Bab 15

367 50 0
                                    

Iris memandang ayahnya yang sedang berseronok bersama kawan-kawan lelaki dan perempuan disebuah restoran. Mereka makan beramai-ramai sambil tergelak tawa tanpa mengingati keluarga kecil Erwan dirumah yang sedang lapar dirumah. Malah jejaka itu seronok makan mewah bersama kawan-kawan. Apabila minta duit, jawapan tetap sama..

Tiada duit.

Seluruh tubuh kecil Iris menyorok di sebalik dinding restoran itu. Memerhatikan wajah ayahnya tersenyum lebar.

Perasaan dendam mula timbul.

"Disaat adik-adik, kakak dan ibu aku dalam kelaparan kau berseronok dengan kawan-kawan kau sedangkan kami minta duit makan dan menjalankan tanggungjawab kau sebagai seorang ayah dan suami kau bantah?" ujar Iris pada dirinya sendiri. Mata masih terarah pada wajah Erwan dengan penuh perasaan dendam. Perasaan ingin bunuh? Bukan sekadar Eila sahaja ada, tetapi Iris juga.

Perasan membuak-buak. Seakan dia tidak fikir lagi bunuh itu adalah salah satu dosa besar pada seseorang yang ingin membunuh. Hatinya kecewa, hatinya sakit seorang ayah mengkhianati keluarga.

Dimana perasaan seorang ayah dan seorang suami? Apa Allah sudah membutakan hatimu wahai Erwan? Cukup berkuasakah engkau dari Allah untuk menerima balasan dari-Nya?

"Berlakon alim depan keluarga tapi engkau manusia bertopengkan syaitan. Tunggu aku dah besar, kau tak akan aku maafkan sampai aku mati apa yang kau buat dekat keluarga aku. Aku akan buat macam mana kau buat kami saat kami memerlukan engkau malah engkau ludah kami?"

"Aku anak yang berharap seorang ayah. Aku cemburu semua orang ada ayah yang baik dan bertanggungjawab. Mereka sekolah dihantar oleh ayah mereka, tetapi kami? Kau biarkan seakan kami bukan sesiapa bagi kau? Binatang aja tahu sayang anaknya, mengapa engkau tak?"

"Saat kau dah tua, kau melutut kepada aku tak akan aku maafkan. Saat kau lapar waktu tua, tak akan aku beri kau makan! Saat kau tiada rumah untuk berteduh tak akan aku sediakan!"

Iya, keluarga kecil Iris pernah di halau tuan sewa rumah beberapa kali. Setiap kali mereka duduk di suatu tempat itu, mereka dihalau kerana tidak bayar sewa rumah. Bukan tidak mahu mereka bayar tapi mereka benar-benar tiada duit sehingga Eila sendiri buntu dan perasaan ingin bunuh diri itu selalu menguasai dirinya. Menjaga empat orang anak, memikirkan duit makan, memikirkan dimana mereka ingin berteduh. Seakan tiada kata-kata rumah adalah pelindung mereka sedangkan sekiranya mereka menetap sesuatu tempat itu pasti Erwan akan datang menghancurkan mereka berlima.

-

"Keluarlah! Kau bukan ahli keluarga kitaorang lagi! Kau buat Erwan tak bebas bila kahwin dengan kau sebab itu dia datang dekat aku!" halau ibu mertua kepada Eila manakala ibu kepada Erwan menghalau Eila dan anak-anak keluar dari rumahnya kerana keluarga Erwan amat benci dan jijik kepada keluarga kecil Iris sehingga mereka tidak mahu keluarga kecil Iris menjejak pada rumahnya.

"Mak, saya nak jumpa suami saya aja" rayu Eila sambil menangis teresak-esak memegang kaki ibu mertuanya.

"Lepaslah! Aku jijik dengan kauorang hidup tanpa agama! Tak layak kahwin dengan anak aku yang kuat agama dia. Jijik!"

Eryna dan Thira memerhati sambil ketakutan manakala Sarah menarik tangan ibunya untuk keluar dari rumah itu. Tidak mahu ibunya merayu seakan tiada maruah dan dihalau seperti binatang.

"Dah ibu jom..."

"Mak, orang betul-betul nak jumpa Erwan. Anak-anak lapar tak makan, dia duduk sini. Kami tak ada tempat berteduh..."

Iris hanya memerhati wajah neneknya itu dengan perasaan dendam.

Disaat ibunya dipukul, disaat ibunya ditengking keluarga belah sana, disaat ibunya ludah oleh Erwan, disaat melihat Erwan keluar dengan wanita lain, disaat Erwan gelak ketawa dengan orang lain disitu hatinya mula dendam.








Mengahwini seseorang biarlah niat itu bersedia untuk menjadi seorang isteri/Suami, Ayah/ibu. Allah sudah berikan segala yang engkau mahukan jadi mengapa tetap kau dustakan nikmat yang diberi. Perkataan syukur yang kau luahkan dari mulut padahal engkau masih tidak bersyukur beberapa nikmat darinya.




Jangan lupa vote 🎀 🦦

Make Her My Naseeb Where stories live. Discover now