GIK 12

4.2K 251 11
                                    


1 BULAN KEMUDIAN,

PINTU bilik mandi dibuka perlahan. Kelihatan Laura sangat lesu dan mendekati katilnya. Dia menghenyakkan punggungnya diatas katil. Dan memegang perutnya. Dari pagi tadi lagi, dia berulang alik dari bilik mandi kerana muntah.

Sekarang dia sudah tidak larat lagi dan tidak rasa loya, perlahan dia merangkak diatas katil dan menyelubungi tubuhnya disebalik comforter. Dia mencapai telefon pintarnya dan mendail nombor Rayden.

"Yes, princess?" tanya Rayden dihujung talian.

"You... You dekat mana?" tanya Laura.

"Aku dekat office. Tengah meeting. Something happen, princess?" tanya Rayden.

"Owhh... Kalau you dah habis, you boleh hantar I pergi klinik tak? I tak larat nak drive." ujar Laura.

"Klinik? Kenapa, sayang?" tanya Rayden.

"I don't know... I dari pagi tadi lagi tak sedap badan dan asyik muntah. Maybe gastrik I datang balik. I nak minta ubat gastrik." ujar Laura.

"Kau tunggu aku dekat situ. Aku datang sekarang." Kedengaran arahan Rayden yang tegas itu membuatkan Laura hanya patuh. Panggilan dimatikan. Laura menghela nafas dan memejamkan matanya. Kepalanya terasa amat pening dan sakit.

Sementara Rayden, dia langsung keluar dari biliknya dan mendekati assistantnya yang sedang bekerja.

"Cancel semua schedule aku harini. Aku ada hal." arah Rayden.

"Baik King." balas Daniel. Rayden mengangguk kecil dan bergerak pantas keluar dari syarikatnya. Dia memasuki keretanya dan meluncur laju ke rumah Laura.

"Cari siapa ya, mr handsome?" tanya Sofia dengan tersenyum menggoda. Rayden menolak Sofia kasar ke tepi dan meluru naik ke tingkat atas. Dia membuka pintu bilik Laura dan meluru kearah Laura yang tidak bermaya itu.

"Princess..." tegur Rayden sambil melekapkan tangannya didahi Laura. Laura mencelikkan matanya dan menggeleng lemah. Sofia, Puan Reen dan Saiful hanya melihat dari arah pintu.

"Panasnya, kau ni sayang. Kau kenapa ni?" tanya Rayden dan terus mencempung tubuh Laura. Rayden menjeling sekilas keluarga Laura.

"Tepi!! Jangan nak menyibuk!" Rayden memasukkan tubuh Laura dikereta. Dia memandu laju ke hospital kerana terlalu gelisah akan kesihatan Laura.

Setelah Laura dimasukkan ke dalam bilik rawatan, Rayden duduk dikerusi luar untuk menunggu. Rayden mendail nombor Rayyan.

"Kau dekat mana?" soal Rayden.

"Aku tengah dekat tempat menembak ni." jawab Rayyan.

"Datang sini sekarang. Laura masuk hospital." ujar Rayden.

"Kenapa? Kau pukul dia ke?" tanya Rayyan.

"Aku waras lagilah sampai nak pukul dia. Agak-agaklah, kau sendiri tahu aku macam mana kan. Aku mana pukul perempuan yang aku sayang." ujar Rayden.

"Habis tu?" tanya Rayyan.

"Jangan banyak tanya. Datang sekarang!" Panggilan itu langsung dimatikan dengan begitu sahaja. Rayden lantas berdiri apabila wajah doktor yang merawat Laura keluar.

"Dia kekurangan air dalam badan dan itu menyebabkan dia sangat lemah. Dan lagi satu..."

"Apa?" tanya Rayden geram. Cakap tu biarlah penuh. Bisik hati Rayden.

"Encik akan jadi ayah sebab Puan Laura mengandung 3 minggu." ujar Doktor itu. Rayden tersenyum nipis dan mengangguk.

"Dia tak boleh buat kerja berat. Jangan stress. Kena banyak makan dan vitamin supaya anak dalam kandungan dia tak apa-apa."

GADIS IGAUAN KINGWhere stories live. Discover now