Hannah memandang sebuah kereta dihadapan rumah ibu mertuanya. Kereta Mikael. Hannah mengeluh kecil.
Dia dah boleh agak rasanya apa akan jadi di dalam nanti. Dia mengambil nafas dahulu.
"Assalamualaikum." Hannah memberi salam.
"Waalaikumsalam." Beberapa orang dari dalam rumah menjawab salamnya. Dia masuk ke dalam rumah.
Benar sangkaan dia. Mikael ada di dalam. Bersama Lia. Melihat Lia duduk bersebelahan dengan Mikael membuatkan hati dia rasa panas.
Dia memandang yang lain. Ada Melisa, Tuan Malik serta Puan Salina. Jadi, semua ada di sini?
Hadap je lah Hannah.
Dia ingin duduk di sebelah Melisa. Kerana di situ saja yang ada tempat kosong untuk dia duduk. Tapi ditahan oleh Puan Marisa.
"Duduk sebelah Mikael, Hannah. Lia, kau bangun." Hannah telan air liur. Bukan kerana dia disuruh untuk duduk di sebelah Mikael. Tapi kerana suara ibu mertuanya. Jelas sekali, ibu mertuanya sedang menahan sabar.
Seperti yang diarahkan, Lia bangun dari duduk. Memberikan tempat duduknya kepada Hannah. Hannah duduk di sebelah Mikael. Lia duduk di lantai.
"Duduk je lah sebelah aku. Bukannya aku nak makan kau pun." Lia mengangguk. Dia duduk di sebelah Melisa. Seram juga keluarga Mikael ini.
"Hannah dah tahu semua ini?" Perlahan lahan Hannah mengangguk. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh Puan Marisa. Puan Marisa menghela nafas.
"Hannah bagi ke Mika kahwin lagi?" Lembut Puan Marisa bertanya. Dia tidak setuju jika Mikael kahwin lagi satu walaupun dia tahu bahawa anak lelakinya itu mampu. Tapi jika Hannah sanggup untuk berpoligami, dia tiada sebab untuk menghalang.
Lambat lambat Hannah menggeleng. Jujur lebih baik. Saat ini, dia tak perlu berpura pura baik dengan membenarkan Mikael menduakan dia. Pandangan Puan Marisa terarah kepada Mikael. Tajam panahan matanya. Mikael menunduk.
"Mika tetap akan kahwin dengan Lia walaupun semua tak setuju." Dia tetap dengan keputusannya untuk menikahi Lia. Hannah memejam matanya. Hati dia seperti dicarik carik. Dia tahu, Mikael tekad untuk memperisterikan Lia.
"Mikael!" Suara Puan Marisa meninggi. Pang. Terpusing kepala Mikael. Kuat. Sangat kuat. Mikael memejam matanya. Pipinya dipegang.
Puan Marisa kecewa dengan anak lelakinya. Dia tak pernah ajar anaknya begini. Dia tahu betapa peritnya rasa yang menimpa Hannah. Lihat saja. Dia turut merasakannya. Dia diduakan dahulu ketika dia sedang mengandung dan diceraikan ketika dia sudah melahirkan Melisa.
"Maaf." Puan Marisa mengetap rahang. Mudahnya dia mengatakan maaf.
"Kalau Mika kahwin dengan dia mummy tak kan restu. Tak kan pernah restu." Mikael diam. Itu dia tahu. Jika dengan Melisa dahulu pun mummy tak restu. Apatah lagi bila dia dengan Lia.
"Mika tetap akan kahwin." Puan Marisa memandang ke arah lain. Semakin lama semakin dia hilang sabar. Ada juga nanti dia menampar Mikael buat kali kedua.
"Kenapa? Kenapa nak kahwin sangat dengan dia?" Puan Marisa menyoal. Mikael diam.
"Lia kandungkan anak Mikael." Hannah menjawab bagi pihak Mikael.
"Astaghfirullahhalazim. Apa nak jadi Mika ni? Kenapa sampai buat macam itu? Mika tahu tak benda ini salah?" Kecewanya dia terhadap Mikael makin bertambah.
"Hannah tak boleh bagi zuriat pada Mika." Dia tiba tiba berkata begitu. Hannah terdiam. Bergenang air matanya. Dia menunduk. Bibir bawa digigit. Dia mencuba sebaiknya untuk tidak menjatuhkan air mata. Hujung lengan baju dicengakam kuat.
