BAB 1

9.4K 250 13
                                    

"weh, kau ni kenapa ek? Mata kau tu alright ke tak alright? Awek cun macam tu pun kau kata tak cantik?"

Samad menyuarakan ketidak puasan hatinya dek kerana Fahmi
tidak menunjukkan secebis minat pun pada gadis cantik yang Samad tunjukkan di kedai roti itu.

Mungkin disebabkan gadis itu make-up terlalu tebal bak buku rujukan chemistry tingkatan 5? ataupun mungkin pakaiannya yang tidak mengikut citarasa Fahmi?

Adakah itu salah wanita tersebut? Sama sekali tidak. Bukannya seseorang wanita itu berpakaian mahupun berhias untuk mengagumi kaum lelaki. Jadi,  Fahmi yang tidak kagum itu, bukan lah satu masalah bagi gadis tersebut.

Jelas, nyata dan terang disini bahawa ia adalah dari diri Fahmi sendiri. Bukan kerana apa, kalau diberi 1001 perempuan yang cantik , baik dan lemah lembut sekalipun , tidak semudah itu mereka dapat menarik perhatian Fahmi yang agak skeptikal terhadap perempuan.

Pada Fahmi, wanita adalah untuk dihormati, bukannya menjadi bahan perhiasan untuk lelaki jadikan permandangan harian yang mereka sewenangnya ingin nikmati. Kaum wanita hidup bukan untuk menarik perhatian lelaki. Maka, dia tidak nampak kepentingannya untuk memandang mahupun memberi pandangan terhadap setiap wanita yang dilihatnya. Wanita bukanlah satu kewajipan dalam kamus hidup Fahmi.

Tetapi, pada kaum lelaki yang lain, Fahmi ini mungkin telah melangkaui sifat semula jadi seorang lelaki kerana dia langsung tidak berminat untuk memandang wanita mahupun untuk menegur atau bercakap dengan mereka tanpa sebab, tidak seperti Samad, yang kalau boleh makcik kantin pun langsung dingoratnya.

"Aku tak kata pun tak cantik, aku kata aku tak nampak kan tadi " jawab Fahmi kepada Samad yang dari tadi menunjukkan muka tidak puas hatinya .

"Ah kau tipu, bukannya kau 'tak nampak' tapi kau 'tak nak pandang' pun kan?" Jawab Samad, yakin. Fahmi hanya memberikan jelingan kepada samad, malas melayannya.

"tapi, rugi kau tak pandang tadi, sexy. 'B' atas dengan 'B' bawah, dua dua cun" balas Samad sambil mengangkat sebelah keningnya menunjukkan muka 'seductive' nya itu .

"Ooo ada lagi la yang cun, tak perasan ke? " kali ini Fahmi juga turut membalas dengan muka yang menggoda.

"Apa apa apa dia?" Samad teruja.

" 'D' bawah, dia bapok" jawab Fahmi dengan muka serius, mematikan keterujaan Samad. Samad kemudian memukul kuat lengan Fahmi. Fahmi hanya bergurau namun Samad kelihatan termakan dengan gurauannya.

"Kau tak perasan ke dia pandang kau atas bawah tadi, fuhhh rezeki dia harini kau pakai skinny jeans" sambung Fahmi lagi sengaja menakut-nakutkan lagi si Samad yang sudah tidak keruan itu.

"Wah kau jangan buat gila, eeeerrh takut aku" jawab Samad dengan mukanya yang gelisah.

"Tau pun takut kalau orang usya. Kau ingat perasaan tu sampai bila bila, ini apa yang perempuan rasa bila kau pandang dia" hentam Fahmi dengan teguran nya yang tidak lagi berlapik kepada Samad.

"Ye lah, tau. Orang kata kalau terpandang sekali tu rezeki, dah kita tak sengaja aih nak buat macam mana. Toleh kali  kedua tu baru la dosa. Aku, aku pandang sekali je, serious" Samad cuba membersihkan namanya.

"Takpelah, kali ni kau tak dosa pun sebab kau usya lelaki hahah" Fahmi ketawa besar, seronok kerana dapat mengusik Samad. Samad apa lagi, lagi kuat dia memukul lengan Fahmi.

Hari ini mereka keluar berdua sahaja di Sunway Pyramid kerana kawan-kawan mereka yang lain sibuk menyertai kursus di sekolah, sedangkan mereka yang pemalas ini sibuk memberikan alasan kepada guru kaunseling mereka, Encik Anas, yang memaksa mereka menyertai kursus tersebut.

Buah Hatiku Cik KucingWhere stories live. Discover now