Hujung lensa mata masih menunduk merenung telefon pintar di tangan. berkali-kali dia pandang mesej yang dikirim makcik Saadah. Keningnya hampir bercantum dua, berkerut.
'Betul lah ni tempatnya'. Hati Dianne memberitahu. Seolah-olah dia sedang meyakinkan Dianne.
Bola matanya tegak memandang sebuah gerai kecil yang terletak di hadapannya kini. Sembari itu, Dianne menghayun langkah sambil anak mata mencari-cari tuan empunya gerai.
"Ya cik, cik nak makan apa?" Seorang wanita tua, keluar dari dapur dengan bekas makanan digenggam pada tangan. Dulang makanan dipeluk merapat ke dada. Dianne tersenyum kecil sebelum wanita itu dirapati perlahan.
"Maaf kalau Dian tanya, kek batik masih ada lagi ke?" Matanya menangkap pergerakan jemari wanita itu yang sedang asyik mengelap meja makan. Cekap, cermat.
"Ada,ada. Mari makcik tunjukkan" wanita tua yang hampir seusia makcik Saadah membawa Dianne ke suatu sudut gerai. Dianne hanya mengikut daripada belakang. Sempat dipandang orang-orang yang berada di gerai tersebut. Sekali lagi hati Dianne diusik sesuatu. Jiwanya jadi luluh, dia cuba untuk tidak membiarkan ruang memori merajai fikirannya. Dianne menggeleng perlahan.
Selangkah lagi ke hadapan, dahinya bertemu dengan belakang tubuh seseorang. Dianne mengaduh kecil lantas tangannya naik menyentuh dahi. Digosok-gosok perlahan. Matanya terpejam menahan kesakitan yang tiba-tiba.
"Maaf,maaf" Tumit kaki masih melangkah tanpa memandang si dia yang dilanggarnya. Entah mengapa dia rasakan sepasang mata itu merenung dia bagai mahu tembus daripada belakang tubuh ini.
"Nak yang mana,ya cik Dian?"
Dianne terkaku. Gosokkannya pada tepi dahi tadi terhenti. Beberapa ketika, wajahnya diangkat,mendongak. Sekali lagi, dia berkerut menghasilkan lapisan yang berganda di dahi.
"Makcik tahu nama cik sebab tadi cik ada sebut nama. Anak ni Dian kan?" Beritahu wanita tua itu, seperti dapat mengagak apa yang bermain pada kotak fikiran Dianne.
Tawa Dianne berlagu kecil.
"Hehe,haah nama saya Dian, makcik. Double N with E" Dianne mengeja namanya. Hujung baju dipintal-pintal. Wanita tadi tersenyum lebar sehingga kedua-dua belah pipinya menghasilkan lesung pipit.
Mata Dianne tertancap pada barisan kek batik yang tersusun elok di atas meja kecil di hadapan. Ada 5 biji kesemuanya. Dianne menghampiri meja itu sebelum wajahnya dipalingkan kepada wanita tadi.
"Kek batik cheese takde ke makcik?" Dianne rasa serba salah. Takut dikira banyak songeh pula. Bibir bawah, dia gigit. Rasa nak nangis pun ada.
'Mana kek batik yang macam aku makan tadi? Huwaaaaa'
Hujung mata melekap pada raut wajah wanita itu. Dia turut mendekati meja kecil itu. Dianne mengintai sipi-sipi. Dalam hati dia berdoa semoga masih ada satu kek batik cheese yang terselit di mana-mana.
"Alamak, takdelah pulak cik Dianne." 5 patah perkataan yang terbit daripada bibir wanita itu membuatkan Dianne angkat wajah. Kecewa.
Belum sempat doa tadi dia aminkan, harapan yang mula mahu meninggi tadi hancur sekelip mata dihempas pergi direnggut bayu."Mungkin dah ada yang datang beli. Kek batik cheese makcik buat tak banyak harini" ujarnya meneruskan kata. Wanita tua itu menggaru belakang tengkuk apabila melihat muka Dianne yang seakan patah hati kerana ditolak cintanya. Sapu tangan yang terletak di bahu diambil dengan tangan sebelah lagi sebelum dilap peluh yang melatari permukaan dahi.
"Yeke makcik? Alamak macam mana eh? Sebab... Sebab.... Dian nak makan kek batik cheese. Dian... Dian mengidam."
