#BAB 1 : Nama

8 1 0
                                    

"Kita sudah Darurat. Apa yang nak ditunggu lagi? Mulakan sahaja operasi ni secepat mungkin"

"Ya Tuan Fushiro, sumber bekalan makanan akan habis dalam masa 6 tahun lagi sekiranya kita hanya berdiam diri"

"Diam! Aku perlukan masa untuk berfikir. Tinggalkan aku sendirian" Teriak Fushiro, seorang Lelaki berusia dalam lingkungan 50-an.

Dua orang lelaki yang berjawatan sebentar tadi meninggalkannya sendirian dalam bilik.

"Kau memang bodoh Bakar" katanya menghentak menghempas lampu mejanya kedinding sekuat hati.

POV Kai

Tak seperti selalu, Pagi ni terasa dingin teramat. Kenapa ? Mungkin ada perkara buruk yang akan berlaku 'lagi'.

Siren berbunyi kuat di setiap daerah seperti biasa untuk kali yang ke-berapa ratus setiap hari . Tragedi letupan Nuklear dari daerah 1  iaitu di sebelah utara menyebabkan daerah yang berdekatan 2,3,4 dan 9 dari kawasan Timur dan Barat turut musnah dilanda tempias letupan dahsyat itu dan secara tidak langsung telah memberi impak yang agak besar kepada semua golongan masyarakat.

"Cepat berkumpul !" Ibu bapaku menyuruh aku dan adikku bersiap untuk ke 'Dataran' . Katanya ada pengumuman dari ketua daerah.

" Abang, walau apa pun yang akan berlaku selepas ni, ingat yang ibu dan ayah sentiasa sayang abang" Ibuku memberi topi hitam kepunyaan arwah atukku yang mati dalam insiden letupan nuklear lima tahun yang lalu kepada aku.

"Hari ini, Saya dan beberapa ketua daerah kawasan yang terdiri dari daerah 5,6,8,10,11 dan 12 telah menerima mesej daripada Professor Putra" Semua warga daerah 11 bising kerana terkejut. Makmal professor Putra berada di tengah kawasan daerah 3. Mata Warga daerah 11 mula tertumpu pada ketua daerah.

"Jadi, kami sebulat suara untuk memilih 500 pemuda untuk mencari beliau, setiap daerah memerlukan ramai pemuda dan pemudi. Semua nama pemuda dan pemudi daerah ini akan dipilih secara rawak oleh Menteri atasan dan dibawa masuk kedalam kargo tanpa bantahan"

Teriakan kedengaran dari semua penduduk. Mereka tidak setuju, protes dan membantah sekeras-kerasnya kerana pemuda pemudi yang terpilih terdiri dari umur 18 hingga 21 tahun.

"Semua diminta bertenang! Mereka akan dilatih selama 3 tahun sebelum dilepaskan ke.... "Arahan dari ketua daerah tersekat, suara majoriti penduduk sememangnya lebih kuat berbanding pembesar suara.

"Anak-anak kami masih muda !" jerit ayah ku membantah sekeras-kerasnya begitu juga dengan penduduk kampung yang lain.

"Kami tiada pilihan, anak-anak ini berpotensi untuk...... " ketua daerah sudah tidak tahu untuk berkata apa-apa.

Ketua daerah tetap mencabut undian walaupun telah dibantah oleh semua penduduk daerah 11. Skrin mula menayangkan gambar-gambar pemuda dan pemudi dari setiap daerah yang terpilih.

01:Aleesa (Daerah 6)

Wajah seorang wanita bersama nombor 01:06 pada pangkal skrin yqng besar itu kelihatan.

02:Ra'ish (Daerah 10)
03:Xiao Lin (Daerah 8)
.
.
.
.
.

"Tashwin, awak adalah orang ke 10"

Terkelu lidahku apabila mengetahui Tashwin, iaitu rakan karibku telah terpilih. Tayangan skrin tidak henti menayangkan gambar dari 11 hingga ke 21. Setiap remaja yang namanya dipanggil ditembak dengan peluru elektrik yang mampu membuatkan seseorang itu pengsan. Mereka melakukan ini secara kekerasan dan memaksa para remaja yang tidak memberi kerjasama untuk masuk kedalam kenderaan yang mereka naiki.

"Sesiapa TOLONG hentikan!!" Setiap orang mula berlari ke rumah masing-masing kerana takut nama akan dipanggil.

22: Darwin (Daerah 12)

SurVivorWhere stories live. Discover now