bab 20

294 40 2
                                    

| Malam 10:43... |

Iris menundukkan tubuhnya sedikit sambil tercungap-cungap mengambil udara yang segar melalui hidung dan mulut setelah beberapa belas minit dia menaiki tangga dari bawah hinggalah tingkat ke rumah Eliy sambil itu buku novel yang banyak dalam plastik diletakkan seketika di atas lantai. Earphone yang letak pada telinga dibuka untuk mendengar suasana pula yang dari tadi surah Al-mulk di dengarkan sambil mulutnya mengikut baca sewaktu menaiki tangga. Ingin hilangkan rasa takut juga membuat rutin sebelum tidur membaca surah Al-mulk.

Sesudah dia mengambil udara yang segar, tubuh ditegakkan semula untuk berjalan ke arah rumah Eliy. Tidak lupa novel-novel itu, dia meneruskan angkat dengan payah. Dalam dia berjalan suasana yang hening itu tiba sahaja kakinya terhenti apabila terlihat rumah Eliy yang sedikit jauh daripadanya yang sedang berjalan menuju ke arah itu terlihat satu sejambak bunga terletak dihadapan pintu.

Kedua kening berkerut dengan pelik. Dia meneruskan jalan sehingga sampai tepat dihadapan rumah Eliy. Tubuh diturunkan sedikit untuk mencapai sejambak bunga yang diberi oleh seseorang. Kini buku-buku novel ditaruhkan pada lantai semula.

Mata merenung pada bunga ros berwarna merah yang sudah berada dalam genggamannya.

"Siapa pula yang bagi ini?" tanya Iris pada diri. Namun diri sendiri tidak dapat jawab soalan tersebut. Dia mencari-cari kad mana tahu dari situ dia boleh mengetahui siapa yang memberi.

Kad berwarna merah yang tersorok sedikit dalam sarung bunga di ambil lalu dia buka dan baca.

Assalamualaikum Iris. Sorry saya tak boleh hantar awak balik rumah sebab saya tak nak kita berdua aja dalam kereta. Saya tak nak ingkar bantahan Allah untuk jaga pergaulan. Saya minta maaf ya? Ini bunga untuk awak sebagai maaf saya dekat awak, Iris. Macam mana naik tangga tadi? Penat?

Iris tertawa kecil sambil membaca tulisan yang tertulis dalam kad tersebut. Dia juga faham akan kehidupan Daniel seorang yang berilmu agama dan mematuhi segala arahan Allah. Lagipun Iris bukan sesiapa untuk halang mahupun mengarah Daniel untuk menghantarnya balik ke rumah. Asalkan Iris selamat kembali di rumah Eliy.

Iris membuka kunci pagar menggunakan kunci yang dipegang lalu mengangkat buku novel dan bunga untuk masuk ke dalam daripada dia berdiri di sini seorang diri baik sahaja dia masuk ke dalam rumah dengan segera.

"Of course I have to keep company but I will keep you safe, Bunga Iris Nasha" ujar Daniel sendiri sambil menyandarkan tubuhnya pada dinding sedikit jauh dari rumah Eliy. Hanya mengekori gadis itu dari belakang tetapi dia mengelak untuk memandang. Cukup hanya pandang dari jauh melihat perbuatan gadis itu untuk selamat balik ke rumah.

"I hope you like the flowers I tied to you. In addition to presenting your name in prayer, I will also give flowers. Bunga itu, saya dan ibu saya buatkan untuk awak"

"I never thought I would fall in love this deeply with you. I remember our meeting was just a normal meeting. But you made me love you this much. Only Allah knows how much I love you. Until your name becomes my expression to Allah. Every time you smile I give you something, make me feel like you can open your heart again" kata Daniel sambil melihat tangan Iris yang dari dalam sedang mengunci pagar rumah.

"I hope you're my luahul mahfuz as soul mate, and you too, Iris" habis sahaja Daniel berkata begitu, terus sahaja dia beredar dari situ ingin balik ke rumah. Hatinya gembira dan kala hatinya sedih jikalau dia tidak dapatkan Iris. Tetapi dengan usaha dan doa selainnya dia hanya berserah kepada Allah.

Iris mencampak kunci rumah di atas meja belajarnya setelah dia menyusun buku-buku novel di atas rak buku dan dia merehat tubuhnya seketika sebelum dia membersihkan diri dan mendirikan solat isyak. Kad yang terletak di dalam sarungan bunga dari tadi dia hanya pegang. Dia mengambil duduk di atas katil sambil merenung kad itu dengan perasaan teruja.

Make Her My Naseeb Where stories live. Discover now