perlahan.
Iris membisu, tangannya mula sejuk hati pula mula rasa takut.
"Sombongnya you. Tunggu-lah. I tanya ni, sorang aja ke?" soal lelaki itu lagi, langkahnya di lajukan untuk jalan bersebelah dengan Iris.
"Hey, i cakap dengan you ni seorang aja ke?" masih tidak berputus asa untuk menyoal.
"Kalau you sesorang, i ada boleh temankan. Dalam mall ini ada banyak barang mahal, you nak? I belanja, iyalah perempuan suka barang yang mahal-mahal. Kalau pikat dengan duit pasti mengekor seperti anjing" ketawa lelaki melayu itu di hamburkan dengan kuat sebelum lengan jejaka itu di letakkan di atas bahu Iris namun Iris menempis dengan kasar.
"Wah, kasarnya"
"First time i tengok perempuan jual mahal macam ini. Selalunya yang i pikat terus ikut. You nak ikut i tak?"
Iris masih membisu, hati tidak berhenti berdoa meminta pertolongan dari Allah. Dia yakin pada Allah, Allah tidak akan sia-siakan doa seorang hamba yang meminta pertolongan.
"Ya Allah... Tolong hambamu ini, aku takut Ya Allah. Sungguh aku yakin bahawa kau akan menolong aku untuk beredarkan lelaki ini mendekati aku"
"You single?"
YOU ARE READING
Make Her My Naseeb
RomansaMengisahkan tentang Bunga Iris Nasha seorang gadis yang kuat agama dan hanya fokus pada kehidupannya dan keluarga kecil Bunga Iris Nasha yang selalu hancur dan menimbul masalah yang besar sehingga buatkan dirinya rasa takut untuk meneruskan hidup. W...