Langit biru yang dihiasi awan putih melayang malas sambil ditiup angin. Kelopak-kelopak bunga yang diterbangkan oleh angin terjatuh ke atas tanah dan salah satunya mendarat diatas topi Aurelia.
"Terima kasih, Aurelia." Ucap Sulien dengan senyuman. "Sudah lama rasanya saya tidak datang ke dunia manusia."
"Terima kasih juga sebab datang dengan saya." Balas Aurelia dengan ceria.
Penampilan Sulien telah pun berubah tadi pagi. Daripada seekor burung kepada seorang lelaki yang cantik. Rambutnya panjang berwarna merah begitu juga dengan matanya.
Kini Aurelia cuma tersenyum-senyum memandang Sulien. Wajah lelaki ini sahaja sudah mampu mencuci matanya. Dihari yang cerah bersama orang-orang yang memakai persalinan indah, Sulien tampak menyerlah dipandangan Aurelia.
Kemudian, Sulien berpaling ke belakang apabila dia merasakan seperti seseorang sedang merenungnya. Bibirnya mengukir senyuman tatkala terlihat Eliam yang memandangnya dengan rasa menyampah tidak jauh daripada mereka. "Aku sangkakan kau tak mahu ikut."
"Diamlah! " Balas Eliam lalu dia berjalan lebih laju menghampiri mereka berdua. "Aku memang setuju pada mulanya, kau saja yang sibuk mengikut." Katanya sambil menolak Sulien agar berjauhan sedikit daripada anaknya.
"Ouh, mestilah."
"Apa? Kau fikir aku menipu? "
"Bila aku cakap kau menipu? " Balas Sulien yang masih lagi dengan senyumannya.
Aurelia yang berjalan dibelakang kedua-dua raja spirit itu hanya menggelengkan kepalanya sahaja melihat kelakuan ayahnya ini. Mungkin benar apa yang Sulien katakan, Eliam patut lebih jujur dengan perasaannya sendiri. Tetapi ia tidak apa, ianya kelakar melihat ayahnya berperangai seperti ini. "Okey, sekarang..." Dia berkata sambil memegang kedua-dua tangan raja spirit itu. "Mari kita pergi ke sana!"
Selepas itu, mereka bertiga masuk ke dalam sebuah kedai pakaian. Pakaian yang orang-orang disini pakai sangatlah berbeza daripada orang Teskia dan Adoria. Bilamana perempuan Teskia memakai kain gaun yang berlapis-lapis dan perempuan Adoria mamakai baju kurung, di Askana orang-orang perempuannya memakai jubah yang berkain yang lembut serta yang diperbuat daripada bulu dan sutera. Iaitu pakaian chiton perempuan. Terdapat juga kerongsang iaitu aksesori penting dibahu, tali pinggang, kasut dan perhiasan kepala. Barang itu semua dibeli oleh Aurelia dengan persetujuan Eliam dan Sulien. Meskipun mereka berdua hanya mengangguk apabila ditanya, Aurelia tetap berpuas hati.
"Rasa-rasanya kita patut membeli makanan juga." Ujar Aurelia, lebih kepada dirinya sendiri.
"Hmm...sangat menarik." Kata Sulien yang berada tidak jauh daripada gadis itu dengan senyuman.
Eliam yang terdengar kata-kata Sulien tersebut terus menoleh. "Eh, sudah-sudahlah merenung anak aku itu!"
"Okey, saya sudah selesai." Beritahu Aurelia secara tiba-tiba sambil membawa hampir sebakul penuh makanan.
"Kenapa kamu beli banyak sangat? Bukannya kamu dapat habiskan pun." Soal Eliam.
"Alaa, tapi saya bukannya makan semuanya sekali pun." Aurelia menjeling ayahnya sebagai gurauan. "Lagipun semua ini makanan yang tahan lama." Katanya sambil meletakkan lagi bakul itu diatas tangan ayahnya. "Atau ayah nak saya beli lagi?" Usiknya.
"Pergi bayar sajalah." Eliam membalas sambil memegang sebakul makanan serta dua beg barang-barangan anak gadisnya itu. Sejujurnya dia agak terkejut apabila dia mendengar Aurelia memanggilnya ayah dan dia agak menyukainya juga tapi sudah tentulah dia berpura-pura tidak ambil kisah.
"Okey~"
Selepas beberapa minit kemudian, Aurelia pun kembali berada bersama Eliam dan Sulien. Dengan ini, selesailah aktiviti membeli-belah. Barang-barang yang dibawa oleh kedua raja spirit itu kemudian diletakkan dibelakang Zale. Haiwan spirit itu baru sahaja diwujudkan oleh Eliam agar dia membawa beg-beg dan bakul ini semua.
YOU ARE READING
Aurelia: Daughter Of The Elemental King
FantasíaPada waktu umurnya menginjak 18 tahun, segalanya berubah. Aurelia tidak menyangka bahawa dia adalah anak gadis Raja Elemental Air! Namun persoalannya, bukankah Raja-raja Elemental tidak mampu mempunyai anak? Dan, disaat Aurelia melihat ayahnya datan...