GIK 13

4.2K 268 3
                                        

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

SETELAH kejadian itu, Rayden tidak menghiraukan Laura kerana dia sangat marah kerana gadis itu tidak memberi tahunya bahawa dia akan pergi ke bar bersama Rosie dan Raysha. Mujur sahaja, Rosie menelefonnya dan memberitahunya tentang Laura. Kalau tidak, tentu sahaja dia akan kehilangan Laura dan anak di dalam kandungannya.

Laura memakai gaun panjang dan menyemburkan wangian ditubuhnya. Dia tersenyum dan menuruni tangga. Kereta dimasukinya dan meluncur menuju ke syarikat Rayden. Misinya adalah untuk memujuk Rayden.

"Rayden ada tak?" tanya Laura.

"Cik siapa ya? Kenapa cari King?" tanya perempuan yang berada di kaunter servis itu. Laura menjeling. Again.

"I nak jumpa dia. Dia ada ke tak?" tanya Laura.

"Tak payah jumpa dia lah. Dia takde. Dia sibuk." balas perempuan itu acuh tak acuh. Laura mendengus geram dan langsung memasuki lif. Perempuan itu mengejar Laura.

"Aku dah cakap, King takde! Kenapa degil?!" tengking perempuan itu.

"Aku ni tunang dia. Suka hati aku lah. Jangan biadab sangat boleh tak?!" marah Laura. Geram melihat perempuan dihadapannya.

"Tunang je. Dia takde!"

Laura membuka pintu Rayden. Kelihatan Rayden sedang mengerjakan tugasnya. Perempuan itu membongkokkan badannya.

"Maaf King. Saya dah cuba halang dia." ujar perempuan itu dan menolak Laura jatuh ke lantai. Laura memegang perutnya.

BANG !!

"Kenapa kau tolak dia?!" Perempuan itu memegang bahunya yang ditembak oleh Rayden.

"Saya tak tahu dia tunang encik."

"Bohong... I dah bagitahu dia. Dia yang menipu!" Laura dibantu oleh Rayden untuk berdiri.

"Are you okay?" tanya Rayden. Laura mengangguk. Rayden mencerlung kearah perempuan tadi.

"Mulai harini aku tak nak kau datang kerja lagi. Kau berambus! Nasib dia tak apa-apa, kalau tak!"

"Aku bunuh kau jugak dekat sini." Perempuan itu menggigil menahan takut. Dia langsung keluar dari bilik itu.

"Kau buat apa dekat sini princess?" tanya Rayden.

"I nak pujuk you lah. You tu merajuk lagi. Tak padan betul lah dengan mafia you tu." Laura memeluk lengan Rayden manja. Rayden hanya memasangkan wajah dinginnya. Mujur sahaja senyumannya tidak terlucut. Laura mengusap perutnya.

"Sayang... Papa awak tak nak bercakap dengan mamalah sayang. Dia merajuk dengan mama. Buat malu je kan? Dah tua pun nak merajuk lagi." ngadu Laura. Rayden hanya melihat tingkah Laura.

Laura duduk di atas riba Rayden. Dia melingkarkan tangannya dileher Rayden. Dia mencium pipi Rayden beberapa kali.

"Kau nak goda aku ke?" tanya Rayden. Laura menggeleng.

"I miss you so much..." Laura menyandarkan kepalanya didada bidang Rayden. Rayden menghela nafas.

"Turun kejap princess. Aku nak settlekan kerja kejap dekat tingkat bawah. Kau tunggu sini." ujar Rayden. Laura mengangguk. Rayden keluar dari bilik dan menuju ke tingkat bawah.

Dia melihat anak buahnya membuat kerja mereka. Dia memasuki ruangan analisis data. Dia melihat saham-saham syarikatnya yang semakin meningkat pesat. Dia tersenyum kemenangan.

"Aku nak korang buat diaorang mati. Atau lebih tepat, Laura mati dengan anak didalam kandungannya. Aku tak nak dia makin menyusahkan aku untuk teruskan plan ni." arah orang itu.

"Baik bos. Tapi kalau mereka berdua mati, saya nak bonus ya." ujar Bob.

"Ye, jangan risau. Aku akan bagi kau bonus kalau kau berjaya jalankan tugas kau. Bunuh diaorang. Aku tak nak diaorang hidup." Bob mengangguk faham.

"Dan jangan lupa potong wayar brek kereta Rayden. Biar diaorang tahu, macam mana rasanya bila dalam situasi berbahaya." orang itu tersenyum sinis sambil membaling dart digambar Laura.

