Bab 12

388 51 0
                                    

Peritnya hati ini, Ya Allah... Hanya kau sahaja yang tahu betapa perit lidah seseorang yang mencucuk jiwanya sekarang ini. Apabila yang menikamnya dengan kata-kata itu adalah seorang ayah kepada Iris dan adik-beradiknya.

Dia tidak mahu kurang ajar seperti mana ia dahulu yang sanggup melawan kata-kata ayahnya. Oleh kerana itu sekiranya luahan menyebabkan ayah mereka, adik-adik, Sarah dan ibu Iris akan mengadu kepada Iris. Kerana mereka tahu, dalam adik-beradiknya hanya Iris sahaja yang berani kerana dia sudah cukup merasakan kesakitan yang dialami dirinya dan juga keluarga kecil.

"Macam inilah. Daripada ibu tak sanggup nak luahkan dekat mahkamah lebih baik ayah bagi duit kalau tak Iris sendiri pergi mahkamah bawa ibu" Iris arah dengan keras nada yang juga tegas.

"Kau ingat aku takut? Kalau aku heret kau dengan ibu kau kat neraka ini mesti aku menang punya! Jijik! Berzina aja tahu!"

Tahan Iris...

"Hanya Allah sahaja yang tahu apa aku buat dan apa kauorang buat! Allah akan timpa dosa kepada kauorang!" kata-kata seorang pembohong yang ingin menyelamatkan dari dipandang salah. Benar Allah tahu apa yang mereka buat, adakah ayahnya yang akan lebih tahu berbanding Allah sedangkan dari Sarah kecil ibu dan ayah Iris bercerai?

Iris terdiam lagi. Mulut terkunci tidak mampu ingin berkata apa-apa lagi. Penat...

"Jangan acah-acah alim, Iris dengan pakaian kau itu! Dosa tak akan tertutup dengan jubah dan tudung yang labuh!"

Iris tersedar. Kata-kata ini seakan Niana kata kepadanya. Mengapa ayah Iris menganggap diri Iris seorang pendosa yang Allah tidak akan ampunkan walau sekali pun? Sedangkan ayahnya lebih teruk.

"Ibu! Kenapa ibu menangis ini?" soal Iris dan Sarah yang baru sahaja Sarah berumur  11 tahun manakala Iris 7 tahun. Mereka mendapat ibu mereka yang sedang duduk di atas lantai dengan lemah tatkala kepala menunduk manakala air mata mengalir deras.

"Ibu jawablah. Ayah buat apa dekat ibu?" soal Sarah dengan penuh kerisauan. Masing-masing memandang wajah ibu mereka yang penuh kepenatan tangisan dan mata yang sedikit bengkak kerana menangis tidak henti.

"Ayah... Ibu nampak ayah tidur dengan perempuan lain dekat hotel..."

Sarah dan Iris mendengar seakan hati mereka hancur seratus peratus. Iris apabila dengar begitu seakan dunianya sunyi seketika dimana dia diduduki sesuatu tempat yang gelap dan kosong. Dalam keadaan dia tunduk kecewa memandang lantai gelap dalam fikiran. Jiwa dan hati seorang anak menganggap ayah adalah segalanya serta merta hancur.

Ayah...

Iris hanya memerhatikan wajah ibunya, dia berganjak sedikit jauh yang tadi dekat pada ibunya. Dia membiarkan Sarah dan ibu berbual tentang itu. Dia ingin mendengar segala lauahan tetapi duduk sedikit jauh. Menyandar tubuh pada dinding yang dia sedang duduk di atas lantai. Mulut dan hati sudah mula membisu setelah mendengar penjelasan.

"Ayah hantar gambar lucah dekat perempuan lain! Dia tipu selama ini tak ada duit padahal bagi semua duit itu dekat perempuan-perempuan yang dia kenal! Selama ini dia kata, dia ke tempat kerja itu semua dusta!"

Iris hanya mendengar. Jantung mula laju berdegup manakala otak mula berpinar. Terkejut.

Sarah mengalir air matanya manakala menangis teresak-esak mendengar perkara itu. Fikirkan seorang anak dilahirkan menjadi anak pertama melangkah kesusahan ayah dan ibu bersama tetapi apabila ayahnya dapat duit malah curang dan langsung tidak diberi anaknya makan.

Iris masih membisu dan berada dalam posisi yang sama. Mengapa Allah uji keluarga kecilnya begini? Mengapa Allah hadirkan seseorang tidak baik untuk ibunya?

Make Her My Naseeb Where stories live. Discover now