GIK 15

4.2K 245 3
                                        

BIASAKAN DIRI VOTE DULU SEBELUM BACA, THANK YOU <3

SATU tangan menyelongkar laci kecil seperti tercari-cari sesuatu. Laura mengerutkan keningnya. Dia membebel kecil dan beralih ke almari bajunya. Dia menolak pintu almarinya dan melihat setiap pelusuk di dalam almarinya.

"Mana ni? Takkan dah habis. Satu hal lagi aku nak turun pergi 7E." bebel Laura. Setelah hampir disetiap pelusuk biliknya dia cari, langsung tiada hasil. Usaha makan hasil.

"Memang nak tak nak, kena pergi 7Eleven lah." pasrah sahaja ayat yang ditutur oleh Laura. Laura mengambil purse dan kunci rumahnya. Dia menuruni tangga satu persatu. Dia melihat ruang tamu dan meja makan kosong. Pergi travel lagi lah tu. Tak habis-habis membazirkan duit dekat orang luar.

Pintu rumahnya dikunci rapat dan pergi setelah memastikan pintu rumahnya sudah terkunci. Dia berjalan perlahan menuruni bukit rumahnya. Dan terlihat lampu 7E menghiasi jalan. Laura tersenyum dan berjalan pantas.

Setelah sampai, dia langsung pergi kearah rak makanan. Dia kembali ke kaunter dan mengambil bakul besar. Dia memasukkan kesemua makanan-makanan seperti keropok, coklat dan maggi di dalam bakul tersebut.

Dia terlihat aiskrim. Dia mengambil banyak aiskrim magnum dan beberapa aiskrim cornetto. Kepalanya menoleh kearah peti sejuk yang tersedia air. Dia mengambil air kafein, air mineral dan air kotak susu besar.

Dia melangkah kearah kaunter kerana merasakan bakulnya sudah berat dengan makanan ringannya. Dia mengeluarkan kad kreditnya sambil melihat harga yang akan tertulis.

"Lama awak tak ke sini. Sibuk ke?" soal lelaki yang bertugas di kaunter itu. Laura mengerutkan keningnya.

"Awak yang selalu bertugas dekat sini ke?" soal Laura. Lelaki yang bernametag Leo itu sekadar mengangguk dan tersenyum manis.

"Haah, saya sibuk. Baru balik dari hospital." jawab Laura.

"Owh, kenapa awak dekat hospital? Sakit apa?" soal Leo.

"Pregnant." ujar Laura dengan selamba. Terbuntang mata Leo mendengar jawapan Laura.

"Awak dah kahwin ke?" soal Leo lagi. Laura mengangguk kecil dan terus keluar dari 7E. Leo memegang kepalanya.

"Aku dah terlepas." ujar Leo. Laura menjeling.

"Gatal. Tak habis-habis nak flirt dengan aku. Tanya macam-macam. Takde kerja lain agaknya." bebel Laura sambil berjalan menuju ke rumahnya.

Seperti merasakan ada seseorang sedang mengekorinya, langkahan Laura terhenti. Dia menoleh kebelakang. Kosong. Langkahan demi langkahan, dia teruskan. Dan telinganya dapat mendengari tapak kasut seseorang yang amat perlahan.

Kaki Laura semakin pantas melangkah dan menukar dengan cara berlari. Dia berlari sekuat hatinya kerana jalan ini sangat gelap dan bahaya. Jadi dia perlu berfikir untuk menyelamatkan dirinya.

"Arghh!! Umphh... Umpphh... Hmm..." terjerit-jerit Laura setelah tubuhnya ditangkap dan dihempaskan ke dinding. Mulutnya ditutup oleh satu tangan.

"Lepaslah..." Laura sudah ingin mengalirkan air matanya.

Akibat dari cahaya perumahan, membuatkan wajah orang itu terlihat jelas. Tubuh Laura menggigil dengan hebat dan terlalu ketakutan. Orang itu mengoyakkan senyuman sinis sebelum tangannya naik mengusap kepala Laura. Tangannya diturunkan lalu dielus pipi Laura.

"Finally, you remember me... Princess. Miss me?" soal lelaki itu dengan suara garau yang kedengaran serak basah.

Laura dengan keberanian dan kekuatan maksima, dia menolak lelaki itu dengan kuat dengan mukanya yang merah padam. Tangannya terus menampar pipi lelaki itu.

PANG !!

"Berani-berani you muncul lagi depan mata I?!" jerkah Laura dan memukul-mukul dada bidang Rayden.