"Dengan kehilangan anak mereka, dapat memancing emosi Rayden. Betul kan? Dan aku jugak tak sabar, ada satu hal yang akan terjadi. Dan disitu, aku lah pemenangnya." ujar orang itu.

Bob ketawa puas. Orang itu merenung Bob tajam. Bob membongkokkan badannya dan keluar dari ruangan bosnya. Dia memberi arahan kepada anak buahnya untuk pergi bersamanya.

Rayden membancuh kopi dan menuju ke ruangannya. Dilihat Laura yang sedang membaca majalah sambil berbaring. Dia tersenyum melihat gadis kesayangannya itu. Dia mendekati gadis itu dan meletakkan kopi di atas meja.

"Sayang... Lama ke?" tanya Rayden. Laura menggeleng dan menukar posisinya kembali duduk. Laura mengeliat. Rayden tersenyum kecil dan mengusap kepala Laura.

"Kau dah makan belum?" tanya Rayden. Semarah-marahnya dia, dia masih ambil peduli tentang Laura.

Laura menggeleng. Rayden menghela nafas berat. Dia melihat jam dipergelangan tangannya. Sebentar lagi dia ada meeting, takkan dia mahu membiarkan gadis kesayangannya itu makan seorang diri.

"Kenapa?" tanya Laura. Rayden menggeleng dan mengeluarkan telefon pintarnya. Rayden mengarahkan pembantu peribadinya membawakan secawan milo suam dan roti untuk menggalas perut Laura sedikit.

"Kau makan roti dulu boleh? Aku ada meeting penting sangat lah sayang. Aku tak boleh biarkan kau pergi sorang. Bahaya. Kita pergi sama-sama." ujar Rayden. Laura mengangguk laju.

"Tapi I nak ikut you meeting." ujar Laura.

"Boleh... Jom." Laura tersenyum gembira dan memeluk lengan Rayden. Mereka menuju ke bilik mesyuarat. Laura duduk di kerusi sebelah Rayden.

"Bolehkan kalau I duduk sini?" tanya Laura.

"Boleh, princess. Asalkan kau selesa." balas Rayden. Laura tersenyum dan menyambung membelek majalahnya. Setelah hampir setengah jam, habis juga mesyuarat Rayden. Dan Rayden terus menarik tangan Laura mengikutnya. Mereka sampai di kereta Rayden.

"Nak pergi mana?" tanya Laura.

"Makan. Kau kena makan. Tak boleh perut kosong. Tadi pun makan roti je." ucap Rayden. Laura masuk ke dalam kereta Rayden. Kereta itu meluncur membelah jalan.

Laura tersenyum menatap wajah tampan Rayden. Sesekali dia menyentuh wajah Rayden. Dia tahu Rayden tidak akan memarahi atau menghiraukan perlakuannya. Laura mengambil lengan Rayden dan memeluknya.

"Princess, kalau nak peluk nantilah. Ni aku tengah drive bahaya." ujar Rayden.

"Tak nak... I suka bau badan you." ucap Laura sambil mengucup leher Rayden. Rayden hanya menggeleng dan menoleh kearah Laura.

"Kau jangan sampai aku terkam kau, sayang. Jangan nakal sangat." ucap Rayden. Laura tersenyum manja dan menoleh ke hadapan. Terbuntang mata Laura apabila melihat sebuah kereta meluru laju kearah mereka.

"Rayden!! Kereta!!" terjerit Laura. Rayden terus memandang kehadapan dan memusingkan sterengnya untuk mengelakkan dari bertembung dengan kereta itu. Dan tanpa dijangka, kereta itu hilang kawalan dan menyebabkan dalam sekelip mata kereta itu terlanggar bahu jalan.

Tubuh Laura tercampak sejauh 10 meter dari kereta. Muka Rayden berlumuran dengan darah. Dia terbatuk-batuk kerana asap kereta yang semakin banyak. Dia membuka pintu keretanya kerana keretanya akan meletup tidak lama lagi. Dia berjalan menjauhi kereta dan menuju kearah Laura.

"Princess... Please don't leave me, princess..." Rayden mendekati Laura perlahan-lahan. Tubuhnya sangat lemah akibat daripada kemalangan itu. Dan seluruh matanya menjadi kelam. Terakhir kali dia melihat Laura tersenyum sambil mengalirkan air matanya sambil memegang perutnya.


⊰━━━━━༺۵༻━━━━━⊱⋅

How this part? Okay tak? Siapa sebenarnya antagonis ni? Laura mati ke? atau Rayden? I hope you guys like it. Please vote and comment for your support, thankyou <3 Kalau ada kesilapan author minta maaf awal-awal tau. Thank you again <3

GADIS IGAUAN KING [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang