"Hael awak kena tutup mata dululah mana boleh tengok!" ujar Iris sambil ketawa apabila Hael yang buat lawak seketika sebelum jejaka itu di arahkan untuk tutup mata oleh Iris.
Hael berada di satu tangga apartment Iris untuk berjumpa dengan gadis itu setelah cuti sekolah selama empat minggu dan dia merindui kekasih hatinya sebab itu dia sanggup bertemu Iris di hadapan rumah gadis itu walaupun terkadang mereka berdua melihat sama ada kereta milik puan Eila terparkir di hadapan apartment ataupun tidak sekiranya ibu Iris balik ke rumah dari kerja.
Seberapa penatnya Hael bekerja sambil sskolah, seberapa sibuknya diri dia tentang hal-hal sesuatu apabila dia merindui gadis itu, dia akan mengajak Iris untuk bertemu di hadapan rumah gadis itu kerana mereka tidak boleh bertemu di luar oleh kerana Iris mempunyai ibu dan ayah yang sangat tegas dan tidak boleh seberang keluar ke mana-mana. Jadi itu bukan halangan Hael untuk tidak berjumpa dengan Iris.
Jadi mereka berdua temu dihadapan rumah gadis itu.
"Tak nak! Awak nak buat apa suruh saya tutup mata ini, Iris. Awak nak bagi saya lipas ke?" soal Hael kepada Iris. Melihat wajah teruja gadis itu.
"Ish mana ada! Tutup aja mata, saya ada hadiah untuk awak!"
Hael mengerutkan keningnya apabila dengar jawapan begitu dari Iris. Dia begitu risau gadis itu beli sesuatu untuknya kerana Hael tahu latar belakang keluarga Iris yang susah dan tidak mempunyai duit manakala ayah Iris seorang yang teruk.
"Awak beli guna duit awak ke?" soal Hael dengan sedikit tegas.
"Tutup aja mata"
Hael menghela nafas panjang, dia tidak bantah malah akur akan arahan Iris. Kedua kelopak mata kini di rapatkan.
Iris tersenyum teruja sambil melompat masuk ke dalam rumahnya untuk mencapai sesuatu di tepi bingkai pintu rumah utamanya.
Satu kotak hitam diambil. Sesudah itu dia berjalan ke arah Hael yang sedang duduk pada anak tangga. Dia mengambil duduk bersebelahan Hael dan melihat jejaka itu yang masih menutup mata.
"Okay, buka"
Terus sahaja Hael buka dan menoleh ke arah Iris yang sudah duduk disisinya sambil menghulur satu kotak hitam.
"Apa ini?" bebola mata Hael melihat kotak yang dihulurkan Iris dan wajah gadis itu bersilih ganti.
"Ini hadiah saya untuk kita sebab kita dah bersama hampir setahun walaupun banyak konflik terjadi dalam hubungan kita ni, ambil!" ujar Iris dengan penuh perasaan gembira dan teruja. Hasil membuat hadiah di dalam kotak ini, adalah hasil titik peluhnya bersama Eryna untuk mencipta hadiah buat Hael.
Hael ketawa kecil sambil sambil menggelengkan kepalanya. Dia menyambut huluran tersebut, dia meletakkan kotak itu di atas tangga sedikit atas dari kedudukannya di atas anak tangga. Mereka berdua berpaling tubuh ke arah tangga tersebut melihat kotak hitam yang dibuka oleh Hael.
Perlahan-lahan tangannya membuka kotak tersebut sehingga terlihat hiasan lampu kecil dan berkelip-kelip di dalam kotak itu manakala gambar-gambar polaroid memori mereka berdua bercinta bersama yang tertampal pada satu penyepit yang tampal pada penutup kotak tersebut.
Ada beberapa surat surat yang ditulis oleh Iris. Mahu sahaja Hael mencapai kertas itu, dia di halang Iris.
"Jangan baca dekat sini, awak baca dekat rumah awak nanti, okay?"
YOU ARE READING
Make Her My Naseeb
RomanceMengisahkan tentang Bunga Iris Nasha seorang gadis yang kuat agama dan hanya fokus pada kehidupannya dan keluarga kecil Bunga Iris Nasha yang selalu hancur dan menimbul masalah yang besar sehingga buatkan dirinya rasa takut untuk meneruskan hidup. W...