bab 17

312 43 1
                                    

Setelah beberapa hari Iris hanya menetap di dalam rumah dan dalam bilik kerana jatuh sakit kini dia sudah sihat sepenuhnya. Nikmat selera makan sudah kembali, berdiri seperti orang yang normal dan boleh berbuat sesuatu tanpa merasa badan lemah dan sakit.

Tangan membetulkan tudung bawal coklat yang tersarung pada kepala sambil dia tersenyum-senyum dan joget kecil kerana hari ini dia dapat meneruskan kerja di restoran seperti biasa.

"All the girls girling girling, all the girl girling girling all the girly girls" Iris menggoyang-goyangkan bahunya beberapa kali mengikut rentak lagu Korea Crazy - Le Sserafim. Begitu seronok dia hari ini bebas dari segala kesakitan boleh kembali macam dulu.

Eliy melipat kedua tanganya pada dada sambil menyandarkan bahu pada bingkai pintu bilik Iris. Memerhatikan gadis itu yang sedang seronok sambil menari-nari sehingga membuatkan Eliy tersenyum. Dia suka lihat kawannya gembira berbanding memikirkan masalah, Eliy tahu dalam Iris tersenyum, di dalam lubuk hati masih tersisa kesedihan dan masalah yang sangat besar yang dihadapi. Namun Iris seorang gadis gembira, dimana perangai anak nombor dua benar-benar ada pada diri gadis itu.

"Wah kau, seronok nampak bila dapat masuk kerja balik. Seronok jumpa Daniel ke tu, iyalah dah lama tak jumpa, bukan?" perli Eliy sambil membuat wajah mengejek Iris.

Iris menoleh sambil menjeling.

"Mana ada-lah! Aku gembira sebab dapat masuk kerja balik aja. Baru beberapa hari kerja dah cuti panjang lepas itu dapat kerja balik hah mana tak gembiranya!" bantah Iris tatkala menggelengkan kepalanya menandakan apa yang Eliy katakan itu tidak benar... Mungkin?

"Iyalah tu!"

"Dah-lah aku nak pergi kerja ni" Iris menukar topik dan terus memeluk tubuh Eliy untuk mengucapkan selamat tinggal kepada gadis itu sebelum dia keluar untuk ke tempat kerja.

"Baik, jaga diri elok-elok jangan nak fikir benda yang tak patut. Apa-apa bagitahu aku, ada yang mampu aku tolong aku akan tolong engkau. Jangan nak pendam-pendam, faham?" pesan Eliy dengan tegas sambil menepuk-nepuk belakang tubuh Iris yang masih dalam dakapan. Belakang tubuh Iris ditepuk sedikit kuat bagi Iris dengar apa yang dia katakan.

"Iya-iya. Bisinglah kau ini macam ayam kehilangan anak!" Iris melepaskan pelukannya.

Eliy menjeling tajam kemudian dia menolak gadis itu untuk keluar dari bilik dan menuju ke arah pintu utama rumah. Bukan apa tetapi kalau ikutkan gadis ini sudah terlambat. Iris ini bukan jenis manusia yang akan turun atau naik menggunakan lif kerana gadis itu mempunyai trauma dengan lif. Dia akan menggunakan tangga, walaupun penat asalkan dia tidak takut. Sekiranya ada orang yang naik lif barulah Iris mengekor.

"Heh! Dah keluar sekarang! Kau dah lambat pergi kerja ni, orang suruh naik lif tak nak!"

Iris ketawa.

"Tak naklah naik lif apa-apa jadi aku takut"

"Yelah"

Eliy memusingkan tombol pintu kemudian dedaun pintu ditarik menggunakan tombol memberi ruang Iris untuk keluar dari rumah. Gadis itu akur, badan sedikit tunduk mencapai kasut boot hitam parat buku lali. Bagi Iris pakai boot senang sebagai seorang pekerja, senang untuk kerja lasak lagipun boot ini buatkan Iris nampak kemas dan elegen bekerja di restoran mewah.

Kasut disarung tatkala tali kasut diikat dengan ketat dan selesa. Kemudian dia bangun dari melutut dan berdiri seperti biasa. Tote beg kali ini berwarna hitam dibawa, tidak lupa telekung, telefon dan Al-Quran semuanya lengkap di dalam.

"Jangan lupa solat Eliy"

"Baik Iris. Kau juga"

Iris mengangguk teruja. Tanpa dia membuang masa, Iris berjalan meninggalkan kawasan tersebut dan menuju ke arah tangga yang berdekatan dengan lif.

Make Her My Naseeb Where stories live. Discover now