Bab 11

407 46 0
                                    

Iris membuka kelopak matanya dengan perlahan apabila pancaran terang matahari menyuluh wajahnya dan berasa sedikit panas dek kerana matahari. Badannya terasa berat dan lemah sekarang ini seakan dia tidak boleh bangun langsung. Kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan melihat suasana biliknya yang terang oleh matahari.

Kepala Iris yang terletak di atas bantal menunduk sedikit ke bawah apabila melihat Eliy yang sedang membawa dulang menggunakan kedua tangannya. Di atas dulang terisi dua pinggan dan satu cawan.

Eliy yang memerasani kesedaran Iris dari tidur, pantas dia menayangkan senyuman teruja dan berjalan laju ke arah gadis itu. Sempat lagi tangan meletak dulang di atas meja belajar Iris.

"Iris sedar pun kau dari tidur! Malam tadi kau masuk rumah terus aja kau tidur!" kata Eliy kepada Iris yang masih dalam posisi yang sama. Lihat dari segi wajah Iris, gadis itu masih dalam keadaan yang lemah.

Eliy mengambil duduk di atas sisi katil Iris.

"Dah pagi ke?" soal Iris.

"Dah tengahari dah pun"

"Tengahari?!" Iris terus bangun dari baring dan duduk untuk dia turun dari katil tetapi dihalang oleh Eliy dengan pantas.

"Kau nak ke mana?" soal Eliy dengan pelik. Mahu ke mana Iris dengan tergesa-gesa begini, badan lemah ada hati ingin bangkit dari katil.

"Kerja" balas Iris. Dia melihat wajah Eliy, tubuhnya yang hampir turun sahaja dari katil dihentikan.

"Tak payah pergi, kau demam"

"Mana boleh, aku baru start kerja. Nanti bos marah kalau aku tak masuk hari ini" bantah Iris. Satu kakinya sudah cecah pada lantai namun ditarik oleh Eliy untuk baring semula.

"Baring! Bos kau suruh cuti hari ini, Iris. Lagipun dia yang hantar kau semalam"

Dengar penjelasan tersebut buatkan Iris lebih tersedar dan dapat ingat semula kejadian semalam dimana dia terlihat figura hitam dan dia berlari ketakutan. Kemudian dia di selamatkan oleh Daniel dan Daniel membawanya ke klinik kerana dia jatuh sakit, demam.

Iris perlahan-lahan naikkan kakinya ke atas katil dan menyandar tubuh belakang pada kepala katilnya. Otaknya sibuk memikirkan perkara yang semalam.

"Makan dulu, bos kau ada bagi bubur" ujar Eliy sambil mencapai mangkuk yang berisi bubur ayam yang masih panas itu dan letak pada ribanya sebelum sebelah tangan membetulkan rambut Iris yang sedikit tidak terurus. Seakan menjaga budak berumur 5 tahun.

"Bos bagi aku bubur?" kedua kening Iris berkerut seribu. Dia masih tidak faham apa yang Eliy ingin sampaikan.

"Bos kau pagi tadi datang. Dia tanya khabar kau sambil bawa bubur dan buah untuk kau, Iris"

"Lepas itu?"

"Aku kata kau tak bangun lagi" jelas Eliy lagi. Tangan kanan sibuk mengaul bubur supaya sebati rasanya.

Iris terdiam seketika. Mengapa sampai Daniel ingin memberinya makanan dan sanggup datang ke rumah Eliy untuk menanyakan khabar? Sedangkan mereka tiada hubungan istimewa melainkan hanya kenal-kenal begitu sahaja. Bukan hati Iris tidak suka langsung terhadap Daniel tetapi dia risau jikalau jejaka itu menyukainya, bagaimana dia bisa terima sekira dirinya sahaja ada masalah keluarga yang besar, kewangannya tidak seperti Daniel, kurang percaya cinta.

Lebih baik sekarang ini kurang percaya cinta berbanding Iris langsung tidak percaya akan cinta sebelum dia mendengar ceramah ustaz.

"Baca doa makan, aku suap. Dah habis makan nanti kau kena makan ubat tau" tegas Eliy mengarahkan Iris untuk akur padanya dan tidak boleh sesekali bantah. Bukan Eliy tidak tahu perangai Iris mempunyai musuh terhadap ubat dan jarum suntikan. Kalau dahulu Eliy mahu membawa Iris ke klinik mahupun hospital, gadis itu akan terkurung dalam bilik untuk tidak bertemu dengan Eliy.

Make Her My Naseeb Where stories live. Discover now