bab 20'

1.6K 158 3
                                    

Selamanya Milik Hayden Dennis

DIA melangkah menuruni tangga . Jaket kulit berwarna hitam yang berada di lengannya di betulkan sedikit dan kunci kereta dimainkan .

Sampai di bawah , dia bergerak menuju ke arah dapur . Bau masakan dari arah dapur membuatkan dia mengerutkan dahi pelik . Siapa pulak yang rajin masak sarapan ni ?


Belakang badan seseorang yang amat dia kenali sibuk menggaul makanan yang dimasak di dalam kuali . Dia menjongketkan keningnya tidak percaya . Badan disandarkan , memerhati gerangan itu .

"Don't look at me like that , bastard." Kata orang itu namun tangan nya masih lagi sibuk mengacau dan matanya tunak memandang masakkan itu . Hayden tersenyum sinis apabila orang itu perasan akan kehadirannya .

"Kenapa kau rajin kemain hari ni ? Bukan kau dah tak suka memasak ke ?" Tanya Hayden sambil berjalan masuk ke ruangan besar dapur itu . Peti sejuk dibuka dan susu kotak Dutch lady dibuka dan diminum olehnya .

Daniel Xander yang sibuk mengacau tadi mula berhenti dan dia memandang Hayden tajam . "Don't mention it stupid . I hate."

Hayden tergelak sinis . "Tell me why ? Apa sebab yang dapat membuatkan kau kembali memasak ni ? Aku rasa lepas kejadian tu , kau benci memasak dah sebab dah tak ada siapa patut rasa air tangan kau lagi."

Daniel mengeluh apabila Hayden mula membuka cerita lama . "Orkid . Dia sebab aku kembali memasak . Ini pun aku memasak untuk dia." Kata Daniel jujur . Takut di baham harimau ? Tak mungkin , dia lebih takut perempuan mengamuk . Hayden yang mendengar sudah memandang Daniel tajam .

"Kenapa kau nak masak untuk dia ? Dia ada mintak ke ? Tak ada an ?"

Daniel memandang Hayden sinis . "Kau rasa ?" Tanya Daniel berteka teki dengan Hayden . Hayden mengetap bibir geram . Ish nasib keluarga kalau tak memang mati aku kerjakan .

"Dah lah kau , malas aku layan." Kata Hayden sambil berjalan ingin keluar dari ruangan dapur itu . Daniel mengerutkan dahinya .

"Kau nak pergi mana ?"

Langkah Hayden terhenti , dia menoleh kebelakang dan tanpa sedar dia tersenyum simpul . Semakin berkerut dahi Daniel melihat tingkah laku pelik Hayden . Dah kenapa budak ni ? Dah nak mati ke ?

"Aku...aaa...aku nak pergi jumpa Orkid ! Nak pergi fitting baju kahwin." Kata Hayden gembira . Daniel menjulingkan mata ke atas . Patut lah senyum macam kera nak pergi jumpa buah hati rupanya .

"Aku nak minta tolong boleh ?"

Hayden mengjongketkan kening . "Tolong aku bagi bekal ni pada Orkid . Kalau kau taknak tak apa." Kata Daniel . Dia kembali mengacau sedikit lagi masakan itu . Sebentar lagi siap lah masakkan pertamanya ini setelah hampir tujuh tahun dia tidak memasak .

Hayden mencebikkan bibirnya . "Pergi lah bagi sendiri ! Sibuk je suruh aku kenapa ? Aku nak spend time dengan tunang ni."

"Suka hati kau lah , taknak sudah . Aku boleh bagi sendiri nanti."























WAJAHNYA masam mencuka . Dia berpeluk tubuh dan badannya disandarkan selesa pada kerusi . Gelas yang berisi air di ambil dan disedut olehnya melalui straw . Dia mengerling sekilas ke arah depannya ni . Matanya tajam memandang dua figura itu .

"Wahh ! Abang Daniel betul - betul masak lah !" Kata Orkid teruja . Dia mengambil teruja bekas yang dihulur oleh Daniel itu . Daniel tersenyum nipis saja melihat keterujaan Orkid .

Orkid membuka penutup bekal itu dan semakin bersinar mata Orkid apabila melihat makanan di dalam bekal .

"Kuey teow ! Ni favorite Orkid ! Macam mana Abang Daniel tahu ?" Tanya Orkid pelik . Seingat dia , tiada siapa lagi yang tau pasal dirinya . Bahkan Hayden pun dia tidak beritahu . Pelik , takkan Owen yang beritahu . Macam mustahil je .

