Bab 10

422 52 3
                                    

|Keesokan harinya...|

Hari pertama bekerja bermula hari ini, Iris! Tidak sangka daripada engkau belajar di sekolah, kolej terus bekerja demi mencari duit sendiri. Hidup berdikari dan menjadi remaja dan dewasa bukanlah mudah. Semua akan ditanggungjawab dengan sendiri daripada sudah biasa duduk bersama bawah jagaan ibu bapa. Dulu waktu kanak-kanak bila tengok orang dewasa seronok sahaja kerana boleh bebas, melakukan perkara apa yang kita nak, dapat duit dan sebagainya. Apabila sudah berada di peringkat itu, semuanya tidak mudah apa yang difikirkan dan bayang. Tiada kebebasan, tidak boleh melakukan perkara mengikut nafsu dan tidak akan dapat duit dengan semudah itu.

Ingin menjalani hidup memang sedikit pahit kita rasakan sehingga kita berjaya. Seperti dirinya sekarang ini, hidup dalam keluarga yang serba kekurangan. Terkadang bila fikirkan balik waktu sekolah, tidak makan kerana duit yang diberi oleh ayahnya langsung tidak mencukupi. Kadang sanggup ikat perut menahan lapar. Bukan dirinya sahaja, adik-beradiknya juga melalui perkara yang sama.

Bukan ayahnya tiada duit, ada. Tetapi bila minta untuk beri anak nafkah malah dimarahi. Sudah cukup Iris berasa marah terhadap ayahnya yang fitnah ibunya curang padahal dulu sejak ayah Iris berpisah dengan ibu Iris sejak umur Sarah enam tahun itu pun ibu sanggup tahan lapar kerana ayah Iris. Ibunya berusaha segala untuk membesarkan anak seorang diri malah di tuduh keluar dengan lelaki, di benci oleh keluarga belah ayah.

Sejak itu Iris jadi benci kepada ayahnya dan trauma untuk mengenali lelaki walaupun Hael sudah terlanjur Iris mencintai, lagi bertambah tidak percaya lelaki kadang-kadang tetapi dia harus fikir tidak semua lelaki akan melakukan sebegitu.

Iris pernah dipandang jijik dan tidak diakui anak mereka kerana Iris pernah diketahui ibu dan ayahnya bercinta secara diam-diam bersama Hael. Cukup ibunya sahaja memarahi tetapi ayah Iris lebih benci dan jijik pada dirinya yang melakukan zina.

Hati seorang anak apabila orang tua mengatakan begitu akan kekal di dalam hati.

Terkadang seseorang melakukan dosa besar pun tidak boleh di pandang rendah. Sekiranya mereka berubah, mereka akan jadi lebih baik dari orang yang menghina.

Seperti Iris sekarang, dia berubah. Berusaha menjadi hamba Allah yang taat, beriman dan sebagainya.

Iris termenung sambil menyandarkan tubuhnya pada luar dinding restoran sambil menunggu Fariq untuk menemui dirinya di sini. Sekarang ini jam baru 7:58. Tinggal dua minit lagi, kedai pun belum buka. Sengaja dia datang awal kerana Iris tidak pasti terkadang Grab akan ambil dan menghantar sedikit awal ataupun cepat jadi lebih baik dia datang awal beberapa minit sebelum 7:50 pagi.

Tudung bawal hitam tersarung pada kepala manakala hoodie panjang parat peha berwarna maroon dan skirt licin berwarna hitam.

Kedua tangan dilipat pada dada.

"Mana pula Fariq ini. Dah pukul lapan takkan pula tak sampai lagi?" Iris menggeleng kemudian dia menyambung.

"Nak kena potong gaji ni" Iris ketawa kecil. Suka dia mengomel diri sendiri.

"Potong gaji saya?" sapa seorang yang sedang menghampiri Iris. Pantas Iris menoleh, melihat Fariq yang tersenyum ke arahnya sambil membawa baju yang dilipat dan apron pada tangan jejaka itu.

Iris membetulkan dirinya dan berpaling tubuh ke arah Fariq. Mata menumpu pada baju yang di pegang Fariq. Tidak mahu dia bertentang mata.

"Kenapa awak nak potong gaji saya?" soal Fariq pelik.

"Tak ada apa. Oh ini ke bajunya" balas Iris kemudian dia merunding jari ke arah baju dan apron tersebut, berbola mata masih melihat tempat yang sama.

"Iya, nah. Awak boleh tukar baju dekat tandas restoran" Fariq menghulurkan baju tersebut kepada Iris tatkala Iris menyambut dan mengucapkan terima kasih kepada Fariq.

Make Her My Naseeb Where stories live. Discover now