"Jangan melampau Mikael. Bukan salah dia kalau belum boleh bagi zuriat. Semua itu kehendak tuhan. Kalau dia nak bagi, dia bagi." Puan Marisa sudah geram dengan Mikael.
"Sama je. Hannah tetap tak dapat bagi zuriat untuk Mika." Pang. Untuk kali kedua, tapak tangan Puan Marisa hinggap di pipi Mikael.
"Mikael Harfiy!" Tempik Puan Marisa.
"Sampai hati Mika cakap macam itu pada Hannah. Mika tahu tak apa perasaan Hannah bila Mika cakap macam itu? Dia pun mesti nak anak juga Mikael. Tapi Allah tak bagi lagi. Nak buat macam mana?" Mikael memandang Hannah yang menunduk. Dia dihurungi rasa serba salah.
"Hannah, aku-" Dia meraih tangan Hannah tapi Hannah menepisnya. Air matanya sudah mengalir deras. Dia mengesat air matanya. Mikael diam. Ya Allah, dia sakitkan hati Hannah lagi.
"Mummy. Hannah balik dulu. Hannah lupa Hannah kena pergi ke suatu tempat." Dia berjalan menunduk ke luar rumah. Puan Marisa memandang simpati kepada Hannah. Kau kuatkanlah hati menantu aku, Ya Allah.
"Puas kau tengok isteri kau macam itu Mikael." Berubah panggilan Puan Marisa kepada Mikael. Mikael menunduk. Puan Marisa memegang kolar baju Mikael. Tuan Malik cepat cepat ke arah Puan Marisa. Risau pula dia.
"Mikael. Jangan buat macam ini. Tak kesian ke dekat isteri Mikael? Tak kesian dekat mummy?" Tuan Malik cuba memujuk. Mikael tersenyum sinis mendengarnya. Tuan Malik dipandang tajam. Dia berdiri sama. Tuan Malik dan Mikael bersabung pandangan.
"Bukan kau pun sama ke? Ceraikan mummy aku selepas dia lahirkan Melisa." Tuan Malik menunduk. Mungkin ini salah dia.
"Kau tahu apa yang aku rasa dulu? Kau tahu tak. Aku tak pernah rasa kasih sayang seorang bapa sejak aku berumur dua tahun. Aku fikir kau dah mati. Rupanya tidak. Tengah bahagia dengan keluarga baru kau." Mikael ketawa sinis.
"Jangan tegur aku seolah olah kau tak pernah buat benda yang sama." Tuan Malik diam. Puan Marisa pula sudah mengalirkan air mata mendengar luahan hati anak lelakinya.
"Maaf." Hanya itu yang dia mampu ungkapkan.
"Aku pun cakap benda yang sama tadi. Maaf. Tapi kenapa tak ada yang terima? Kenapa kau boleh dan kenapa aku tak?" Dia memandang tajam Tuan Malik.
"Hannah tak salah apa apa Mikael." Pandangannya terhala kepada Puan Marisa. Pandangan Mikael berubah lembut.
"Mummy pun tak salah. Jadi kenapa dia ini buat macam itu mummy?" Puan Marisa mengelap air matanya.
"Benda itu dah lama. Tak perlu nak diungkit balik." Lia yang sedari tadi hanya memerhati hanya memandang simpati. Dia kesian dengan Puan Marisa.
"Walau apa pun. Mika akan kahwin dengan Lia." Mikael mendekati Lia. Lengan Lia dipegang. Menyuruhnya berdiri. Dia berura ura untuk pulang.
"Aku tak kan benarkan. Kalau kau kahwin dengan dia juga, kau bukan anak aku lagi. Aku maksudkannya." Mikael memejam matanya.
"Maafkan Mikael, mummy." Mikael berlalu pergi. Perlahan lahan Puan Marisa melorot jatuh. Dia terduduk di atas sofa. Tak sangka Mikael sanggup buat begini. Kenapa dia ikut perangai bapak dia?
Kenapa anak dengan bekas suaminya berperangai sama? Kenapa dia yang perlu hadap semua ini? Bagaimana pula dengan Hannah? Dia kesian dengan Hannah. Dia tak nak Hannah rasa apa yang dia rasa dahulu.
Terima kasih sudi baca <33
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL [C]
Dragoste[C O M P L E T E] Perkahwinan mereka bukanlah atas dasar cinta. Mereka berkahwin atas dasar keterpaksaan. Mereka harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Janji dibuat di antara mereka berdua di awal perkahwinan. "Kalau antara kita dah ada orang...