"Adalah , dekat mana Abang Niel tahu tak penting , yang penting Orkid makan habis masakan Abang."

Orkid hanya mengangguk saja sambil tersenyum suka . Mana kan tidak , ini first time ada orang luar masak untuknya ! Selama ini dia hanya makan masakan bibik saja . Bosan ? Semestinya lah ! Dia pun nak jugak rasa air tangan orang lain .

Daniel terasa suka di dalam hati melihat wajah gembira Orkid . Tidak sangka dia akan kembali memasak lepas bertahun tidak memasak . Semua nya disebabkan Orkid . Gadis yang mengingatkan nya pada seseorang . Seseorang yang amat dia sayangi dan penting dalam hidupnya .

"Eleh nak berabang - abang pulak ! Nyampah aku !" Terdengar suatu suara menyampuk perbualan antara mereka berdua . Serentak mereka melihat ke arah gerangan itu termasuk Hayden yang sedari tadi tajam memerhati Orkid dan Daniel .

"Abang kenapa ? Dari tadi masam je muka." Tegur Orkid apabila melihat Owen berpeluk tubuh sambil menayang wajah tidak puas hati . Owen menjeling Daniel yang sedang melihat kosong ke arahnya . Dia melihat wajah adiknya pula .

"Tak ada apa lah , saja nak bermasam muka . Asyik manis je , nanti anak dara orang terpikat pulak." Jawab Owen selamba . Hampir tersedak Hayden mendengarnya . Dia memandang wajah Owen lama .

"Tang mana manis nya muka kau ? Bukan muka kau dingin , beku 24 jam ke ? Perasan dho kau." Komen Hayden . Owen memandang Hayden tajam .

"Kau jangan sampai aku batal kan majlis kahwin ni , apa pun kau tak dapat nanti."

Hayden menjeling menyampah . Asyik ugut benda yang sama je . Kalau dia batalkan , kita culik lah adik dia pergi kahwin lari . Apa susah .

"Abang , nak rasa tak Kuey teow ni ? Sedap !" Kata Orkid . Owen membuat muka menyampah . Mulutnya bergerak mengajuk .

"Sedap ! Apa yang sedap entah , aku pun pandai lah masak , lagi sedap dari si beku ni." Kata Owen sendiri . Tidak mahu kalah dengan Daniel yang berjaya menarik perhatian Orkid itu . Sakit hati pulak kita dengar Orkid panggil dia abang . Nyampah aku !

Hayden memandang pelik . Dia dekatkan sedikit kerusinya ke kerusi Owen . Owen sudah memandang tajam . Dia menjongketkan kening nya . Apa main dekat - dekat ni ? Nak meraba ke ? Hayden memanggil Owen untuk mendekat . Berkerut kening Owen . Hayden yang sudah tipis sabar itu , menarik lengan Owen kasar . Ke tepi Owen kerana tarikan itu .

Owen mendengus geram . Dia melihat Hayden disebelah . "Kau kenapa babi ? Nak mati ke ?" Tanya Owen . Dia menepis tangan Hayden yang sedang memegangnya itu .

"Asal kau masam je ? Sembelit ke ?" Tanya Hayden ingin tahu . Tak pernah - pernah dia tengok perangai Owen yang sebegini sebab itu dia pelik .

Owen menjeling sekilas ke arah Orkid dan Daniel sebelum dia memandang Hayden . "Aku geram lah bodoh ! Sial betul." Carut Owen geram . Semakin pelik Hayden dengan Owen .

"Kenapa hanat ? Kau geram apa ?"

"Kau tengok lah si beku tu , saja je masak untuk adik aku . Mesti dia nak rampas adik aku dari aku . Dasar kutub utara." Maki Owen kepada Daniel . Hayden menganggukkan kepalanya . Sudah faham kenapa Owen perbagai macam ni . Jealous punya pasal . Dia menjeling juga sekilas ke arah Orkid dan Daniel .

"Aku pun perasan . Dia nak rampas perhatian Orkid dari aku . Ini tidak boleh dibiarkan !" Kata Hayden semangat . Dia dan Owen memandang antara satu sama lain sebelum tersenyum penuh makna . Hehe salah orang lah nak buat main . Ini Hayden dan Owen lah ! Ketua mafia yang digeruni dan ditakuti . Takkan ku sia - sia kan hidup mu lagi . Tiber !

Cik Bunga Untuk Tuan Mafia Where stories live. Discover now