Wanita tadi terkejut sehingga dia yang masih mengelap peluh di dahi, terhenti. Bibir ternaik melebar,senyuman manis tersungging.
"Dian mengandung?" Soalnya sambil memeluk tubuh. Tubuh Dianne dihampiri.
Dianne berpusing menghadap wanita itu di tepi. Dengan wajah yang masih merenung pada lantai,dia mengangguk. Terpaksa.
"Tahniah ye nak. Jaga kandungan baik-baik. Jadi seorang ibu yang baik. Sama-sama galas tanggungjawab dengan suami." Wanita itu berpesan. Bahu Dianne dipaut,lembut. Nadanya ceria.
"Jadi macam mana makcik? Memang dah habis ke kek batik cheese?" Dianne bertanya, masih belum mahu berputus asa. Tidak menghiraukan pesanan wanita itu. Otaknya ligat memikirkan cara lain yang mudah supaya kek tersebut boleh dia dapati dengan secepat yang mungkin. Renungan lembut dia berikan. Namun hatinya sendiri bergolak bagai dilanda badai.
"Kalau kek batik yang biasa ni boleh? Sebab kek batik cheese memang takde yang lebih." Soal wanita itu, masih mahu memujuk Dianne.
Dianne mengeluh berat. Kek batik di tepi direnung sebelum matanya naik semula ke wajah wanita tua itu.
'Kenapalah laku sangat pulak kek batik cheese tu harini?'
Kaki melangkah masuk ke dalam rumah yang sangat besar. Selipar yang tersarung di kedua belah kaki ditanggalkan. Pemegang pintu di hadapan ditolak perlahan,sedikit terbuka sebelum tubuhnya dibawa melepasi ruangan yang terbuka untuknya. Mukanya usah dicakap. Cemberut.
Dianne menapak ke dapur. plastik di tangan diletakkan di tepi sinki. Bekas makanan yang tersusun elok diambil di sinki kering. Bibirnya terherot ke tepi. Mungkin masih tidak mampu menerima dengan apa yang terjadi. Tangannya lincah menyusun kek batik di dalam plastik ke dalam bekas makanan tadi. Setelah selesai menyusun, penutup bekas yang sama warna diambil dan ditutup kemas.
Dengan cermat, pintu sejuk dibuka dan dimasukkan bekas makanan yang sudah diisi. Sebelum sempat pintu sejuk melekap dengan badannya, Dianne tersentak apabila terdengar hon kereta di luar rumah.
Dianne bergerak ke tingkap. Lehernya dipanjangkan mengintai daripada celahan ruang kecil langsir. Liur diteguk laju. Entah kenapa Dianne mula rasa cemas. Kereta di luar belum pernah dia nampak.
'Mungkin tetamu.' Dianne menyedapkan hati sendiri.
Baru sahaja dia mahu menapak ke luar rumah bagi menyambut tetamu tadi, cuping telinga menangkap perbualan mereka daripada luar.
"Oh Puan dah sampai?"
Dianne tidak jadi meneruskan langkah.
"Bukan ke itu suara makcik?"
Beberapa ketika, Dianne seakan mula memahami situasi. Ruas matanya membesar, hampir terkeluar dari ligamen penggantung mata. Tangannya menekup mulut sendiri.
Automatik, tubuhnya ditundukkan dan dia mencangkung di depan sinki. Peti sejuk yang berada tidak jauh daripada tempat dia mencangkung ditoleh sekilas.Dianne seakan tidak mampu berdiri. Dia hanya menunggu sehingga mereka masuk ke dalam rumah. Tawa mereka yang bergema memenuhi segenap rumah, ibarat memberitahu Dianne bahawa mereka ada berdekatan.
"Makcik, Luth tak sabar nak makan kek batik, tolong ambilkan boleh?"
Sekali lagi, hujung telinga Dianne menegak apabila suara yang masih asing itu membuahkan kata. Tubuhnya tidak bergerak dari situ. Tangan kiri memegang dada. Dapat dia rasakan degupannya yang hampir hilang.
'Habislah!'
YOU ARE READING
Berwari Asmaraloka
RomanceApakala dua jiwa saling bermadu kasih, Alam asmaralokanya pasti dipenuhi kilauan sahmura cinta Namun apabila dua jiwa saling bertingkah jerih, Dapatkah berwari mereka bertemu lembayung renjana? Selamat membaca!