Motor berhenti tepat hadapan restoran, kunci ditarik untuk mematikan enjin manakala dia turun dari motor tersebut dan berjalan masuk ke dalam restoran. Dibiarkan helmet yang tersarung pada kepala tidak langsung dia endahkan.
Sesudah itu dia membuka pintu kaca restoran dengan kasar dan ingin menuju ke arah bilik perbincangan dan menenangkan fikirannya manakala mengubati hati yang terluka. Lebih sedih lagi apabila dia teringat tentang Iris yang masih sakit. Rasanya bila agaknya gadis itu akan kembali berkerja semula. Sudah beberapa hari dia tidak bertemu dengan Iris oleh kerana sakit yang menghalang mereka berdua. Hatinya yang sedih seakan mencari-cari Iris untuk diubati. Entah mengapa hatinya rasa begitu setelah dia meluahkan kepada Allah tentang tadi.
Dalam kakinya melangkah laju dan lancar pertengahan restoran tiba sahaja dia terhenti apabila melihat seorang gadis yang menghantar makanan pada meja pelanggan.
Keningnya berkerut seribu, oleh kerana visor gelap buatkan matanya tidak dapat lihat lebih jelas, dia menolak visor tersebut ke atas.
Kaki terhenti.
Tidak lama kemudian hatinya gembira tatkala senyuman melirik sendiri. Gadis ini... Yang dia tunggu-tunggukan untuk dia bertemu setelah beberapa hari tidak bertemu.
Dia mengundur dari menuju ke arah Iris, dia berjalan keluar dari restoran tersebut.
Iris yang melihat seorang lelaki berkepala helmet full face berjalan keluar dari restoran dengan pandangan yang pelik. Siapa yang datang ke mari, tidak pula dia perasan lelaki itu masuk ke dalam restoran. Apabila lihat, jejaka itu sudah menuju keluar pergi dari restoran.
"Saya nak tambah ais" pinta pelanggan itu kepada Iris yang masih lagi berdiri disisi meja makan pelanggan tersebut.
"Oh iya, baik" Iris meneruskan kerjanya dan mengikut sahaja arahan yang pelanggan inginkan. Otaknya ligat memikir siapa yang datang ke mari ber-helmet.
Daniel melipat kedua tangannya pada dada sambil merenung buku-buku novel tersusun pada rak penjualan buku terlaris bahasa melayu ber-genre cinta. Bebola matanya tidak duduk diam membaca setiap tajuk-tajuk buku tersebut. Mencari buku yang manakah sesuai buat Iris. Dia tidak tahu sama ada gadis itu menyukai buku novel ataupun tidak tetapi setahunya yang minat novel ini lebih kepada wanita jadi selain belikan bunga buat Iris hari itu, buku novel juga dia ingin belikan.
Daniel harap Iris akan suka dan baca buku yang dibeli.
"Aih, hampir satu jam duduk sini cari buku yang sesuai dengan Iris. Tapi apa ya?" apabila dilihat papan tanda yang menulis buku terlaris dan terkini pada zaman ini adalah buku-buku dihadapannya tetapi tidak satu pun buatkan dia dapat pilih.
Daniel mencapai kedua buku novel tersebut. Kedua tangan memegang dua buku tersebut melihat perbezaan kulit novel.
"Yang ini ke atau yang ini?" soal Daniel pada dirinya sendiri. Tangan yang terasa berat dek kerana memegang helmet-nya diletakkan di atas lantai terlebih dahulu dan menyambung melihat kedua buku yang dipegang.
"Eh tapi yang ini pasal romantic dengan action. Ada bunuh-bunuh pula ke? Dah aku tak tahu pasal novel ni" rungut Daniel. Satu buku yang dipegang diletakkan semula pada rak dan mencapai satu lagi buku.
"Aih ini buku romantik dengan fantasi pula?"
"Banyak betul genra mana satu pun tak tahulah. Nanti beli yang ini takut Iris tak suka, kalau beli yang ini takut Iris pula tak nak" seakan Daniel sedang terperangkap di dalam dunia novel yang asing baginya. Mahu pilih sahaja sudah lebih 50 minit.
"Um...encik?" tegur seorang gadis bersuara lembut menyentuh bahu Daniel untuk menyapa jejaka itu dengan sopan.
Sopan?!
YOU ARE READING
Make Her My Naseeb
RomanceMengisahkan tentang Bunga Iris Nasha seorang gadis yang kuat agama dan hanya fokus pada kehidupannya dan keluarga kecil Bunga Iris Nasha yang selalu hancur dan menimbul masalah yang besar sehingga buatkan dirinya rasa takut untuk meneruskan hidup. W...