Daniel membuka pintu kereta Honda Civic type C miliknya dan kaki kanan melangkah keluar dari perut kereta terlebih dahulu sebelum keseluruh tubuhnya. Sesudah itu dia membetulkan Polo shirt berlengan pendek berwarna coklat dan dikenakan seluar slack berwarna putih manakala kaca mata hitam disangkutkan pada batang hidung di biarkan. Kelihatan style old money sesuai pada tubuh Daniel. Rambut yang ber-style Slickback lurus. Kelihatan manusia yang mempunyai duit dari segi rupa dan pakaian.
Daniel melangkah masuk ke sebuah cafe yang terletak sedikit jauh dari rumah. Seseorang ingin menemuinya berbual perkara sesuatu yang Daniel sendiri tertanya-tanya.
Kepala menoleh ke kiri dan ke kanan mencari figura yang ingin bertemu dengannya. Kaca mata yang tadi sangkut pada batang hidung dinaikkan ke atas kepala apabila melihat seorang lelaki yang sedang duduk dengan seorang perempuan mengangkat tangannya ke atas untuk memanggil Daniel.
Daniel melihat, tanpa dia buang masa dia berjalan ke arah meja cafe di mana diduduki seorang wanita dan seorang lelaki. Mungkin mereka pasangan duduk bersebelahan. Daniel mengambil duduk dihadapan mereka berdua. Sebelum itu sempat lagi Daniel berjabat tangan bersama Nabil untuk bersapa dengan jejaka itu terlebih dahulu. Punggung dihempas pada permukaan sofa cafe dan membetulkan kedudukannya mencari keselesaan.
"Ada apa-apa ke nak jumpa?" soal Daniel kepada Nabil dan Eliy yang berada di hadapannya. Nampak soalan seperti orang sombong tetapi tidak.
Eliy mengangguk sambil menunduk. Berat untuk melauhkan segalanya. Terasa buka aib kawannya sendiri kepada orang yang dia tidak kenal tetapi dia yakin bahawa Daniel ada perasaan kepada Iris tetapi dia harus tanya beberapa soalan sebelum dia meluahkan.
"Boleh saya tahu encik ada apa-apa perasaan dekat Iris?" topik bermula dengan soalan keluar dari mulut Eliy. Nabil yang berada disebelah hanya mendengar sambil melihat wajah kacak Daniel kemudian memandang Eliy bersilih ganti. Apabila Eliy bersuara dia akan melihat Eliy, apabila Daniel bersuara dia akan melihat Daniel.
Daniel mengerutkan kening. Setahu diri dia hanya ibunya sahaja yang mengetahui hal tersebut. Mata yang hanya merenung pada permukaan meja.
"Kenapa tanya macam itu?" soal Daniel.
"Encik kena jawab dulu sebab topik yang saya buka ini sesuatu yang saya perlu merayu dekat encik sekiranya encik suka kepada Iris" rayu Eliy. Kedua tangan dinaikkan dan dirapatkan antara satu sama lain seakan seseorang merayu.
Berat Daniel mahu menjawab soalan yang sebenar tetapi dengan kata-kata yang Eliy katakan itu memaksa dirinya untuk cakap dengan jawapan yang sebenar.
"Iya"
"Allhamduillah!" balas Eliy dengan laju. Duduknya dibetulkan dan menghadap jejaka itu dengan wajah yang sedih.
"Kalau encik sukakan Iris saya merayu bawa dia pergi dari masalah yang dia lalui"
Daniel yang mendengar hanya mengerutkan keningnya. Tidak faham tetapi dia ingin mendengar lebih lagi.
"Iris hadapi masalah keluarga dan trauma yang besar. Tapi dia tak pernah luahkan dekat saya melainkan trauma yang buatkan dia takut dengan lelaki"
"Izinkan saya meluah" sambung Eliy.
"Teruskan" balas Daniel membenarkan gadis itu meluah tentang Iris.
"Iris pernah temu seorang lelaki yang cinta dia terhadap lelaki itu bukan perkara yang main-main tetapi dia di tinggalkan begitu sahaja walaupun lelaki bernama Hael Haikal itu dah janji kepada Iris untuk kahwin bersama, dan Iris mempunyai ayah yang tak pernah memberi nafkah kepada keluarga kecil Iris sehingga mereka menghadapi masalah kewangan yang sangat teruk. Selama saya hidup dengan Iris, dia akan ikat perut dia menahan lapar untuk ke universiti tanpa meminta tolong dan pengetahuan saya" jelas Eliy dengan panjang lebar. Daniel masih diam, matanya menumpu pada permukaan meja.
YOU ARE READING
Make Her My Naseeb
RomanceMengisahkan tentang Bunga Iris Nasha seorang gadis yang kuat agama dan hanya fokus pada kehidupannya dan keluarga kecil Bunga Iris Nasha yang selalu hancur dan menimbul masalah yang besar sehingga buatkan dirinya rasa takut untuk meneruskan hidup. W...