bab 16

349 42 0
                                    

"Ya Allah, Make Her My Naseeb" doa Daniel di dalam hati sambil memegang sejambak bunga di hadapan pintu apartment Eliy untuk diberikan kepada Iris yang masih dalam keadaan demam yang teruk. Sudah tiga hari berlalu, gadis itu masih lemah dan tidak berdaya untuk bangun. Buah strawberi yang tersusun elok pada sisi bunga tulip dilihat dengan dalam.

"Usaha aku Ya Allah untuk dapatkannya berbanding melihat dia. Aku Ya Allah yang ikhlas sayang dan sukakan dia. Sekiranya aku tidak baik untuknya maka jadikan aku terbaik untuknya. Setelah aku dengar masalah hidup dia buatkan aku rasa ingin jaga dia, Ya Allah. Kehidupannya susah, kehidupan keluarganya susah. Aku Ya Allah, aku ada untuknya. Dengarkan doa ku ini, terima doa ku ini..."

Make Her My Naseeb

Tangan kanan memeluk sejambak bunga yang sedikit besar manakala tangan kanan dinaikkan untuk mengetuk pintu apartment Eliy.

"Assalamualaikum" tangan masih mengetuk pintu.

Tiba sahaja tombol pintu dipusing dari dalam dan dedaun pintu terbuka dengan luas timbullah Eliy. Pantas Daniel menunduk ke lantai dan sedikit kebelakang supaya dia tidak terlalu dekat dengan gadis itu.

"Waalaikumussalam Daniel. Kenapa?" soal Eliy. Walaupun dia sudah lihat bunga yang di dalam dakapan Daniel tapi dia tetap menanyakan. Mana tahu jejaka ini datang ke sini ada apa-apa melainkan memberi buang tersebut kepada Iris.

"Iris mana?"

"Dia dah sihat?"

"Belum lagi, saya baru saja bagi dia makan. Tapi dia makan sikit saja" balas Eliy.

"Okay" Daniel menghulurkan bunga tersebut kepada Eliy namun Eliy menyambut dengan lembut.

"Bagi Iris"

"Baik, terima kasih"

Daniel angguk, dia terus beredar disitu tanpa dia membuang masa berhadapan dengan Eliy. Tidak selesa yang dia rasakan apabila bersemuka dengan mana-mana gadis melainkan Iris. Sepatutnya dia ingin menanyakan khabar lagi tentang Iris tetapi tidak terluah dari mulut. Tapi Daniel tertanya-tanya bilakah dia akan dapat meluahkan perasaanya terhadap Iris?



Eliy melihat sejambak bunga yang terhias buah strawberi dilihat dengan senyuman yang manis. Tumpang gembiranya kepada Iris yang akan menerima hadiah ini dari Daniel. Kelihatan Iris kenal dengan lelaki yang betul-betul menyukainya.

"Ini kalau tak kahwin tak tahu nak kata apa" ujar Eliy sendiri. Tanpa dia banyak kata, kakinya mula melangkah bergerak dari permukaan pintu utama dan menuju ke arah bilik Iris. Senyuman masih menayang.

"Iris?" panggil Eliy dari luar pintu bilik sebelum pintu bilik dibuka dengan luas. Tubuh belakang digunakan untuk membantu kedua tangannya untuk membuka pintu.

Melihat Iris yang sedang duduk bersandar pada bantal yang disandarkan pada kepala katil. Gadis itu menoleh yang tadi hanya termenung kedepan.

Melihat Eliy sedang tersenyum malu berjalan ke arah Iris dan mengambil duduk bersebelahan dengan gadis itu. Wajah Iris direnung dengan gembira.

"Wah, dapat bunga dari Nabil?" soal Iris kepada Eliy. Walaupun dia tidak berdaya dan badannya lemah dia tetap ingin bangun dan duduk berbual dengan Eliy supaya dirinya tidak terlalu ikut badan yang sakit.

Eliy menggelengkan kepalanya beberapa kali sesudah itu dia mengangkat kedua keningnya beberapa kali sambil tersenyum nakal. Iris yang melihat hanya berkerut seribu, tertanya-tanya apa yang dimaksudkan oleh senyuman nakal gadis itu.

"Teka, tapi yang penting bunga ini bukan untuk aku dan bukan dari Nabil"

"Habis tu siapa punya?"

"Ish orang suruh teka-lah Iris"

Make Her My Naseeb Where stories live. Discover now