"Kau ingat kau boleh buang aku macam tu je, princess?" soal Rayden dengan sinis sambil tangannya mencengkam dagu Laura. Wajahnya sangat rapat dengan wajah Laura sehinggakan nafasnya tepat dipipi Laura. Laura cuba untuk merungkaikan cengkaman Rayden tapi tidak berjaya.

"You know what princess, before and after we're making love... I never want to touch anyone. Cause I know you don't like sharing, isn't it? Anak kita dah mati. Tapi takpe, kita boleh buat lagi kan, princess?" Laura ingin menampar Rayden tetapi tangannya dikunci oleh Rayden di dinding.

"Jangan melampau!" kuat suara Laura melarang lelaki itu.

"Bukan kau ke yang serah diri masa tu? Sebab kau dengan aku, kau akan jadi lemah kan... Sebab apa? Cause you love me very much, princess."

"Enough, Rayden Lorenzo De ClerQ!" Mata Laura mulai kemerah-merahan menahan air mata dari jatuh. Rayden tersenyum dan mencium bibir mungil Laura dan digigitnya perlahan. Laura menolak dada bidang Rayden kuat tapi tidak berjaya.

Tangan Rayden menjalar di tubuh Laura. Laura menolak-nolak tubuh Rayden supaya menjauh. Rayden menuruni di dada Laura. Dia mencium-cium dan menggigit meninggalkan kesan lovebite sebelum mengangkat wajahnya menatap Laura.

"Look, you're craving me..."

"Jangan ganggu I lagi! I tak suka! You boleh berambus dari hidup I! Dan jangan kacau hidup I lagi! Kita dah takde apa-apa hubungan! Sedar diri!" Laura menolak Rayden sehingga Rayden terundur.

"Okay fine, princess. As you wish..." ujar Rayden dan terus meninggalkan Laura. Laura melihat Rayden meninggalkannya. Dia mengambil plastik makanannya yang terjatuh dan berjalan.

"But too late princess. Once you're belong to me, always belong to me." ucap Rayden perlahan sambil tersenyum sinis. Ingat dia akan menyerah begitu sahaja? Silap. Dalam kamusnya tiada erti mengalah. Semua kemahuannya akan ditunaikan. Tidak kira cara lembut atau menggunakan kekasaran.

Laura mengunci pintunya dan naik ke tingkat atas. Dia masih gelisah dan terkejut dengan kemunculan Rayden secara tiba-tiba. Dia perlu menenangkan dirinya supaya wajah Rayden tidak terus menghantui dirinya.

Plastik makanannya terjatuh apabila melihat sebuah tulisan dicerminnya. Dia terjatuh dilantai. Dia memegang dadanya menahan rasa.

"Easy to love and easy to go?" —Your Beloved Rayden.

Laura mengambil tisu basahnya dan mengelap dengan kasar pada tulisan itu tetapi langsung tidak hilang. Setelah hampir 15 minit dia berusaha, tapi semuanya hanyalah sia-sia dan memenatkan dirinya sahaja. Dia mengepalkan penumbuknya.

"You nak main-main dengan I? Okay, I join permainan bodoh you. Kita tengok... Siapa yang akan kecundang dan siapa akan menjadi pemenang?" ujar Laura sambil tersenyum sinis.

Laura mengambil telefonnya dan mendail nombor seseorang. Dia membenci orang itu tapi untuk melepaskan dirinya daripada cengkaman king, dia harus memanfaatkan orang lain.

"Kau nak Rayden kan? Aku boleh bagi. Tapi kau kena ikut cakap aku. Deal?" soal Laura.

"Deal." ujar orang itu dihujung talian.

"Aku nak kita mulakan rancangan itu, esok juga." ujar Laura.

"Lebih cepat, lebih bagus. Kenapa tiba-tiba kau nak bagi Rayden?"

"Sebab aku dah tak cintakan dia. Kau ambik je dia. Bayar? Cara bayar kau adalah dengan cara kau dapat ikat Rayden pun dah cukup bagi aku." ujar Laura.

"Ok."


⊰━━━━━༺۵༻━━━━━⊱⋅

Hiii !! Harini author up 5 part sekaligus eh? Sebab banyak sangat idea hohoho. Agak-agak siapa yang Laura tengah bercakap tu? Apa pulak rancangan Laura? Berjaya ke rancangan dia nanti? I hope you guys like it. Please vote and comment for your support, thankyou <3 Kalau ada kesilapan author minta maaf awal-awal tau. Thank you again <3

GADIS IGAUAN KING [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang