Bab 14

396 48 3
                                    

(Flashback)

"Iris minta maaf, ayah!" rayu Iris kepada ayahnya sambil melutut dan dinaikkan kedua tangan dan dirapatkan antara satu sama lain seperti seseorang sedang merayu.

"Diam! Kau aku suruh kau belajar, kau buat zina! Kau berjantan, bukan?!" ujar lelaki itu dengan kasar dan menengking dengan kuat sehingga dapat getaran satu rumah.

Iris menangis teresak-esak, kepalanya ditundukkan.

"Aku tak pernah ada anak macam kau yang penuh dengan dosa zina! Aku jijik ada anak macam kau! Pendosa besar!"

Walaupun Iris hanya berpasangan dengan Hael tetapi pandangan Erwan terhadap Iris sangatlah buruk tetapi...

"Kau dengan mak kau sama aja! Berjantan. Aku cari duit untuk bela kauorang!"

Iris yang mendengar itu berhenti dari tangisan kemudian dia mendongak ke arah ayahnya yang sedang duduk di atas sofa dengan muka yang penuh kebencian terhadap Iris. Langsung tidak mahu memandang gadis itu seakan Iris akan dihukumkan masuk ke neraka jikalau dia sudah bertaubat pun akan datang.

Iris berdiri perlahan-lahan. Hatinya pula kali ini panas. Kedua kening berkerut seribu. Wajah yang lesu, hidung merah dibiarkan.

"Ayah kata ibu berjantan?"

"Iya!"

"Kau cakap mak aku berjantan?! Kau tahu tak seumur aku hidup tak pernah nampak muka kau dekat dalam rumah melainkan kau datang untuk seksa, pukul ibu! Sekarang dosa aku, kau samakan dengan ibu aku yang tak pernah buat apa-apa!" jerkah Iris dengan kuat. Kali ini dia mula bersuara sekian lama dia diam selama ini jikalau ibunya difitnah. Sudah cukup dia mendengar suara ayahnya yang membohong dan sengaja bermain minda adik-adik dan kakaknya supaya membenci ibu Iris. Padahal semua itu adalah bohong!

Erwan terus menoleh ke arah Iris dengan pantas. Matanya membuntang manakala kening di kerutkan. Perlahan-lahan jejaka itu bangun dari tempat duduk dan berjalan ke arah Iris dengan perlahan.

"Dari aku umur lima tahun, dari kakak aku kecil lagi kau tuduh ibu aku macam-macam. Kau jangan ingat aku tak tahu muka kau dalam apps cari perempu-"

Erwan terus menampar wajah anaknya dengan laju dan kuat sehingga gadis itu terdorong ke tepi. Dia tidak mahu Iris meneruskan ayat itu kerana dia tahu perkara itu benar-benar dia lakukan dan dia tidak lagi dapat menguasai fikiran anaknya untuk memandang Eila, isterinya adalah punca mengapa Erwan mencari wanita lain di dalam apps dan melakukan sesuatu yang sangat lucah.

Iris berpaling wajah ke arah ayahnya. Mata bertentang mata.

"Jangan selama ini kau rasa anak-anak kau diam, dia percaya kata-kata kau yang menfitnah ibu aku. Jangan sampai bukti yang kakak aku, adik-adik aku dapat bagi dekat keluarga kau apa yang kau buat selama ini dari engkau berlakon seorang yang alim"

"Pakaian dan kata-kata tidak melambang siapa diri itu. Engkau sendiri memutar belitkan ayat Allah sehingga kau katakan mak kau lebih penting dari isteri kau sendiri jadi kau tak bagi duit dekat kami" sambung Iris.

Iris tersenyum sinis.

"Kau seorang pembaca Al-Quran, solat tak tinggal. Macam mana boleh memutarkan belit ayat Allah? Apa kau faham maksud yang diberi oleh Allah atau tidak?"

"Kau ingat aku dengan adik-beradik aku tak kecewa ke tengok bapak sendiri hantar chat dan gambar lucah dekat seseorang!" air mata Iris kembali mengalir dengan deras. Dia ingat situasi di mana ibunya berlakon menjadi seorang wanita dalam satu aplikasi dan menggoda ayahnya dari massage dan Erwan balas dengan ayat yang lucah dan menggelikan.

Make Her My Naseeb Where stories live. Discover now